Monday, 21 August 2017

LUPAKAN LAH USIANYA TAPI NGATLAH AKAN JASANYA

Di sebuah negara yang terletak berhampiran dengan sebuah negeri yang mataharinya tidak pernah terbit terdapat se buah bangunan yang begitu berjasa, terbengkalai untuk dibaik pulih. Pegawai bangunan telah memanggil tiga kontrektor untuk membuat tafsiran kos membaik pulih bangunan tersebut.

PEGAWAI BANGUNAN: Terima kasih kepada dua-dua kontrektor yang bertungkus lumus memeriksa kerosakan bangunan bersama-sama dengan pegawai penyenggara kami tadi. Sila nyatakan kos sepenuhnya untuk membaik pulih bangunan ini. Saya difahamkan kontrektor pertama namanya Si Luncai dan kontrektor ke dua namanya Lebai Malang. Betul ke?

Gambar hiasan dipetik dari Google

SI LUNCAI:  Saya sudah melawat keseluruhan bangunan ini. Harga yang kami tawarkan ialah RM 2 juta.

PEGAWAI BANGUNAN: Bangunan ini sudah tua tapi sangat berjasa. Jangan kita buat-buat tak ingat akan jasanya. Bagaimana pulak dengan kontrektor ke dua? Lebai Malang, berapa kos tuan?

LEBAI MALANG:  Saya juga sudah melawat keseluruhan bangunan ini. Kami memang arif tentang kerosakan yang kami hendak betulkan. Harga patut yang kami tawarkan ialah RM 2 juta.

PEGAWAI KERAJAAN:  Laaaaaa ........ kenapa harga serupa. Susahlah saya nak pilih.

Pak Pandir tiba-tiba mencelah percakapan pegawai bangunan.

PAK PANDIR:   Tuan, izinkan saya berkerjasama memberi tawaran untuk membaik pulih bangunan ini.

PEGAWAI BANGUNAN:  Wahai Pak Pandir. Kamu kontrektor yang ke tiga. Dengar sini. Macam mana Pak Pandir nak beri sebut harga sedangkan tuan tidak pun memeriksa bangunan ni? Tak masuk akal langsung.

Pak Pandir bangun dari duduk, menuju ke pegawai bangunan lalu berbisik, "Saya tawarkan RM 4 juta. Kita suruh Lebai Malang buat kerja ni. Bayaran kepada dia hanya RM 2 juta. Bakinya dua juta. Imbuhan kerja keras tuan mesti ada. Se juta untuk tuan dan bakinya untuk saya. Masuk akal tak?


video
Hebatnya dia

Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan di sini. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com

(This site is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Sebarang komen tidak akan dipadam. Sendiri komen tanggonglah sendiri. Cerita, video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiburan tiada kena mengena dengan sesiapa pun.

32 comments:

  1. Replies
    1. Kita nak ubah minda. saya tak nak anggap orang bodoh seperti pak pandir tu sentiasa bodoh. Kita jadikan dia lebih pandai dari orang pandai.

      hehehehe. thnks mama.

      Delete
    2. Bagus Adam.. bagi perspektif berlainan. Mama setuju Sgt.

      Delete
  2. Replies
    1. Anis, bukan pak pandir jee yg dah pandai, cuba anis tengok video tu. orang tu pun dah hebat.

      Delete
  3. Dalam soal soal penipuan, kepandaian tidak diiktiraf, satu pembaziran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang menipu ni ada tiga sebab utama:

      1. Penipu tau yang orang lain tak akan syak yang dia akan menipu.
      2. Bila ada peluang untuk menipu
      3. Orang yang kena tipu membiarkan diri ditipu sehingga orang lain sakit hati bile tengok dia ditipu. penipu ni anak kepada si tamak.

      "When you're dealing with frauds and liars, listen more to what they don't say than what they do.” ― DaShanne Stokes

      Delete
  4. Kisah kat atas perkara biasa saja kan dalam masyarakat kita...kalau bab komisen sapa yang tak mau. Soal tua ka jasa ka sapa nak endah kalau dah duit berjuta ria duk depan mata. Nak runtuh moral ke nak ranap negara ka...ada aku kesahhhh...Janji dapat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes Mala.
      janji dapat. Just don't care.
      hihihi

      Delete
  5. Tak tau nak cakap apa sebab lom jumpa pal panndir ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selepas tuan jumpa dia nanti tuan cakaplah. Bercakap kat sini free.

      Delete
  6. amboiiiiiiiiii pak pandir..

    ReplyDelete
  7. ewahhhhh222 pak pandir tuu.. :p

    ReplyDelete
  8. cehhhh kemain lg pak pandir hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anies, kita dah tak boleh tipu pak pandir sekarang.

      Delete
  9. Peribahasa dulu "orang tamak selalu rugi"
    Peribahasa sekarang "orang tamak selalu untung"

    ReplyDelete
  10. Tu yg byk blaku di pntadbiran negaraku tercinta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu bukan rahsia lagi tapi masih ada yg tak percaya atau pura2 tak percaya.

      Delete
  11. Lebai malang pula mmbaik pulih ala kadarnya demi untung berganda,tiris di bumbung bangunan terus kekal dan parah..menunggu rebah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bumbung runtuh, (bumbung stadium dah pernah runtuh) panggil kontrektor lagi untuk baik pulih.
      Hahaha.

      Delete
  12. Itulah scenario yang berlaku sekarang.
    Mereka tahu tapi buat-buat tak tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Purak purak pengsan: kata hj bakhil. Hihihi

      Delete
  13. lepas tu sama2 pakai baju oren (SPRM)...duit buat org gelap mata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakai baju oren pun kadang2 lepas begitu.

      Delete
  14. Musuh yg tak nyata..sifat keAkuan penyebab segalanya.

    ReplyDelete
  15. Replies
    1. Pak pandir sekarang dah pandai.
      Dulu dia belum cerdik.

      Delete
  16. terimakasih artikelnya, jangan lupa kunjungi kami di http://blackwaletfacialsoap.com/sabun-bekas-jerawat/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...