Monday, 28 August 2017

ANAK KUNCI UNTUK MENDAPAT TERBAIK BUKAN SEBAB MEMILIH-MILIH TETAPI PEMILIHAN


Surat yang saya kirim mempelawa Maiko tinggal Di Shah Alam sekurang-kurangnya selama dua minggu sudah diterimanya. Maiko tidak menolak pelawaan saya tetapi dia tidak dapat memenuhinya kerana tidak diizin oleh bapanya.

Alasan itu tidak mengechiwakan saya kerana saya berpendapat Maiko melakukan perkara yang betul. Anak gadis wajib patuh kepada bapa tentang perkara yang benar.

Maiko masih menawarkan percutian ke Ehime selama dua minggu. Ehime terletak di salah satu pulau di Jepun bernama Pulau Shikoku. (KLIK: Link berkaitan untuk pembaca baru) Sekirany saya tidak bersetuju dengan tempat itu dia mencadangkan ada lagi satu tempat tetapi namanya tidak dinyatakan. Hanya gambar sahaja ditunjukkan.

Kata Maiko, "If you are not coming, I'll still proceed with my plan. Too long haven't gone for a vacation."

Saya merasa hairan kerana sebelum ini dia mengajak saya bercuti dengan alasan dia tidak berteman tetapi kali ini dia tetap bercuti tanpa saya. Baharu saya teringat tentang se orang pemuda Jepun yang menjadi kesayangan ayahnya. (Klik: yang berkaitan untuk pembaca baru.) Mungkin pemuda itu akan menjadi temannya bercuti.

Cadangan ke dua Maiko, dipetik dari Google.

Apabila saya dapat tahu yang Maiko akan tetap pergi bercuti, terfikir juga saya di hati, "Perlukah aku cemburu atau sekurang-kurangnya aku merajuk? Yang utama, perlukah aku mengalah kepada se orang gadis anggun yang kecantikannya setanding Puteri Gunung Fujiyama?"

Anak Melayu tidak tidak akan sesekali tunduk dengan orang dari negara asing. Walaupun kita pernah dijajahnya tetapi penjajahan itu bukan disebabkan rakyat kita sendiri. British yang sepatutnya mempertahankan tanah air, lari terguling-guling membiarkan anak Melayu bernama Leftenan Adnan dan platoonnya terkorban mempertahankan kedaulatan kita.

Sementara itu Maiko menasihatkan saya untuk menjaga kesihatan. Katanya dia tidak mahu saya sakit. Saya meyakinkan Maiko iaitu saya sihat kerana mengamalkan suppliment keluaran SHAKLEE.

Melalui perbualan kami di apps Whatsaap, Maiko kerap bertanya tentang jadual harian saya. Tidak banyak yang saya maklumkan kerana perkara yang saya lakukan harian adalah perkara routine. 

Dia tetap bertanya. Perkara baharu yang dapat saya ceritakan ialah menuntun sukan SEA sama ada di rumah atau di stadium. 

Sambil saya bersembang dengannya teringat saya tentang komen-komen dari beberapa orang rakan blogger saya (di bawah ini) tentang entry yang bertajuk Ma'knunah: Nama yang Indah Maknanya.

Komen-komen itu merupakan perkara positif yang menyuluh jalan baru untuk saya. Kesemuanya memberi galakan yang positif untuk saya memilih wanita yang bernama Ma'knunah. Malangnya saya tidak ada idea bagaimana hendak mengujudkan hubungan itu tambahan pula pertemuan pertama tidak menghasilkan apa-apa feel terhadapnya.

Komen mereka berbunyi begini:

a. Umi alya,
"Siapa bilang gadis Melayu tak menawan.
Yang ini tiada duri."

b. Mamapp,
"Cukup pekej Maknunah.
Mama approve."

c. Aryan azra,
"Maiko punya pilihan di sana. Maknunah orangnya cantik. Santunnya cantik. masakannya sedap. boleh jadikan suri di hati".

d. Rosdi Perunding Hartatanah,
Se orang lagi gadis ala2 puteri gunung fujiyama bejaya ditemui. Betul kata orang, kalau ada yang dekat kenapa perlu yg jauh2. Yang dekat ni mungkin tak memeningkan kepala nak ajar dan belajar ragam budaya.

Husna Johari di kaki bukit Osaka Palace

Pada masa saya berbual dengan Maiko, terpanggil saya untuk memberi tahunya berkaitan pertemuan saya dengan Maknunah. Saya beri tahu juga iaitu Maknunah se orang gadis yang menawan. Andainya maiko boleh tertarik dengan pemuda di Osaka, kenapa tidak saya di sini?

Maiko menunjukkan minat tentang cerita saya dan dia menyambung pertanyaan, "What's she doing?"

Saya menjawabnya, "She's a village girl but I don't know much about her. I like the village.  A village is a place I can find peace, unity, inspiration and the one I like most is the beautiful life.

Maiko betul-betul tertarik dengan cerita saya. Cerita tentang pertemuan saya dengan Maknunah. Maiko bertanya lagi, "What's next?"

Saya tak faham maksud pertanyaannya tapi saya jawab begini, "It's about time. You know God gave us ground and we created society. He also created time and that time we need to create our future."

Lama juga saya menanti balasan dari Maiko. Rupa-rupanya Maiko sudah offline.

Pertanyaan saya ialah, kenapa Maiko offline dengan tidak memberi tahu saya seperti biasa yang dilakukannya?


video
She's my best. 

Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan di sini. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com


It is about time. (Click) For beautifu life.

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.



36 comments:

  1. Mak'nunah...jarang orang pakai nama tu.... yang penting maknanya kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul kata tuan. Memang ada maknanya. Saya google baru jumpa then saya kongsi dgn kawan blogger linknya.

      Thnks

      Delete
  2. Sesetengah orang hadir dalam hidup kita untuk pengajaran dan pengalaman and some of them datang untuk bersama kita in our journey in this life. Mungkin Maiko dan Maknunah mempunyai peranan tersendiri dalam hidup kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hidup kita banyak keberangkalian. Kehidupan juga kita bertemu dgn kebetulan atau tak sengaja. Kadang2 kita tak percaya itu satu kebetulan. Tapi yg lebih kita tak percaya ialah kebetulan itu penyebab peristiwa terjdi.

      Delete
  3. Yang istimewa memang sukar untuk dimiliki...
    #prayforhappyending

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul tu fidah. Sedangkan yg baik kita susah nak dpt tapi bukan mustahil. Untuk berjaya kita perlu dua perkara, berusaha atau menyediakan alasan kegagalan

      Delete
  4. jeng jeng jeng...ternanti2 apa pengakhiran kisah adam, maiko & maknunah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jeng jeng jeng.

      Entahlah ain. Tak tau mana hujungnya. Tpi kalau ikut entry saya bertajuk duri pertama sudah muncul, kat situ dan nampak jalan hujung.

      Delete
    2. Maknunah pulak jumpa kebetulan. Tolong dia kesejukan dlm hujan. Kalau saya nak sambung pun bersahabat dgn dia saya tak tau macam mna caranya.

      Delete
  5. Eh ada watak baru rupa2nya.
    Kak Mirror tertinggal keretapi.
    Jika ada 2 pilihan.. tanyalah Allah dlm solatmu (istiharah) supaya tiada penyesalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg baru ni jumpa kebetulan. Tak ada sambungan cerita dia. Begitulah buat masa ni

      Delete
  6. Jalan yg paling mudah. pilih dua2 sekali.
    senang tak serabutkan fikiran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan dua tapi tiga. Ibu maknunah termasuk sekali dlm sinarai.

      Delete
  7. Yang satu pun sukar utk dipilih, apatah lagi kini ada dua pilihan ...
    Which one Adam? Maiko or Ma'knunah ... which one?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.
      Maknunah baru tengok sekali je. Tak tau dapat jumpa lagi ke tidak. Kalau nak jumpa lagi oun saya tak ada idea macam mna. Takkan jumpa secara kebetulan mcam dulu.

      Thnks mrs pip.

      Delete
  8. Tepuk dada tanya selera.
    Rakan2 blogger kita pun ada yang boleh masuk senarai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wp, bukan senang nak tangkap hati rakan blogger. Minda dia orang lebihwaras. Yg berdamping dgn mereka tentu yg heat2. Setakat saya ni nothing to them.

      Delete
  9. Siapakah yang akan jadi pemenang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum tahu lagi. Saya memang tak tau. Yg penting bagi saya mereka tetap bersudi menjadi sahabat saya berkekalan sekurang2nya.

      Delete
  10. Pastinya kedua2 bakal suri hati bermula dengan MA..

    Moga dipermudahkanNya, aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erkkkkkkk bukankah bertiga yang dah masuk di dalam senarai kini?

      Delete
    2. Umu, arwah istri saya pun nama dia bermula dgn huruf M. Kebetulan. Tapi kita panggil bermula dgn huruf F. Panggilan keluarga.

      Delete
    3. Umi umi, bertiga??

      Orang yg ketiga tu mesti beri laluan untuk anaknya. Saya rasa begitu. Kan kan.

      Delete
  11. Buat lah checklist dulu. Tengok siapa dapat ticks banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I met (i saw) maknunah only once. Tak ada informasi tentang dia. Kalau buat checklist tentu cecklist tu tak tepat.

      Delete
  12. tak salah memilih..benda bukan untuk sehari dua. semoga dapat buat pilihan tepat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak susah nak buat pemilihan yg tepat. Itu pandangan saya. Yg susahnya ialah hendak buat keputusan.

      Thank u sal.

      Delete
  13. Semoga dapat buat pilihan yang tepat!

    ReplyDelete
  14. thank you.
    Tapi muknunah saya terjumpa secara kebetulan. itu pun sekali. Entah jumpa ke tidak lagi, tak taulah saya.

    ReplyDelete
  15. Silahkan di kunjungi ya kawan-kawan 100% Memuaskan
    > Hoki anda ada di sini <
    Agen Togel
    Agen Bola
    Agen Kasino
    Togel SGP
    Togel Hongkong
    Togel Sydney

    hubungi kami di :
    Line : togel118
    Bbm : D8AF7278
    Wa : +85592985834

    ReplyDelete
  16. mendoakan yg terbaik utk sdr..
    ooo, Maiko sudah ada teman pria kesayangan ayah dia...ada entry utk itu? kena pi baca ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak tau lelaki tu kawan baik or not but her father likes him.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...