Tuesday, 26 December 2017

KENAPA WANITA MEMAKAI BRA DAN PANTIS?


Maaf, di atas bukannya tajuk yang hendak saya tulis. Sekiranya saya berbuat demikian sudah tentu saya dikutuk oleh pembaca, sedangkan tulisan mudah saya yang lepas berkaitan dengan bra pun menerima teguran dari se orang pembaca Fb.  

Saya tidak terkejut dengan kritikan beliau kerana beliau tidak memberi satu hujah pun. Berani saya katakan beliau tidak tau membezakan di antara maklumat dengan lucah.

Sebenarnya tidak salah sekiranya saya ingin menulis entry ini dengan tajuk "Kenapa Wanita Perlu Memakai Bra Dan Pantis" kerana ianya terisi dengan amalan berkesan untuk menjaga kesihatan dan penampilan.

Adakah ianya tidak elok untuk pembaca mengetahuinya? Perlu diingat, pembaca blog ini bukan sahaja terdiri dari orang Melayu. 

Bukan Cara memakainya

Tajuk sebenarnya yang saya tulis di entry kali ini ialah, Kenapa Kita Masih Memilih Corak Dan Potongan Yang Cantik Untuk Pantis Dan Bra Sedangkan Kedua-dua Pakaian Tersebut Tidak Dilihat Oleh Orang Lain?

Jawapan saya amat mudah. Saya tidak sepatutnya memiliki sebarang benda yang tidak berguna serta tidak menarik.

Katakan kamu sekarang sedang mencari suami. Adakah kamu berebut-rebut untuk memiliki lelaki yang hodoh pada pandangan kamu di mana kamu telah pasti yang lelaki itu se orang yang tidak memberi faedah jika dimiliki? 

Kedua-dua perkara penting ada di atas: pertama hodoh dan yang ke dua tidak memberi faedah.

Bagi saya, menghargai kecantikan adalah suatu perkara yang perlu dipertimbangkan kerana kecantikan itu se suatu yang menarik. 

Tidak perlu orang lain memberi tahu saya yang mana lebih cantik sebab kategori dan tahap kecantikan dinilai secara berbeza di antara setiap individu.

Ini adalah satu realiti. Ramai yang masih tidak tahu berkaitan dengan realiti kerana realiti terlindung di sebalik dinding persepsi.

Saya berikan satu contoh. Katakan saya mengaku girl friend saya cantik tetapi kamu lihat dia tidak secantik seperti yang saya katakan sedangkan ramai yang lain mengatakan dia lebih cantik dari yang saya lihat.

Di sini kita dapati kecantikan milik se orang wanita mempunyai tiga tahap yang dinilai oleh tiga orang yang berlainan.

Saya bersimpati kepada mereka yang berpendapat kita tidak perlu benda yang cantik sekiranya bukan untuk ditunjuk. 

Adalah lebih menasabah jika si pemakai bra dan pantis itu sendiri menentukan pilihan yang membuatkan dia suka memakainya. Jangan kita nafikan hak si pemakai.


Orang Tua Melintas Jalan

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©


OsteMatrix Suplement keluaran Shaklee

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.




44 comments:

  1. Hahaha. Kenapa dgn kepala dia. Ada bra.

    ReplyDelete
  2. selagi perkongsian itu sesuatu yang dapat memberikan manfaat kepada orang lain, ianya tidaklah menjadi hal yang besar saya fikir.

    ya cantik dan hndsome itu sesuatu yang subjektif, cantik pada saya tidak semestinya cantik pada orang lain kan. pandangan kita berbeza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulisan blogger kita tentang bra dan panties saya dpati dibuat secara lalu sahaja. Tak menyentuh tentang perkara termasuk gambar yg sensitif jika dibanding dgn tulisan dari negara luar. Entahlah, klau disebut bra mereka anggap senditif tak taulah saya.

      Di supermarket bra bergantungan, gambar gadis dgn bra terpampang. Itu tidak pulak dianggap sensitif.

      Saya setuju, beauty tu subjektif.

      Delete
  3. cantik tu x penting pd pendapat saya...selesa no.1 mahal sikit pun x dpe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes yes. Pakaian ni yg penting kita rasa selesa bila kita pakai. Cntik jatuh ke dua.

      Delete
  4. Entah, tak tau nak komen apa, pastinya nak cantik dimata w/pun ia tersembunyi.

    Kecantikan seseorang adalah berbeza, terpulang kpd individu nak nilainya..

    Allah dah cipta makhluk dgn sempurna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul tu umi. Kita nak benda nampak cantik. Orng tengok atau tidak no hal. Kenapa kita hias bilik tidur kita cntik2 sedangkan tak ada orang lain tengok.

      Delete
  5. Bagi yang menutup aurat dengan sempurna, tidak perlu pakai, ia lebih baik dari segi kesihatan dan penjimatan kos..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul tu tuan. Yg penting menutup aurat. Kalau tak ada orang cipta bra kan bagus. Tidaklah habis duit beli bra selalu.

      Hari raya pun nak bra baru serentak tukar dgn langsir tingkap.

      Delete
  6. Untuk kepuasan diri si pemakai dah tentu pilih yang cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes Saniah. Saya kalau pakai bra pun beli yg cntik.

      Delete
  7. Mungkin pada seseorang individu topik begini dianggap sensitif bagi mereka dan mungkin sesetengah bersifat terbuka. Topic bra dan pantis ni semuanya bergantung kepada tuan badan sendiri. Ada orang yang suka memakai sesuatu yang cantik dan lawa untuk mereka rasa confident dan gembira untuk diri mereka. Ada juga yang hanya tidak memikir sangat dan hanya mementingkan keperluan sahaja. Kecantikan juga adalah anugerah yang dikurniakan juga. Semua individu mempunyak kecantikan mereka tersendiri dan dengan menghargai dan menyayangi diri sendiri menunjukan kita bersyukur dengan kurniaannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Liz, kalau tak salah saya ni komen you ke dua yg saya rasa lengkap. Tak perlu dihurai atau saya responnya. Sebenarnya komen ni dah boleh buat entry blog kalau ditambah beberapa sikit lagi. Thnks

      Delete
  8. biasanya bra & panties ni hal woman-to-woman, something very intimate, bila lelaki yg ckp hal ni, mmg rasa janggal sikit..melainkan dia 'lingerie consultant'...

    lelaki jg perlu ambil tahu ttg hal ni, esp. yg ada anak perempuan, bila nk start pakai bra, pakai camisole..

    kawan saya brtau dia suka pakai bra & panties warna sedondon...walaupun org lain x nampak, hanya dia yg rasa gembira..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entry ni tak menyentuh tentang bra dalam erti kata yg sebenar. Tulisan lebih menyentuh tentang warna dan corak pilihan.

      Mungkin rasa puas bila pakai bra dgn panties sewarna. Sebab kita dah terikut ikut memadankan warana di pakaian termasuk kasut. Thnk you Nohas.

      Delete
  9. ini pilihan cerita dalam kain.

    huhu.

    orang cakap, kalau nak tgk perempuan, tengok harga bra dia.

    sampai sekarang tak faham maksud tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Macam mna cara ye saya nak tau harga bra yg perempuan pakai. Hihihihi.

      2. Makna yg you kata tu saya pun tak tahu.

      Delete
  10. Bila beli apa Yang disuka tentulah Rasa lebih konfiden bila memakainya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes mama. Memang betul tu. Tapi mama, serupa ke harga pinangan dgn kualiti orang yg kita dapat tu?

      Delete
    2. Tidal serupa Adam.. jika org yg Kita dapat itu cukup serba serbinya Dan beriman agamanya, dgn mahar sebuah alquran pun dah nencukupi

      Delete
  11. ahhaaha..adoii p.cik..x de perumpaan yg lg sopan kee..btw sy setuju sgt..terpulang la nk pilih spe asl selesa dn bhgia dgn pilihn tersebut walau org kata dia hodoh nauzubillah pd pndngn kita,dia tetap yg terbaik gituhh..yg penting itu hati bahagia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul, setiap orang pandangannya berbeza. Si A kata tak cantik tapi Si B kata cntik. Pilihlah apa2 asalkan bagagia.

      Delete
  12. Kadang2 bukan faktor kecantikan, sebab buah durian kampung yang paling cantik pun berharga RM20 sekg berbanding dengan buah durian musangking yang entah apa2 pun sampai RM90.00 sekg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi. Wp ni, mentang2 dia warga petani, harga durian pulak dia banding dgn bra. Durian kampung memang sedap. Musang king saya belum rasa lagi. Nak tanam durian musang king kat sini, kawasan pulak tak ada.

      Delete
  13. Replies
    1. Tepuk dada tanga selera. Beli bra kita pakai panties. Hihihi.

      Delete
  14. hahahaha...pakaian dalam pada saya kena cantik, sebab dia akan mengeluarkan aura cantik ke seluruh atmosphere..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin begitu. Tapi lelaki ni tak ada bra. Seluar dalam pun plain. Tak ada corak. Beli ajalah apa yg ada.

      Delete
  15. topik yang menarik..

    cuma penulisan kali ini ada nada-nada kemarahan ..

    sabar tuan Adam..

    sebagai penulis orang boleh kritik kita ..

    dan kita juga boleh kritik orang..

    tapi tujuan akhirnya untuk kebaikan..

    dalam masa yang sama kita sedaya upaya untuk tidak menampak kita pandai atau menunjukkan orang lain kurang pandai..

    komen ini umum dan saya tidak tujukan kepada sesiapa pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selepas se hari entry ni dipublished saya perasan ada perkara yg tak patut saya tulis. Tapi bila entry telah beredar, kurang elok kalau saya ubah. So, saya bergantung pada nasib. Thnks atas pandangan tuan.

      Delete
  16. Topik yang pastinya menarik perhatian ramai. hihi. tapi GV setuju apa yang diutarakan oleh Mr Adam. Terbaik. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entry ni saya sentuh tentang pemilihan warna aje. Tak sentuh tentang bra dan panties sebenarnya. Kalau tulis bab kedua2nya dah tentu nampak sumbang butirannya sebab saya bukan pakar bidang ini. Thnks GV.

      Delete
  17. Bra ini perkara biasa saja tetapi perempuan ada special regard kepada benda ini. Ada yang kata bra is like a friend. It is close to your heart and gives you support.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bra ni macam2 pebandingan orng beri. Ada kata macm coffee bar. Ada masa buka untuk minum. Ada kata macam warong terbang bulan puasa. Curi2 minum dlm nya.

      Delete
  18. Bra ni macam2 pebandingan orng beri. Ada kata macm coffee bar. Ada masa buka untuk minum. Ada kata macam warong terbang bulan puasa. Curi2 minum dlm nya.

    ReplyDelete
  19. Replies
    1. Hihihi. Saja ubah topik untuk belajar menulis tuan. Thnks.

      Delete
  20. Hihihi. Saja ubah topik untuk belajar menulis tuan. Thnks.

    ReplyDelete
  21. Replies
    1. Hihihi. Lawak hujung tahun. Thnks.

      Delete
  22. Happy New Year 2018 'Adam'
    hope your dream become true !!!
    Nice entry ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy new year too. Thank you for the wish. Thank you nayfatimah.

      Delete
  23. Terima Kasih Atas Infonya,dan saya sangat senang jika anda berkunjung di blog saya
    - Obat maximoz

    - obat pembesar penis

    - Obat pembesar alat vital

    - Titan Gel Asli,

    - Obat Titan Gel

    - Jual Titan Gel

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...