Wednesday, 23 August 2017

MA'KNUNAH, NAMA YANG INDAH MAKNANYA


Tontonlah dulu video ni sebelum membaca untuk mengelak kebosanan.

Pagi-pagi lagi saya sudah bertolak dari kampung untuk balik ke Shah Alam walaupun tujuan balik ke Shah Alam semata-mata untuk menuntun perlawan bolasepak di antara Laos dengan Malaysia di stadium. Memandangkan hari masih awal, saya menysur mengikut jalan lama tidak seperti biasa selalunya mengikut lebuhraya.

Memandu sungguh tenang kerana kereta belum banyak lagi. Saya memandu dengan kelajuan tidak melebihi 80 kilometer se jam, kelajuan yang terlalu perlahan jika dibandingkan cara biasa saya memandu. Kelihatan awan perlahan-lahan mula menampakkan mendung.

Walaupun jalan raya itu lama tetapi pemanduan terasa selesa. Tiba-tiba hari semakin gelap. Tidak lama selepas itu hujan mulai turun. Makin lama sesemakin lebat. Hujan turun mencurah-curah menyebabkan pemanduan tidak menjadi selesa. Saya hanya berani memandu tidak melebihi 50 kilometer se jam disebabkan jarak pemandangan terhad.

Lebih kurang 150 meter di hadapan saya nampak se buah motor berhenti. Saya memperlahankan kenderaan dan dapati ada dua orang wanita berdiri bersebelahan dengannya. Sebaik menghampiri mereka saya berhenti dan menurunkan tingkap cermin di sebelah kiri lalu mempelawa kedua-duanya naik. Mereka tidak menjawab.

SAYA:  Naiklah, kita cari tempat berteduh yang selamat. Di sini merbahaya, jalan gelap berserta dengan kilat dan petir. Percayalah pada saya.

Selepas saya ulang pelawaan itu beberapa kali baru kedua-dua mereka naik dan duduk di baghagian belakang. Saya dapati mereka basah kuyup dan tidak ada bahagian pakaian mereka yang tidak basah.

SAYA:  Kat tempat duduk tu ada tuala. Tuala tu bersih. Laplah badan dengannya.

Wanita yang kelihatan berusia mungkin ibu kepada gadis muda itu bersuara.

WANITA:  Tak apalah encik. Saya pun dah basah.

SAYA:  Laplah badan tu. Sejuk ni, nanti dapat selsema. (Mereka enggan menggunakan tuala saya).

Saya memandu semula dan memberhentikan kereta di hadapan sebuah kedai minuman yang juga merupakan se buah kedai runcit di situ. Saya mengajak mereka minum tetapi mereka menolak dengan alasan mereka kenal dengan pekedai itu.

SAYA:  Kita minum sekejap untuk panaskan badan. Dah terlanjur berhenti ni, elok tunjukkan muka kalau tak mereka syak yang bukan-bukan. Gunakan tuala tu untuk menutup badan kerana baju-T yang dipakai tu dah ditembusi air hujan.

Kesemua kami memesan teh tarik panas. Sewaktu tuan kedai menghantar minuman dia bersuara kepada wanita itu bertanyakan siapa saya. Sebaliknya menjawab.

SAYA:  Saya dari kampung tadi tiba-tiba ternampak dia berdua berdiri di dalam hujan. Tepi jalan. Hujan lebat berserta petir. Saya bawa dia ke sini. Sekurang-kurangnya di sini selamat.

PEKEDAI:  Oh, saya ingat encik sedara dia. Encik asal mana. Nak ke mana? Baik hati encik.

SAYA:  Asal dari mana saya rasa tak payahlah saya beri tau, kan. Yang penting hati kita mesti seperti hati kita yang asal. Hati kita yang asal dulu belum tau nak buat jahat. Asal yang tulah yang penting. Kampung saya kat Johor.

Pekedai itu senyum sambil menunjukkan isyarat 'good' dan meninggalkan meja kami untuk pergi ke meja lain. Saya difahamkan kedai itu merupakan tempat untuk perempuan ini membeli barang dapur. Ada masanya kedai ini menjual ikan sungai tetapi tidak kerap.

Apabila saya tau kedai ini menjual ikan sungai saya terus ke bahagian barang basah. Memang betul di situ saya dapati ada ikan baung, ikan lais, ikan tebakang dan ikan puyu. Saya memang lama mengidam untuk makan ikan sungai.

Saya ambil dua ekor ikan baung yang kebetulan sememangnya ada dua ekor sahaja yang beratnya berjumlah dua kilogrem. Saya bawa ke meja dan tunjukkan kepada perempuan tadi.

SAYA:  Ini ikan baung. Ikan tebakang, puyu dengan ikan lais pun ada tapi tak banyak. Ambiklah ikan ni. Masaklah cara apa pun. Bila dah masak beri saya sikit untuk saya bawak balik. 

Dia terkejut lalu bertanya macam mana saya boleh kenal semua jenis ikan di kedai itu. Saya kata kepadanya semua jenis ikan sungai saya tau sebab saya membesar bersama sungai.

Lama juga dia membuat keputusan untuk bersetuju memasaknya.


Hujan mula berhenti. Selepas membayar harga minuman dan harga ikan, saya menghantar mereka pulang.

Saya dapati rumahnya walaupun baru tapi bentuknya masih kekal bentuk rumah Melayu lama, ada serambi, anjung dan ada pelantar. Rumah papan bertiangkan batu kelihatan kemas. Gelegarnya tidak dipaku sebaliknya menggunakan pasak dibuat dari kayu. 

Dari luar saya dapati rumah itu tidak bersiling. Kasau untuk menempatkan atap genting nampak nyata tersusun kemas. Rumah tersebut hampir 90 peratus menyerupai rumah Melayu lama cuma ianya tidak mempunyai bendul dan kisi-kisinya tidak berukir. Kisi-kisi dikekalkannya bertujuan untuk peredaran udara.

Saya tertarik dengan jenang pintu dan jenang tingkapnya. Jenangnya dicat dengan warna coklet kemudian dilapiskan dengan bernish. Indah buatannya.

Setelah keluar dari kereta, anaknya terus masuk ke rumah. Ibunya mempelawa saya masuk tapi saya enggan dengan alasan tiada lelaki lain di situ. Jawabnya, "Tak apa. Bukannya kita berdua. Anak kakak pun ada sama."  Dia membahasakan dirinya kakak.

SAYA:  Saya panggil kakaklah. Tadi nak panggil apa tak tau. Nama pun saya tak tau. Nama saya Adam.

KAKAK:  Panggil kakak pun boleh. Nama kakak Sumiy'ah. Suami kakak dah lama tak ada. (Nama anaknya tidak diberi tahu).

SAYA:  Beginilah kak. Elok saya ke kedai tadi semula. Saya tunggu kat sana. Bila dah masak kakak telefon saya. Nanti saya datang.

KAKAK:  Adam tunggu kat rumah ni pun tak jadi hal. kalau segan nak masuk ke dalam, duduk kat serambi pun boleh. Kat situ berangin.

SAYA:  Bukan saya tak sudi kak. Cuma saya rasa tak selesa tercangok sorang-sorang. Akak telepon saya bila dah masak. Jangan banyak sangat untuk saya, se kelar pun dah lebih dari cukup. Akak yang masak ke?

KAKAK: Kalau gitu, satu jam lagi Adam datanglah. Anak akak tu dah biasa buat kerja dapur. Dialah yang masak.

Kakak itu masih tidak memberi tahu nama anaknya. Saya memang ingin nak tau.


Saya pergi ke kedai tadi. Saya duduk sementara menunggu kakak tadi menyediakan gulai ikan sungai untuk saya bawa balik..

Semasa di situ saya terbayangkan wajah kedua-dua anak beranak itu. Ibunya berusia tetapi wajahnya nampak berseri dan kelihatan muda. Hati saya berkata tentu dia ada amalan untuk nampak menarik, sekurang-kurangnya tekaan saya dia mengamal petua orang lama atau mungkin dia makan ubat tradisional. Maklumlah dia orang kampung dan caranya hidupnya pun menampakkan dia berpegang kepada cara hidup orang Melayu lama.

Anaknya kelihatan jauh lebih muda darinya. Paranya menawan. Kulitnya bersih, wajah berseri serta susuk badannya yang begitu menarik; bentuk yang sangat diidamkan oleh gadis-gadis sekarang. Sayangnya dia tidak bersolek dan andainya dia disentuh sedikit oleh pakar solekan, berani saya katakan dia akan kelihatan setanding Puteri Gunung Fujiyama.

Setelah genap satu jam menunggu, saya pergi semula ke rumah kakak Sumi'yah. Setibanya saya di rumahnya saya menunggu di keeta. Kakak Sumiy'ah menjemput saya naik. Saya kata tidak menjadi halangan bagi saya menunggu di situ. Dia meminta saya naik ke di serambi sementara menunggu anaknya menyediakan makanan.

Apabila saya berada di serambi, saya dapati makanan telah sedia terhidang. kakak Sumiy'ah menyuruh saya makan. Saya menolaknya dengan alasan saya datang semata-mata hendak mengambil gulai ikan baung.

KAKAK:  Di serambi ni tak ada meja. Kita duduk bersila di lantailah. Lagi pun Adam takkan sudi masuk ke ruang ibu rumah ............ Adam kena makan jugak. Sekurang-kurangnya untuk menghilangkan rasa penat orang yang menyediakannya.

SAYA:  Saya boleh makan kak, dengan syarat kita semua makan sekali. Kalau kakak berdua tak makan, saya malu nak makan.

Kakak Sumiy'ah pergi memanggil anaknya. Kakak Sumiy'ah duduk di kanan saya dan anaknya bertimpuh di sebelah kiri saya. Manis sungguh kelihatan cara dia duduk begitu tambahan pula dia memang manis orangnya. Sudah bertahun saya tidak nampak gadis kita duduk bertimpuh.


Sambil makan kami bersembang. Banyak juga pertanyaan dari kakak Sumiy'ah yang saya jawab.

KAKAK:  Adam balik kampung kenapa tak bawak bini?

SAYA:  Bini saya dah tak ada kak.

KAKAK:  (Dia terdiam sekejap) Kenapa tak cari pengganti?

SAYA:  Saya dah carik kak. Dari sejak musim durian hingga musim rambutan, pun lom jumpa.

Kakak Sumiy'ah ketawa, sebaliknya anaknya yang diam dari tadi tunduk tersenyum yang menyebabkan pipinya yang tersedia merah bertambah merah.

SAYA:  Saya berselera makan ni kak. Lama tak rasa masakan begini. Sejak bini saya dah tak ada, tak merasa masakan macam ni. Memang terasa sedapnya. Kunyit hidup dengan asam cepu, memang sedap.

KAKAK:  Itulah, cepat-cepat cari pengganti, nanti hari-hari boleh makan masakan ni. Asam cepu banyak di rumah kakak. Bukan asam cepu je, yang lain pun ada.

Kakak Semiy'ah menyuruh anaknya menambah nasi ke pinggan saya. Dia masih tak menyebut nama anaknya. Ingin saya bertanya tetapi terasa malu.

Sewaktu anaknya hendak menambah nasi ke pinggan, tanpa sedar saya memegang tangannya untuk menghalang. 

SAYA:  Kak, dalam rumah ni tak ada tetamu. Saya bukan tetamu. Saya seperti kakak berdua, jadi tak perlu raiikan saya. Yang patut kita raiikan sekarang ialah kesyukuran kerana kita menikmati rezeki Allah. Syukur alhamdulillah. 

Baru saya sedar tangan anaknya masih di gengaman saya. Saya lepaskannya sambil meminta maaf dengan berkata yang saya lakukan tadi tanpa sedar. Kakak Sumiy'ah berkata, "Allaaaa, pegang sikit je. Bukannya luak."

Sepuluh minit selepas makan saya mohon diri. Kakak Sumi'yah menghantar saya ke kereta. Anaknya berkemas di dapur dan saya masih belum tahu lagi namanya.

SAYA:  Kak, saya ucap terima kasih kat kakak menyediakan masakan tadi. Memang sedap. Terima kasih kak.

KAKAK:  Akak tak masak tadi. Akak berkemas. Rumah beselerak, malu kat Adam nanti.

SAYA:  Tak patut kalau saya tak ucap terima kasih kat anak kakak. Dia yang menyediakan makanan. Tolong panggil dia kak, tak manis kalau saya tinggalkan begitu saja. Nak ucap terima kasih kat dia.

Apabila kakak Sumiy'ah hendak naik ke rumah untuk memanggil anaknya, saya menahannya. Saya minta dia memanggilnya dari tempat kami berdiri. Kakak Sumiy'ah memanggilnya.  

KAKAK:  Ma'knunah ...... Ma'knunah. Datang sini sekejap.

Anaknya datang dan berdiri de sebelah kiri ibunya. Mereka mengadap saya dalam jarak lebih kurang enam kaki. Anaknya kelihatan malu-malu. mungkin dia penyegan orangnya. Bibirnya mengukir satu senyuman yang amat bermakna. Saya pandang tepat ke matanya lalu berkata. 

SAYA:  Terima kasih sebab sediakan makanan. Makanan memang sedap. Boleh dipuji.

Anaknya tidak berkata apa-apa. Dia memandang jauh ke depan. Saya tak tau apa di mindanya.

Saya pandang kakak Sumiy'ah sambil bersuara.

SAYA:  Kak, selain dari cantik dia memang pandai masak. Untung siapa yang dapat dia.

Sebaik sahaja selesai berkata, anaknya menundukkan kepalanya. Kaki kanannya digerakkan perlahan-lahan di tanah seolah-olah kakinya melukis sesuatu. Saya faham erti kelakuannya. Pengalaman saya mengatakan itu menandakan dia rasa gembira disanjung, redha dengan kepujian sambil menyisipkan perkataan terima kasih di hatinya.

Tidak ada pembaziran masa di situ kerana pengalaman digunakan di tempat yang betul.



Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan di sini. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com

Ada orang tak nak sebab sudah berpuas hati tapi (Klik) masih ada yang mencarinya kerana perkara itu benar..

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

47 comments:

  1. Replies
    1. Bolasrpak lelaki.
      Malaysia kalahkan Laos: 3 - 1.

      Delete
    2. Assalamualaikum wr wb. Saya Sangat berterimah kasih kepada KI RONGGO LAWE
      berkat semua bantuan yg diberikan saya sdh buka usaha dan memiliki
      beberapa Restoran ternama di Surabaya ”Saya dulu seperti
      orang gila, bahkan hendak bunuh diri, usaha saya ditipu sahabat karib
      dan membawa lari semua uang saya. Saya pun harus menanggung hutang
      supplier dari usaha kontraktor yang dibawa lari teman saya. Kesana
      kemari minta bantuan gak ada yang nolong. Bahkan saya sudah keliling
      Indonesia untuk mendapatkan atau mencari pinjaman dan dana gaib, tapi
      untung di ujung keputus asa’an saya bertemu dgn KI RONGGO LAWE yang
      dikenalkan oleh adik ipar saya, akhirnya bliau menawarkan bantuan Dana
      Gaib tanpa tumbal/resiko diawal ataupun akhir dan dari golongan
      putih.setelah persyaratanya dilengkapi dan ritual selesai, MENGEJUTKAN
      !!!, saya mendapatkan dana gaib sebesar 700jt dihadapan saya.
      kalau mau seperti saya hubungi KI RONGGO LAWE Tlp/Sms : 0853-1403-1099, atau KLIK DISINI
      solusi tepat salam sukses.



      INILAH JENIS MACAM PESUGIHAN DAN BOCORAN TOGEL 2D 3D 4D 5D 6D.....


      >PESUGIHAN TUYUL| PELARIS USAHA
      >PESUGIHAN UANG GAIB
      >PESUGIHAN JIN KHODAM
      >PESUGIHAN ASMA
      >PESUGIHAN UANG SEPASANG
      >PESUGIHAN UANG BALIK
      >PESUGIHAN JUAL JANIN
      >PESUGIHAN PUTIH TAMPA TUMBAL
      >PESUGIHAN NIKAH JIN
      >PELARISAN DAGANG

      Delete
  2. Nampaknya ni peluang untuk tidak pergi ke 0saka.

    ReplyDelete
  3. maiko punya pilihan hati disana, maknunah..orangnya cantik, santunnya juga cantik,masakannya juga sedap..boleh tu untuk dijadikan suri dihati en.adam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aryan aryan. Pandainya aryan membuat cadangan.

      Delete
    2. Belum tau orang tu mau atau tidak. Belum tau orang tu hatinya dah di isi atau tidak sebelum ni.

      Delete
  4. Disana menanti..disini bermula. Banyak pilihan dlm hidup yg memerlukan sabar dlm membuat keputusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Liza,
      Pilihan memang ada sebelum sebelum ni pun cuma saya tak pilih.

      Delete
    2. Tak pilih sebab tak tau orang yg dipilih suka atau tak.

      Delete
  5. Kasihan pada motor yang ditinggalkan.. Apa nasibnya ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Motornya tak jauh dri rumah dia. Motornya tak rosak cuma dia tak boleh menunggang sebab gigil kesejukan.

      Delete
  6. Cukup pakej maknunah ni.. hmm.. mama approve ni Adam hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama.
      Itu jumpa secara kebetulan. Tak tau hujung pangkal kesah dia. Banyak lagi yg jena tau. Apa2 pun, i thank you mama. Hati mama tulus.

      Delete
  7. Cerita ni macam dalam drama petang-petang heheheee...

    Buat baik dibalas baik. Orang memberi kita merasa.

    Wah! Tn Adam sudah tukar template la... suka font besar cenggini dan background putih lebih terang dan jelas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ditulis secara begini sebab bercadang nak jadikan buku. Masa nak cetak nanti cuma ubah sikit2 je.

      Templete ni tukar warna sebab ada follower blog ni beri tau saya dia kurang nampak sebab dia rabun warna.

      Mrs A, ada masa juga bila saya buat baik tapi dibalas tidak baik. Maksud saya dia ambik kesempatan. Cerita begitu saya tak buat entry dlm ni. Yg dah lepas tu biarlah lepas. Thnks.

      Delete
  8. Assalamualaikum wbt, Saudara Adam.
    Rumah Saudara di Kota Kemuning, Shah Alam, bukan? Tempat asal Saudara di Johor itu di mana sebenarnya?
    Saya pun tinggal di Kota Kemuning, berasal dari daerah Segamat, Johor.
    Sudah beberapa bulan juga saya mengikuti blog Saudara... bermula secara tidak sengaja melalui link di blog Keluangdiamond. Meskipun bahan tulisan Saudara ringan-ringan sahaja, tetapi gaya bahasa Saudara menarik perhatian saya.
    Entahlah...rasa-rasanya, seperti saya mengenali Saudara hingga menyebabkan saya sering tertanya-tanya dan terdetik untuk berjumpa. Bagaimana?
    Sekian dulu, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam. Terima kasih sanggup baca tulisan saya. Tentang nak jumpa tu, saya rasa no pblm. Tapi bukan dlm masa terdekat. Nanti saya maklumkan kat tuan bila saya ada kelapangan. Thank you sir.

      Delete
  9. cuma kenal ikan keli & ikan talapia je...

    menarik citer ni, sdra very frank...kalau kena puji mcm tu, saya pun kuis2 tanah jg kot..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaaaaa...... Baru saya tau selama ni nohas pun serupa macam ma'knunah bila kena puji suka kuis tanah.

      Hihihi.

      Delete
  10. saya baca sampai habis. U tau u punya gaya bhasa ni santai jek..hehe..Maknunah tu i nak tanya dia senyum sebab dia malu anak dara sunti ke dia bisu? really i takleh teka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anis,

      Saya gelak baca komen anis. Really. Macam mna anis tulis kat blog anis, begitulah cara anis komen kat sini. Too frank and like it.

      Biasanya orang bisu dia tak boleh dengar. Kan kan.

      1. Tapi ma'knunah dengar bila ibunya memanggil waktu saya nak balik. Masa tu dia kat dapur.

      2. Dia senyum bermakna dia faham bila saya kata dari musim durian hingga musim rambutan.

      3. Dia tunduk bila dia dengar saya kata dia cantik and pandai masak.

      Saya memang tak dengar suaranya tapi ibunya tak menggunakan bahasa isyarat bila bercakap dgn dia.

      So, what do you think? Pekak or pemalu.

      Delete
  11. Ikan sungai susah nak prepare tetapi dalam satu jam ikan sudah siap dimasak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang tak pernah masak. Memang saya tak nak masak sebab Bimbang kalau saya masak ikan sungai nanti bila dihidang tiba2 jadi ikan laut.

      Delete
  12. waahh! en.adam pergi stadium... big fan of football ni... btw, selamat berhujung minggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hujung minggu jugak untuk pink.

      Delete
  13. apa maksud ma'knunah ya? first time dengar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi bertanya. Saya beri link nama perempuan islam kat bawah ni. Mungkin yg lain nak tau jugak.

      http://name.crazyartzone.com/index.asp?cat=Perempuan&ch=M

      Delete
    2. Kat bawah ni nama indah perempuan islam lengkap.

      http://name.crazyartzone.com/index.asp?cat=Perempuan&ch

      Delete
    3. Ainniah, ejaan nama pompuan tu saya salah tulis. Saya tulis ikut bunyi sebutan. Masa tu tak refer laman web tu.

      Delete
  14. Siapa bilang gadis melayu tak menawan, tak menarik hati..... 😄

    Akak rasa yang ini tiada onak dan duri, jangan lupa sambungannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umi, Siapa bklang gadis melayu tak menawan. Ce-cakap. Ce-cakap.

      Umi, yg ni emak dia pun available. Tuah ayam nampak di kaki. Kan kan.

      Delete

    2. Yg ni ada dua pilihan.

      Delete
    3. Gulpppp.. agak2nya hati adam lebih kpd siapa??? Jgn lupa jemputannya ya.. 😄

      Delete
    4. Fenomena skrg ni, jarrak usia bukan halangan.. ramai memilih wanita yang lebih berusia, anggun gitu...

      Delete
    5. Hari tu kebetulan terjumpa. Sekarang tak sda sebab nak ke sana. Tak ada alasan. Melainkan nak mintak buah cepu. Kakak tu ada beri tawaran. Tapi tawaran buah cepu je kot.

      Delete
  15. Oh teringat game ini yang membuat Encik Husband mengomel balik lewat ke rumah sebab tersangkut jem dekat stadium.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg pasal game ni saya tak tau tuan.

      Delete
  16. Hurm.... hati manusia sukar utk diduga.
    Maiko atau Maknunah ...
    Onak dan duri tu, kita tak boleh duga kedatangannya ...
    Kadang2 onak dan duri ada di depan mata, jadi kita nak mengelak...
    Tapi ada masanya, onak dan duri dagang kemudian yg sukar dijangka kan...

    ReplyDelete
  17. Mmm..seorang lg gadis ala2 Fujiyamana berjaya ditemui..Ha2..Betulah..kata org..kalau ada yang dekat apa perlunya yang jauh2..yg dekat ni mungkin x mmeningkan kepala nk ajr & bljr mcm2 ragam budaya masing2. Cuma ..bila bjaya dpt yg jauh tu..mungkin pahala lebih besar..sebab bjaya Islmkan dia & keturunannya..slain byk cabaran & dugaan yg perlu diharungi..makin besar cabaran untuk buat kebajikan..makin besarlah ganjaran disediakan oleh Tuhan.

    Nabi kita adalah hamba Allah yg paling byk pahala berbanding jenerasi slps baginda khususnya.. sebab apa???..kerana baginda..sebab baginda..ramainya umat manusia & jin memeluk Islm hingga ke hari ini. makin btambah..makin bgandalh pahalanya shingga ke alam barzah. So..kini ..pilihan di tgn anda..MUNGKIN ..BESAR MODAL..BESARLAH JUGA HABUANNYA..mungkin...Ha2

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tuan. Kedua2 pabdangan tuan memang baik. Saya cuba memikir apa yg perlu saya lakukan semiga hidup saya bermakna sebaik keputusan saya buat.

      Thanjs.

      Delete
    2. Maaf. Saya reply ni guna hp. So, spelling banyak silap. Hp too small.

      Delete
  18. Sasaran 111 pingat emas dalam genggaman
    lebih bermakna kalau bola sepak dapat emas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tunggulah mlm ni wp keputusannya. Saya dah pesan kawan untuk dapat teket.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...