Sunday, 5 November 2017

TIDAK SEMPAT SAYA BERSAHABAT DENGAN SE EKOR SEMUT YANG TIDAK PERNAH DAPAT PENYAKIT KENCING MANIS


Sahabat saya: Asyall Enaa

Yesterday I saw sekor semut in the parit depan rumah. Parit tu cuma kurang tiga kaki lebar.  Saya keluarkan dia and suddenly the ant said something.

"Thank you for selamatkan aku from this Terusan Panama."

Saya tanya dia kenapa dia ada dalam Terusan Panama. That semut said dia terjatuh semasa menyelamatkan diri dari burung. Saya tanya lagi, "Why didn't you run away from Terusan Panama?"

Semut tu jawab,"Semut can't run. We all merangkak." Selamba sungguh dia jawab.

Saya rasa seronok pulak bercakap dengan semut. Dia boleh bertutur dalam dua bahasa. Saya ingin tau lagi cerita dia. Saya kata semut suka makan yang manis-manis kenapa semut tak dpt penyakit kencing manis.

Kata dia manusia jahat itu sebab dapat macam-macam penyakit.

Saya minta dia buktikan manusia jahat. "Manusia suka kencing kawan," katanya. Saya minta dia beri contoh yang lain.

"Manusia ingat dia malaikat. Manusia menghina manusia lain. Manusia kalau jumpa aku dia pijaknya. Kalau jumpa banyak semut macam aku dia spray dgn gas. Bila jumpa sarang aku dia bakar."

Saya beri tau semut itu yang saya ni ingin jadi se ekor semut untuk membuktikan yang tidak semua manusia jahat.

"Jangan, kalau jadi semut kamu tak boleh berguling-guling," jawabnya.

Hello readers. Demikian cerita saya bercakap dengan se ekor semut. I thank you for reading this nonsense but there are plenty of sense in nonsense sometimes. It's only if you wish to look for them.


I miss my mama

Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com

Entry saya di Facebook sebelum ini. (Klik) Nak cuti ke tak nak cuti.

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen sendiri bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.



Sunday, 29 October 2017

DI ANTARA BEBERAPA INGATAN BERUMAH TANGGA YANG MASIH SEGAR DI MINDA


Madiha Johari - a daughter of a business lady

Di atas permintaan dari beberapa sahabat blogger dan yang terkini dari Mamapp, di bawah ini sedikit coretan tentang arwah isteri saya. Entry ini merupakan entry terpendek yang pernah saya tulis.

Teringat saya semasa arwah isteri saya masih ada boleh dikatakan kami jarang makan diluar kerana minat dia di dapur terlalu mendalam. Masakannya sentiasa mendapat pujian dari setiap jiran.

Makanan di setiap waktu sarapan sentiasa terhidang dan biasanya waktu hidangan hampir menepati  jadual.

Arwah isteri saya tidak suka ada perkara yang berkaitan dengan jenaka berkisar di waktu makan. Ini permintaan dia. Peraturan itu diadakan kerana dia mudah ketawa. Ketawa sambil makan kerap membuat dia tersedak. 

Ini disebabkan apabila dia ketawa, terlalu sukar untuk dia mengakhirkan ketawanya. Ada beberapa kali dia terhenti dari terus makan kerana ketawanya yang sukar dihentikan.

Begitu juga semasa menuntun tv. Dialah penuntun yang pertama ketawa dan dia juga orang yang terakhir berhenti.

Arwah isteri saya kerap menuntun film di rumah. Dia akan mengalirkan sedikit air mata apabila ada babak sedih atau ketawa berpanjangan sekiranya ada adegan yang mencuit hati dia.

Kerap dia melinangkan air mata semasa menuntun film yang dianggapnya sedih. Once I saw her crying in front of our home theatre watching a Tamil film which she didn't understand a word I believed. Without hesitation I asked her, "Why did that scene make you cry?"

She gave me a nice reply, "Because  the story isn't true."

I laughed. When she saw me laughing she too laughed. "Wasn't that sad?" she asked and continued laughing.

Being a mother and a wife was by far her greatest accomplishment. Al-fatehah.


Wany Hasrita - Menahan Rindu

Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com


(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen sendiri bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Wednesday, 25 October 2017

PERHATIKAN DI PEJABAT MASING-MASING. ADAKAH BOSS KAMU SEPERTI MR BONT INI?


Ada satu ketika seluruh anggota badan bergaduh sesama mereka kerana masing-masing ingin jadi boss. Setiap anggota berhujah memberi pendapat serta alasan mengapa mereka patut menjadi boss.

Kaki kata dia sepatutnya jadi boss sebab dia yang membawa seluruh anggota badan berjalan. Kepala berkata dia yg patut jadi boss sebab anggota-anggota penting ada padanya. Perut kata dia yang sepatutnya boss kerana dia yang membekalkan tenaga.

Leher pun ingin jadi boss dengan memberi alasannya. Begitulah seterusnya dan semua anggota berhujah tanpa mendapat persetujuan.

Akhirnya satu anggota ini mula bersuara yang selama ini berdiam diri. Kita namakan anggota ini dengan nama gelaran Mr Bont.

Anggota yang lain tidak bersetuju sambil berkata, "Macama mana Mr Bont nak jadi boss. Tempat kamu di bawah, busuk. Kamu hanya jaga pintu laluan barang buangan. Hanya satu terusan yang kamu jaga. Biar lembu yang jadi lembu.

Mr Bont mula berkeras sambil berkata jika dia tidak dipilih jadi boss dia akan mogok. Mr Bont mogok selama seminggu.

Selepas seminggu semua anggota jatuh sakit. Kepala menjadi pening. Perut memulas-mulas sakit. Kaki tidak berdaya melangkah dengan betul. Dipendekkan cerita semua anggota jatuh sakit disebabkan Mr Bont mogok.

Akhirnya semua anggota melantik Mr Bont jadi boss.

Sebaik sahaja dilantik Mr Bont berkata, "Kaki, ikut arahan aku sekarang. Bawa aku ke tandas. Aku nak berak. Dah 7 hari aku tak berak. Lepas aku berak, sakit kamu semua akan pulih."

Moral cerita: Jadi boss tidak semestinya yang ada otak.


Entry ini kesah tentang boss. Kita layan lagu yang sesuai untuk boss

Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com


(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...