Wednesday 16 August 2017

DURI SEMALU PERTAMA SUDAH MULA MUNCUL


Sebentar tadi saya terima email dari Maiko. Ini merupakan email terpanjang yang pernah saya terima darinya. Saya membacanya dua kali kerana kata-kata Maiko selalunya memang banyak benda yang tersirat.

Saya akan kongsi mana-mana bahagian yang tidak sulit dan mana yang saya anggap terlalu peribadi saya akan pendamkan.

Kebanyakan isinya berkaitan dia di Osaka. Salah satu darinya dia berkata bapanya tertarik dengan se orang pemuda se pejabat dengan ayahnya dan secara kebeutulan pemuda tersebut menjadi orang kepercayaan bapanya. Kerap bapanya bercerita tentang pemuda yang disukai itu. 

Maiko juga pernah terserempak dengan pemuda itu semasa ke pejabat ayahnya dan pada pandangan Maiko lelaki itu se orang yang segak dan bergaya. "Not bad," katanya.

Selera Maiko memang tinggi kerana dia se orang gadis hebat.

Seperti biasa Maiko kerap bertanya tentang jodoh pilihan saya. Selalunya saya mendiamkan diri. Pernah saya menjawab dengan berkata, "Saya pilih sesiapa sahaja asalkan dia mampu membesarkan anak2 menjadi manusia."

Maiko memang tidak ambil masa lama untuk menjawab. Katanya, "The beauty of partnership between spouses is that they combine strength with wisdom. A way to accomplish more for the glory of home. That's what I have in mind."

Jawapan yang tidak termampu diberi oleh gadis-gadis yang se usianya.

Banyak lagi cerita yang ditulis di emailnya. Saya copy and paste beberapa bahagian untuk dikongsi di sini. Untuk menjimatkan masa.

Dia masih bertanya tentang saya yang belum membuat keputusan untuk berumah tangga. Dinasihatnya saya, "Don’t wait, Adam. The time will never be just right. Sometimes it's the smallest decisions that change your life. Maybe that simple decision can change us forever."

"You need to make decisions at the right time - not too early and never be too late. It doesn't matter if your choice is not perfect a bit but most importantly you need to decide." Sambungnya lagi, "Don't ignore what your feeling is."

Ditulisnya lagi, "Adam, take for wife the girl that you love and be sure that she also loves you in return and never to forget to marry the one that no matter what but will always respect you."

Nasihat dia merupakan perkara benar tetapi sebaliknya saya perlu berfikir semasak-masaknya terutama tentang memilih gadis. Dia ternyata kelihatan hebat untuk diambil sebagai pasangan. Mampukah saya di alam rumah tangga?

Terfikir di hati saya, "Apa kata kalau aku jadikan Maiko suri di hati? Mana mungkin kerana Maiko sudah membayangkan lelaki kesukaan dan mungkin menjadi pilihan bapanya. Maiko juga mengaku tentang ketampanan lelaki itu."

Sanggupkah saya merempuh duri yang mula timbul sekiranya saya ingin menjadikan Maiko ibu kepada anak saya? Duri yang bila-bila masa sahaja boleh bertukar menjadi onak rimba.

Sanggupkah Maiko meredah duri yang akan sentiasa ujud berterusan? Well Maiko, please don't settle for a man who opens half of his heart for you.

Sudah tentu dia menurut pilihan bapanya kerana Maiko yang bersopan santun sangat sayang dan hormat bapanya. Dia sudah dididik demikian.

Jika Maiko menolak pilihan bapanya dia tau bapanya akan terasa malu. Bagi keluarga Maiko dan mungkin rakyat Jepun yang lain, malu itu satu perkara yang ditakuti dan mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk mengelak dari malu.

Budaya Jepun (sekarang tak tau masih menjadi amalan atau tidak) ibu bapa sanggup tidak mengaku anak jika anak itu memalukan mereka. Begitu juga ramai tentera Jepun yang gagah perkasa membunuh diri di dalam peperangan bukan kerana lain tetapi mereka malu dengan kekalahan.

Entry sebelumnya: Aku Jerit Je

Mengasyikkan

Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com


(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam. Sendiri komen sendiri junjung. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.



53 comments:

  1. Lambat laun, email sebegitu akan sampai juga..

    Biasanya ia sampai di persimpangan, bukan di jalan yang lurus atau sehala..

    Ada sesetengah pendapat berkata cinta itu mati sebaik sahaja tali perkahwinan itu diikat..

    Lazimnya, kita rasa proses cinta baru bermula sebaik sahaja tali perkahwinan diikat..

    Yang pertama, lebih tepat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya bila belum kawin cinta tu memang hebat. berguling2 ketawa. bila dah kawin lelaki terasa bertanggungjawab lebih. then wife pulak demand macam2. itu yg cinta tengelam. bukan hilang.

      have a look tuan: http://www.diffen.com/difference/Infatuation_vs_Love

      Delete
    2. Assalamualaikum wr wb. Saya Sangat berterimah kasih kepada KI RONGGO LAWE
      berkat semua bantuan yg diberikan saya sdh buka usaha dan memiliki
      beberapa Restoran ternama di Surabaya ”Saya dulu seperti
      orang gila, bahkan hendak bunuh diri, usaha saya ditipu sahabat karib
      dan membawa lari semua uang saya. Saya pun harus menanggung hutang
      supplier dari usaha kontraktor yang dibawa lari teman saya. Kesana
      kemari minta bantuan gak ada yang nolong. Bahkan saya sudah keliling
      Indonesia untuk mendapatkan atau mencari pinjaman dan dana gaib, tapi
      untung di ujung keputus asa’an saya bertemu dgn KI RONGGO LAWE yang
      dikenalkan oleh adik ipar saya, akhirnya bliau menawarkan bantuan Dana
      Gaib tanpa tumbal/resiko diawal ataupun akhir dan dari golongan
      putih.setelah persyaratanya dilengkapi dan ritual selesai, MENGEJUTKAN
      !!!, saya mendapatkan dana gaib sebesar 700jt dihadapan saya.
      kalau mau seperti saya hubungi KI RONGGO LAWE Tlp/Sms : 0853-1403-1099, atau KLIK DISINI
      solusi tepat salam sukses.



      INILAH JENIS MACAM PESUGIHAN DAN BOCORAN TOGEL 2D 3D 4D 5D 6D.....


      >PESUGIHAN TUYUL| PELARIS USAHA
      >PESUGIHAN UANG GAIB
      >PESUGIHAN JIN KHODAM
      >PESUGIHAN ASMA
      >PESUGIHAN UANG SEPASANG
      >PESUGIHAN UANG BALIK
      >PESUGIHAN JUAL JANIN
      >PESUGIHAN PUTIH TAMPA TUMBAL
      >PESUGIHAN NIKAH JIN
      >PELARISAN DAGANG

      Delete
  2. Nice template Adam... Jadi duri apa salahnya kalau apa yang diidamkan tercapai. Susah buat permulaan, mungkin akhirnya bahagia... siapa tahu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks sebab puji template.
      Duri tu tengoklah macam mna nak settle nanti.

      Delete
    2. Love itself is very complex, kita just kena lalui cabaran dan dugaan bersama, menerima pasangan seadanya, If we accept the love we think we deserves.

      Delete
  3. Jepun ada bom.
    dia tak main duri.

    ReplyDelete
  4. Ini sukar, buatlah pilihan yang wajar menurut diri anda.

    ReplyDelete
  5. Maiko.. macam pernah dengar di entry sebelum2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ini kesah maiko dan saya. Entry tentang maiko bermula sejak desember lepas. Bacalah.

      Delete
  6. Moga Adam membuat pilihan yang tepat...

    ReplyDelete
  7. perkahwinan tu suatu perjudian..tidur sebantal bukan bererti mimpi kita akan sama ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawin pun ada yg nasib baik , ada yg nasib tak baik.
      Kalau tidur dua bantal dikira bernasib baik. Hahaha.

      Delete
  8. Maiko tertunggu2 kata putus dari adam, barulah dia pun boleh buat keputusan memilih mana yang terbaik untuk diri dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Imm pernah menetap di jepun so you tau more about japanese people than me. Apa2 pun imm, saya akan reply email dia then tunggu what happen next.

      Delete
    2. Hehe tak juga.. Cerita 10 tahun lalu, masa tu saya hanya bergaul dengan japanese yang seumur saya (juga tak matang macam saya haha).

      Tapi dari pengamatan saya, japanese people ni kalau dia nak berkawan dengan kita, memang dia akan mencari kita. Kalau dia tak berminat, awal2 lagi dia larikan diri dan buat tak nampak walaupun kita kat depan mata.

      Delete
    3. Imm, memang betul apa yg imm kata. Kalau mereka suka kat kita dgn apa cara pun they will maintain the relationship.

      Ada satu keluarga jepun berkawan dgn our family. dah dua tahun datang ke malaysia. Menetap dgn keluarga kami. Dia tak kesah how small our house is kalau di banding rumah dia di jepun. In return our family pun pergi tinggal dgn mereka. Dia layan kita hingga kita terasa segan. Saya percaya U know very well sikap orang jpun.

      Saya akan ke sana lagi imm.

      Delete
  9. Maiko sangat bersopan. Dia menunjukkan minat pada you Adam dan berharap you mulakan langkah. Jika tidak dia akan memenuhi permintaan bapanya yang mungkin suka untuk dijadikan pemuda itu sebagai menantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anis, kalau parents dia dah buat keputusan tak ada siapa yg boleh menghalang. Yg bagusnya keluarga dia mengamalkan fikiran terbuka.

      Delete
  10. Masih ada ruang masa, cepat melamar maiko jika adam rasa dia adalah jodoh terbaik. Moga dipermudahkan semuanya, aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jodoh terbsik tu tak taulah saya umi tpi dia memang se orang yg baik. Berkedudukan selesa tapi tidak pernah menyombong.

      Delete
  11. Jodoh...jika sudah ditetapkan, mana mungkin dielakkan...

    Wallahuaklam. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul tu kakcik. Allah maha mengetahui.

      Delete
  12. Jodoh walaupun jauh, akan dekat jua satu hari nanti. Kalau bukan jodoh, depan mata pun takkan dpt bersama sehidup semati.

    btw, rasanya sblm ni dah follow blog ni..arini bukak cam x follow plak. adakah kerana blog ni dah berubah wajah..? ekeke tp xpe..saya dah follow balik.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog ni saya tukar warna je. Hitam ke putih and the text putih ke hitam.

      Thnks Juls.

      Delete
  13. Maiko berkata kata seperti saorang pujangga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tidak sentiasa bercakap macam pujangga. Melainkan bila dia bertutur dgn pujangga. Hahaha.

      How's yr arm?

      Delete
  14. Semoga ada jodoh dengan Maiko. Saya terima anda seadanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tuan, semasa kita sama2 berada di jepun kita tak sempat berjumpa. Pada hal kita sama2 menetap lama jugak di sana. Kalau tidak boleh tuan berkenalan dgn sahabat2 saya kat situ.

      Delete
  15. Better Tanya diri sendiri Dan si dia perhubungan korang friends or macam mana. Takut memasing mengharap je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. We are only close friends mama.
      None of us talked about love.
      But the inner feeling i dont know.

      Delete
    2. Saya setuju dgn mama. Baru terperasan yg u kata tu betul. Kena tanya diri sendiri dan tanya dia juga. Itu tepat sekali. I'll write to her. Thanks mama.

      Delete
  16. Replies
    1. Itulah. Tengah fikir ni. Nak terus or berhenti.

      Delete
  17. Janagan serabut sangat dong....Jodoh rahasia Allah, sampai masa kamu akan tahu

    ReplyDelete
  18. istikharah en.adam, mohon petunjuk dari Allah jika masih tidak dapat membuat keputusan. Semoga Allah mudahkan urusan en.adam, semoga maiko dan en.adam juga berbahagia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerima kasih beri sokongan.
      Insya Allah.

      Delete
  19. Terima kasih aryan.
    Thanks for your support.

    ReplyDelete
  20. istikharah la sampai nampak jalannya. perkahwinan berlainan bangsa dan agama, ada complicatednya. dah perkahwinan juga means 'berkahwin' dengan family masing2 juga. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cadangan yg baik. Saya setuju.
      Nanat saya

      Delete
  21. Cadangan yg baik ni. Saya setuju.
    Nanti saya update seterusnya di entry lain kalau kesempatan

    ReplyDelete
  22. Part paling susah ialah untuk membuat pilihan. Masa muda saya rasa saya selalu salah membuat pilihan dalam banyak perkara kerana ikut kata hati. Bila pertengahan umur saya banyak berdiam dari memilih kerana saya tidak mahu pusing dan di usia sekarang saya sudah tahu apa yang saya mahu. Kadan-kadang kita harus lepas apa yang kita sayang untuk kebaikkan semua pihak dan kadang-kadang kita harus selfish utuk kebaikan diri sendiri. Semoga membuat pilihan yang betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "kita harus lepas apa yang kita sayang untuk kebaikkan semua." Saya sangat setuju dgn kenyataan mala ni selepas mengambik kira dari semua sudut.

      Why not i do that? Thanks for that statement.

      Delete
  23. Di mana banyak KENIKMATAN..KEINDAHAN..Di situ pastI byk RINTANGAN & CUUUBAA..AAAAAN.

    JGN UNDUR DULU..LAWAN!..LAWAN!..LAWAN!

    LAWAN TETAP LAWAN!!!..Ha2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lawan tetap ................... lawan.
      Ini kali lah.

      Hahaha.

      Delete
  24. Bijak2..

    I support u Adam..Ha2

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...