Wednesday, 25 October 2017

PERHATIKAN DI PEJABAT MASING-MASING. ADAKAH BOSS KAMU SEPERTI MR BONT INI?


Ada satu ketika seluruh anggota badan bergaduh sesama mereka kerana masing-masing ingin jadi boss. Setiap anggota berhujah memberi pendapat serta alasan mengapa mereka patut menjadi boss.

Kaki kata dia sepatutnya jadi boss sebab dia yang membawa seluruh anggota badan berjalan. Kepala berkata dia yg patut jadi boss sebab anggota-anggota penting ada padanya. Perut kata dia yang sepatutnya boss kerana dia yang membekalkan tenaga.

Leher pun ingin jadi boss dengan memberi alasannya. Begitulah seterusnya dan semua anggota berhujah tanpa mendapat persetujuan.

Akhirnya satu anggota ini mula bersuara yang selama ini berdiam diri. Kita namakan anggota ini dengan nama gelaran Mr Bont.

Anggota yang lain tidak bersetuju sambil berkata, "Macama mana Mr Bont nak jadi boss. Tempat kamu di bawah, busuk. Kamu hanya jaga pintu laluan barang buangan. Hanya satu terusan yang kamu jaga. Biar lembu yang jadi lembu.

Mr Bont mula berkeras sambil berkata jika dia tidak dipilih jadi boss dia akan mogok. Mr Bont mogok selama seminggu.

Selepas seminggu semua anggota jatuh sakit. Kepala menjadi pening. Perut memulas-mulas sakit. Kaki tidak berdaya melangkah dengan betul. Dipendekkan cerita semua anggota jatuh sakit disebabkan Mr Bont mogok.

Akhirnya semua anggota melantik Mr Bont jadi boss.

Sebaik sahaja dilantik Mr Bont berkata, "Kaki, ikut arahan aku sekarang. Bawa aku ke tandas. Aku nak berak. Dah 7 hari aku tak berak. Lepas aku berak, sakit kamu semua akan pulih."

Moral cerita: Jadi boss tidak semestinya yang ada otak.


Entry ini kesah tentang boss. Kita layan lagu yang sesuai untuk boss

Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com


(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

43 comments:

  1. Hakikatnya bont bukan boss mutlak, dia Tak mampu pun mogok kerana "simpan" atau "lepaskan" datang dari satu arahan...Mr bont sekadar boneka atau kroni dari satu arahan.

    Boss mesti ADA otak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes yes. Itulah yg terdapat pada boss sekarang walaupun bukan semua. Bos dikawal oleh orang lain. Kalau tak ikut, kedukukan gugur. Kenapa terjadi begini sebab pemilihan jadi bos tak ikut kriteria. Yg memilih pun sama dgn yg dipilih. Ini memang terjadi. Ada bos pulak kat rumah pulak bini yg kawal.

      Tapi ada pulak suka bos begini sebab ada kepentingan. This type of boss should go.

      Delete
  2. Replies
    1. Hahaha. Thanks tuan.
      Saja2 kongsi apa yg orang lain buat2 tak nampak.

      Delete
  3. Sindiran yang power.. Adoilah..
    Memang banyak boss yang tak ada otak nie..
    Tahu nak mengampu dan pentingkan diri je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks.
      Harap2 ada bos yg macam ni sedar.
      Bila dah sedar tu, cepat2lah keluar jangan jadi bos with no brain.
      Terima kasih.

      Delete
  4. Replies
    1. Yes. Saya setuju.
      Detox with Detol.
      .............................
      I know you were a boss before.

      Delete
  5. Dalam bilik CEO ada plaque tulis mcm ni

    Rule No. 1: The boss is always right
    Rule No. 2: If the boss is wrong, see Rule No. 1

    Saya kena serve dua boss, sorang lelaki, sorang lagi pompuan..pening2..tapi dua2 boss boleh terima cadangan..that's ok for me..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Rule no 1 tu yg always rite.

      Saya pernah served directly bawah boss. Tapi kerja dia banyak saya buat. Meeting kat teratas atas sekali pun kadang2 saya yg pergi. Tapi dia bukan macam Mr Bont.

      Dia sebenarnya sebok lagi pun dia pecaya saya.

      Delete
  6. Jgn dipandang si bontot Tu x penting. Sama juga dunia kerja, jgn dipandang Hina org bawahan. Diorg lah yg bg awak mcm sekarang. Ops bukan ckp pasal Adam tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Mama terus direct sebut bontot. Tak selindung. Itu yg best sebab komunikasi direct memang terpuji.

      Bontot memang penting. Bontot pun menarik. Kalau tak menarik takkan ada lelaki berpakaian wanita untuk lelaki lain nyam-nyam Mr Bont-ny. But not me mama, tak tertarik pun. Thanks.

      Delete
  7. you may right, but im still the boss...( sikap bos yang tak nak ngaku kalah dan ngaku salah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha
      The boss is still right. And always right.
      Thanks.

      Delete
  8. Jap nak fikir, saya dok tang mana? harap2 tak lupa diri.

    Bos saya nun jauh disana, terbaik punya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umi,
      Masih ramai lagi boss yg baik bahkan lebih ramai. Saya pun dapat boss yg baik. Dah lama dulu adalah boss saya yg kurang baik. Cakap dia je yg betul. What to do, he was the boss.

      Delete
  9. Boss pun ada macam2 ragam dan characteristic, kalau dapat boss yang understanding and open minded tu bagus la, kalau dapat yang banyak songeh ni pandai2 la awak hidup.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biss yg bersongeh songeh yu yg problem.
      Tapi boss pulak kata kita yg bersongeh

      Delete
  10. Replies
    1. Yeah
      I remembered Sivaji the boss.
      But he's difrnt. Hahaha

      Delete
  11. Haha....moral of the strory, boss yg dipilih tak semua orang suka, kadang kadang org terpaksa suka...dan terpaksa mengikut telunjuk. Gitulah hukum dunia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka tu satu perkara.
      Yg terpaksanya kita kena ikut.

      Delete
  12. Suka tu satu perkara.
    Yg terpaksanya kita kena ikut.

    ReplyDelete
  13. Masa bekerja dulu saya paling benci part ini

    'Mala potong gaji staff tu sebab dia bla..bla..bla..'
    Staff tak puas hati mai tanya.. 'Why potong gaji saya?'
    Saya pun..'Boss suruh sebab you bla...bla..bla..'
    Staff naik angin..' Saya dah tanya Boss dia kata dia tak tau..dia suruh tanya you..semua kerja you yg buat.'

    Last2 macam-macam gelaran yang kita dapat. Boss pula bila jumpa staff gelak2 je sembang. Siap tepuk2 bahu...

    ReplyDelete
    Replies

    1. Hahaha.
      Dah terbukti memang ada boss yg macam Mr Bont.

      Kalau saya tempat Mala pun tak tau nak buat apa.
      Kena tutup mukalah hari2 kat ofis. Thanks sharing.

      Delete
  14. Haha. Dah kenapa igt mr bon tu ape benda laaa..

    Sori la kalo 2 kali dtg post sama. Ni pun 3 bulan bru post bru. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Mr Bont tu nama gelaran. Nama pendek kot.
      By the way, thank u for your responce.

      Delete
  15. Hahaha..
    BIar otak je la jadi bos.
    Mr. Bont ni pun sebok je nak juga. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom kita ingatkan semula macam mna mr bont dpt jdi boss. Sebelum jadi bos dia dah guna kuasa. Dia tahannya berak dia. Bila dah berkuasa nanti, lagi banyak perkara dia buat dgn kuasa dia.

      Thnks Kaklong.

      Delete
  16. adeh.

    sebenarnya, mr bont memang layak jadi bos. sebab dia lah mencuci segala 'tahi-tahi' yang ada.

    huhu.

    ReplyDelete
  17. Hahaha. Mr.Bont je yang pandai menggunakan 'otak' dia. 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah jangan perkecilkan orang yg jaga pintu tempat laluan barang buangan.

      Hahaha. Thanks

      Delete
  18. Yup setuju, jadi boss tak semestinya betul. Boss yang terbaik adalah yg mendengar pandangan semua orang. :)


    Btw, Adam ejaan "bertanggongjawab" tu sepatutnya "bertanggungjawab" :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang Betul tu Nad. Biasanya bos tak pabdang pendapat kita.

      Thanks sebab membetulkan ejaan saya. This what we call friend. Than you so much.

      Delete
  19. Memang Betul tu Nad. Biasanya bos tak pabdang pendapat kita.

    Thanks sebab membetulkan ejaan saya. This what we call friend. Than you so much.

    ReplyDelete
  20. Sebab mt bont ada kepala
    Dia guna akalnya untuk bertindak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mr Bont nampak cerdik sebab guna kesempatan.
      Thanks

      Delete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...