Thursday, 5 October 2017

FASHION IS A LANGUAGE AND BLOUSES ARE ITS BEAUTIFUL WORDS.


Gambar hiasan: Sahabat Saya Asyall Enaa

Baru sebentar tadi Maiko menghubungi saya dari Osaka dan kami sempat bercakap tidak lebih dari dua minit kerana pada waktu itu bapa Maiko menelefonnya. Maiko meminta saya memanggilnya di sebelah malam untuk menyambung semula perbualan.

Di perbualan tadi Maiko meminta saya menemannya bercuti selama dua minggu. Insyallah saya akan ke sana kerana tiada apa yang boleh menyekat untuk saya berbuat demikian. 

Maiko merancang untuk bercuti pada bulan November ini kerana cutinya mudah diluluskan. Sebaliknya saya bercadang pergi ke sana pada Januari ini kerana saya ingin menikmati musum sejuk seperti yang telah saya nikmati sebelum ini.

Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, Maiko se orang gadis sunti yang lebih matang dari usianya mempunyai perkerti yang amat tinggi juga memiliki rupa yang mudah menawan setiap jejaka. Senyumannya meluruhkan hati lelaki.

Maiko tidak memilih orang untuk berkawan tetapi seleranya amat tinggi. Tidak menghairankan ramai lelaki ketinggalan untuk mendekatinya. 

Tidak ada rahsia tentang dirinya yang tidak diceritakan kepada saya. Teringat saya pada suatu hari semasa kami keluar ke Dōtonbori di Osaka untuk makan malam tiba-tiba Maiko terasa pening kepala dan terpaksa berbaring di bilik saya. (Cerita tentang keluar makan dan pening kepalanya telah saya tulis di entry ini bertajuk Maiko Tiada Teman Untuk Pergi Bercuti. Entrynya ditulis pada Jumaat Julai 7, 2015.)

Dalam keadaan keletihan Maiko sempat berkata:

MAIKO:  Adam, are you okay?

SAYA:  You better take a short nap. I'm sure your dad is on his way to take you home.

Saya bangun untuk menyelimutnya kerana bilik terlalu sejuk. Sementara itu saya terpandang ada kesan muntah di bajunya dan kesan itu masih basah lalu saya berkata:
I got this from Google

SAYA:  Look Maiko, your blouse has stain. What happened to it?

MAIKO:  I vomitted. I was lucky as it happened when I was in the ladies. Would you please lend me yours for a night?

Saya menghulurkan baju kemeja saya. Maiko membelakangi saya untuk menukar pakaiannya kerana dia terasa geli dengan kesan muntah. Dia ketawa sedikit kerana baju itu besar baginya. "Well, beggers have no choice," katanya perlahan.

Selepas dia menyarung semula baju sejuknya saya menyuruh dia baring kerana matanya nampak keletihan.

Saya membelek bajunya sambil berkata, "What a beautiful blouse."

MAIKO:  I got it for my birthday from my dad. I have two of the same material. The one left at home is a sleeveless loose chiffon and this is a round neck loose chiffon. Both are blouses.

SAYA:  I have noticed that most Japanese girls are wearing beautiful blouses every where in town.

Sambil merebahkan diri Maiko menjawab:

MAIKO:  We the Japanese are not surprised with it as fashion is our passion and our fashion is changing rapidly. Our blouses are beautifully made because the designers do in-depth research of street and retail fashion trends.

Dia berhenti bercakap dan matanya dipejamkam. Saya ambil blausnya yang terkena muntah tadi untuk diletakkan ke dalam bakul 'laundry'. Tiba-tiba kedengaran dia berkata:

MAIKO:  I'm scared. I'm scared of everything. I’m scared of what I feel. I'm scared of what I know. I’m scared of what I did.  Most of all I’m scared of walking out of this room. Adam, I never felt this feeling the rest of my life. 

Saya tidak menjawabnya kerana saya faham dia dalam keadaan fikiran yang tidak menentu disebabkan pengaruh pil menahan sakit kepala yang dimakannya tadi.

Saya menghampirinya lalu memasukkan tangan saya ke dalam selimutnya dan meletakkan belakang tapak tangan saya di dadanya. Terasa badannya panas dan panasnya seperti tadi. Sekali lagi saya mengajak dia ke klinik. Dia tetap enggan.

Gambar hiasan: Sahabat saya Norshakira

Maiko senyap semula sambil memejamkan matanya. Tiba-tiba dia bersuara dengan nada perlahan:

MAIKO:  I don't think it's going to be easy. It’s going to be hard, really hard. I have to work things out. I'm going to do it because of ............. 

Dia membuka matanya merenung ke arah saya lalu menyambung:

MAIKO:  Adam, never a man touched me but you're the only one I ever hugged. It happened once unexpectedly. I felt the pureness of your heart. That always reminds me every second of ........................

Maiko tidak berjaya menyambung percakapannya kerana dia terlelap. Pil penahan sakit yang diambilnya tadi menyebabkan dia terlena.

Entry sebelum ini: Jangan Biarkan Kesegaran Pudar Sebelum Layu

Jamaica Farewell

Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

61 comments:

  1. dapat rasakan sdr seorang yg loving & protective...Maiko needs a man like you..(and all women also)..

    suka tengok Japanese & Korean in Tokyo & Seoul..a trendy and fashionable nation...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, jepun memang negara berfashion. Ada yg berpakaian kemas. Smart. Nampak cantik.

      Ada pulak yg pakai entah apa2 dgn rambut berwarna warni. But to them its fashion. Their fashion pakaian moves very fast. Its because designers cari makan. Sentiasa create new look. Pada sayalah, all designers in japan should go at their own pace and not feel pressured. Masaalah jugak kalau dia slow. No new design no money.

      Korea i do not know tentang fashion. Last year i should be in korea but something went wrong.so, no pergi.

      Delete
  2. singgah tanya khabar maiko kat sini hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. No pblm Dkna. Lama tak nmpak?

      Delete
  3. Ingat dah tak ada cerita pasal Maiko. Ada jgak. Sambungan please... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita dia ada ain, cuma sekali sekala saya ubah selera, tulis hal lain. Sure i'll write more about her later. Thanks.

      Delete
  4. pagi tadi nak komen tak boleh.. hehehe.. lama tak baca cerita pasal maiko.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul, pagi tadi pun ada fren beri tau tak boleh komen. Tak tau kenapa. Petang baru boleh pada hal saya tak repair apa2 setting.

      Delete
  5. Saya doakan moga ada berita baik tentang Adam dan Maiko..
    Moga dimudahkan semuanya..aamiin..aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih fidah. Alhamdulillah. Semuga kita semua dirahmati dalam kehidupan.

      Delete
  6. Terima kasih fidah. Alhamdulillah. Semuga kita semua dirahmati dalam kehidupan.

    ReplyDelete
  7. Wanita Jepun pandai berfesyen. Anggun macam Maiko.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun kalau tak tak akan produk dia berada di seluruh glob. Makeup dia, pakaian dia memang menarik.

      Delete
  8. I really wish there's a book of you and Maiko, so I could read the next chapters immediately.. :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah bercafang nak buat anis tapi itulah nak start asik tertangguh. Yg ditulis dlm ni tak boleh ambik bulat2 sebab bukan bahasa buku. Grmer pun ada silap bila saya baca semula. Saya tak repair. To me yg dah di posted tu let it be.

      Delete
  9. Saya dah bercafang nak buat anis tapi itulah nak start asik tertangguh. Yg ditulis dlm ni tak boleh ambik bulat2 sebab bukan bahasa buku. Grmer pun ada silap bila saya baca semula. Saya tak repair. To me yg dah di posted tu let it be.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa mesg kerap dua kali keluar?

      Delete
    2. You should do it @adam... Y not kan???

      Delete
    3. Tuan Irish Imihar,

      I will sir.

      Delete
  10. Tak dinafikan Japan memang sekarang one of the big industry in Fashion. Apatah lagi in technology industry. Malaysia should follow the good value from Japanese. Back in the days, pemimpin kita pun suggest rakyatnya untuk pandang ke timur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Liz, we are far back behind them. Dlm everything. Kita bangga dgn budaya kita tapi itu dulu. Sebaliknya mereka memuliakan budaya dan adat mereka. Ada ke kita macam mereka.

      Apa yg u kata kat atas tu betul. Apa yg mereka ada everything is big. Ini bukannya mengagong kan japan but ini reality. Thanks liz.

      Delete
  11. Replies
    1. Thank u azwa. I hv written quite a number about her. And you can find them on my previous entries. Thnks.

      Delete
  12. Replies
    1. Saya setuju. Serupa rezeki jugak. Kalau bukan rezeki kita memang tak dapat.

      Delete
  13. I felt like read a novel story ;)
    have a nice day Adam!!!
    chaiyukk !!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. You too hv a nice day. Thanks.

      Delete
  14. Orang Jepun yang lelaki pakaiannya smart... yang perempuan pakaiannya comel...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semasa saya di jepun masa tu musim sejuk. Mungkin cuaca masa tu mempengaruh pakain mereka masa tu. Masing2 dgn coat dgn blazer dgn muffler. Macam2 pakaian tebal yg mereka pakai. Itu yg nampak mereka bergaya, smart dan comel.

      Delete
  15. Org jepun mmg mementingjan fashion in fact diorg yg memulakana fashion Kan.. suka baca ttg maiko

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang Betul tu mama. Dia orang fashion gila2. Kadang2 rambut ramai yg berwarna hijau, biru, merah. Bagi dia itu fashion. Pada kita pelik tapi biasa je pada jepun. Yg saya suka sekali perfume mereka.

      Maiko memang wanita yg baik mama. Cerita dia banyak tapi saya nak tulis kerap sangat bimbang orang tak suka baca sebab too personal a story. Itu yg saya selang selikan dgn artikel lain.

      Restoren kat bp yg mama story kan hari tu maybe akan dtng saya singgah.

      Delete
  16. bla bc ni entah kenapa sy terfikir, no wonder org jepun suka pakai / menggayakan pakaian pelik2 (eg cosplay) sbb mereka punya citarasa tggi dlm berfesyen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Citarasa tu satu oerkara tapi kat sana pilihan banyak. Blaus kat sana saya tengok kain dgn jahitan memang ada klass. Saya yg lelaki pun geram tengok blaus kat sana.

      Fasyen dia betul banyak yg pelik. Fasyen rambut lagi pelik. Lagi satu sebab dia semua begaya mungkin harga kat sana rendah bagi orang jepun.

      Delete
  17. Citarasa tu satu oerkara tapi kat sana pilihan banyak. Blaus kat sana saya tengok kain dgn jahitan memang ada klass. Saya yg lelaki pun geram tengok blaus kat sana.

    Fasyen dia betul banyak yg pelik. Fasyen rambut lagi pelik. Lagi satu sebab dia semua begaya mungkin harga kat sana rendah bagi orang jepun.

    ReplyDelete
  18. lama tak melawat ke sini ...assalamualaikum

    ReplyDelete
  19. antara satu tarikan yang amat kuat saya blog ini ialah cerita Maiko..

    cuma saya tertanya-tanya adakah Maiko begitu fasih berbahasa Inggeris sebagaimana tuan Adam

    ReplyDelete
    Replies
    1. BI dia bagus tuan. She graduated from Australia.
      BI saya setakat cukup makan je tuan bezanya saya berani menggunanya untuk kemahiran. Sebenarnya saya lebih fasih bercakap dari menulis sebab bila bercakap kita boleh pusing2 ayat tu banyak kali hingga dia faham. Bila bercakap ada interaksi. Menulis ni kalau dah silap, senyap begitu.

      Delete
  20. Wahh.. dah lama tak dengar kisah Maiko! Macam novel je ni Adam. hehe. Moga-moga korang berjodohan! Punyalah banyak gambar kawan perempuan, gambar Maiko bila nak letak? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan saya tu tau tentang gambar kat entry saya. Dia berdua pun baca blog ni. Sebelum letak saya dah beri tau.

      Yg sebenarnya saya letak gambar perempuan bukannya apa Nad, saya nak tarik orang lelaki baca blog saya. Saya tak tau ramai ke tidak lelaki baca blog saya tapi kalau tengok dari komen kebanyakan perempuan yg komen. Nad tengok lah komen every entry almost 9O% yg komen wanita.

      Saya ingatkan dgn letak gambar tu boleh tarik pembaca lelaki so far tak berjaya atau kebanyakan lelaki tak minat dgn tulisan saya. Ada jugak lelaki yg komen tapi terlalu sikit. Walau pun sikit tapi they are great bloggers.

      Gambar maiko akan muncul after i get her persetujuan. Gambar dlm blog saya semua ada kebenaran melainkan se keping gambar artis lelaki jepun tu. Artis tak kesah kita guna gambar mereka. They like it.

      Thanks Nad sebab you mintak kami berjodohan.

      Delete
    2. Ouh macam tu. welcome Adam . okay kita tunggu until maiko bersetuju. hmm lelaki? ada tanya kawan2 lelaki saya dorang suka baca pasal apa. katanya politik & sukan. ==" Memang tidaklah nak menulis tentang itu kan.

      Delete
    3. Thank u nad dgn informasi tu. Saya leih arif tentang politik tapi sementara waktu ni tak nak tulis tu. Malaslah. Tak boleh silap tulis nanti ke dalam. I think you are aware about it.

      Sukan saya suka tapi sengaja tak nak tulis.

      Thanks once again.

      Delete
  21. Replies
    1. Saya pun harap dia begitu.
      A good person.

      Delete
  22. Ooo..masih lg ada crita Maiko..crita entry lepas mcm dh nk kena 'kebas' je Maiko ni..Ha2..

    Come on Adam..lawan tetap lawan..Melayu x akan hilang di dunia!!! Ha2

    W/ever..moga slmt ke destinasi yg dituju..
    & episod ini ber ..ending dgn crita yg mngembirakan..

    Contoh: Maiko memeluk Islam..(paling penting..kerana Islm agama yg benar & penyelamat manusia drpd kekal di neraka)..Maiko ke jinjang pelamin & pasangannya adalah Adam..Tiada maksiat berlaku spanjang berkawan..Kih2..tapi jaga2..SETAN X PERNAH LEKA NK JAHANAMKAN MANUSIA..&..so on..

    -agak ketingalan bas kali ini..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang macam tuan berharap cerita persahabatan ni ber ending dgn baik. Kita hanya merancang. Memang sedang dirancang but HE knows more.
      Terima kasih tuan.

      Delete
  23. Wahhh...best cerita tntg maiko ni. Baru nk dtg jln2 sini.Dah lama..xbaca cerita cm novel.semua koleksi dh pos kg..:").tahniah..penulisan yg baik.tazabarr..nk tahu kesenambungannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita tentang maiko banyak jugak di entry saya yg lepas2. Entry saya kerapnya saya selang seli dgn cerita lain. Ini untuk elak pembaca boring kalau asik tulis cerita maiko. Nak tulis setiap hari pulak masa saya jarang berlebih.

      Terima kasih singgah.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...