Tuesday, 29 August 2017

HIDUP NI JANGAN SERIUS SANGAT. NANTI KEPALA MASUK ANGIN. SENDRI YANG SUSAH


Yang tak boleh kontrol kot

IBU DAN ANAK

Di sebuah RUANG tamu DI SEBUAH RUMAH. Anak berusia 7 tahun dengan ibu sedang menuntun tv. Ibu tak sanggup lagi menahan kentut lalu dilepaskan kentutnya secara perlahan-lahan tanpa bunyi.

ANAK:  Mama kentut ye? Busuknya bau.

IBU:  Taklah. Mama tak kentut. Angin yang bawak tu.

ANAK:  Angin mana?

IBU:  Laut China Selatan.

Tiba-tiba ayahnya balik dari kerja.

AYAH:  Jeng jeng jeng. Minggu depan kita bercuti kat Pulau Tioman.

ANAK:  Tioman kat mana ayah?

AYAH:  Tioman kat Laut China Selatan. Tau tak kat mana Laut China Selatan?

ANAK:  Tau. Kat bontot mama.

AYAH:  Ayah dah lama tau tu. Sejak ayah kawin.

Lelaki sahaja

WANITA DAN DOKTOR

Se orang wanita berusia 76 tahun pergi berjumpa doktor.

D0KTOR:  Puan sakit apa?

WANITA:  Saya risaulah doktor. Saya kerap kentut tapi kentut saya tak berbau.

D0KTOR:  Kenapa risau?

WANITA:  Saya risau. Bimbang kalau-kalau saya tertelan penapis teh. Itu sebab dia tak berbau.

D0KTOR:  Kentut puan berbau. Puan baru kentut tadi.

WANITA:  Macam mana doktor tau saya kentut tadi? Memanglah saya kentut.

D0KTOR:  Saya terbau kentut puan. Kentut puan ni, bau dia macam ikan busuk dah tiga hari.

WANITA:  Saya tak bau pun.

D0KTOR:   Puan tak terbau sebab hidung puan deria baunya dah rosak. Itu sebab puan tak boleh bau.

WANITA:  Patutlah semasa saya ke mari tadi saya naik teksi. Saya terkentut dalam teksi. Tak semena-mena driver teksi tu berhentikan kereta secara mengejut. Dia stop emerjensi.

D0KTOR:  Lepas tu?

WANITA:   Lepas tu dia bukak pintu, kemudian dia keluar.

DOKTOR:  Dia ke mana?

WANITA:  Saya nampak dia berjalan terhoyong-hayang.

DOKTOR:  Terhoyong-hayang ke mana?

WANITA:  Saya nampak dia terhoyong-hayang terjun sungai. Mandi agaknya.

Ini Bukan lift


Jom kita nyanyi

Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan di sini. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com

Klasik itu menawan. Di Mana? Klik di sini

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

38 comments:

  1. Industri kentut dan RND belum lagi dipelopori di Malaysia berbanding dengan Jepun,Sweeden dan Norway.

    Satu kemungkinan kenapa industri ini tidak dikembangkan kerana bekalan busuk di Malaysia melebihi permintaan dan boleh didapati di mana mana.

    Sampah sarap, politik kotor antara penyumbangnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Negara kita memang tak sebersih dengan negara lain. Dgn Spore pun kita kalah. Apa tah lagi kalau dibanding dgn jepun dan Barat.

      Politik kalau disalah bawak memang kotor. Ada yg mengancam orang lain sebab mencari tempat dalam politik. Ada yang memberi gelaran tak elok kpd musuh politik sebab berhujah secara berfakta tak tau.

      Ramai yg tak mengenang budi sebaliknya mencaci kat orang lama yg menaikkan mereka.

      Politik sebenarnya satu seni yg mencari masalah. Sentiasa mencarinya di mana2, Dikaji secara tak betul serta meng-implement dgn mengguna resipi yg silap.

      Politik kalau dicelup dgn agama mulalah para politikus tu menuduh, orang lain masuk neraka dan orang ini masuk syurga.

      Cara politik yg memalukan, bila ada yg bercadang mengkebumikan orang islam di jerat cina. Bila dah malu, mohon maaf. Kotornya bila agama dijadikan komiditi politik.

      Delete
    2. Sementara kentut belum dikenakan gst, bolehlah belanja kawan² dan sanak saudara²..aneka bunyi dan bau.

      Delete
    3. Dulu kata bila ada gst barang tak naik. Bukan calang2 orang yg kata tu. Three point eight.

      Hahaha.

      Delete
  2. Dah masuk angin ok lagi jangan masuk air Adam.... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Macam2 boleh masuk kalau dlm hidup asik serius

      Delete
  3. Kentut bagus apa..buang angin hehehe tp kalau dah jadi pencemaran bau tu tak bagus juga untuk orang lain kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kentut memang bagus Aryan. Yg tak bagus bau kentut masuk ke hidung. Hari ni Aryan dah kentut ke belum.

      Delete
  4. Kita kalah bola sepak tapi menang kutipan emas.
    Kurang kentut tapi kuat baunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemain sampai terkentut2 pun tak menang.
      Tunggu sukan sea akan datang. Kita menang.

      Delete
  5. LEGAKAN PERUT ANGIN YG KOTOR DALAM PERUT DIHEMBUS KELUAR...NIKMAT TU, SYUKUR AMAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul tu. Bila dah kentut, lega rasanya. Saya hari ni dah kentut. Paridah dah ke belum?

      Delete
  6. Kentut....hahaha..mcm tak ada benda ya tapi sebenarnya boleh jadi isu besar bab kentut ni...harus ambil tahu ya...Kalau nak umpama politik dari segi politik memanglah banyak isu yg boleh dikaitkan dan tapi eluk juga kita komen dari segi kesihatan ya. Masalah besar tau kalau tahan kentut. Harap sama2 dapat manafaatnya. Panjang nak tulis tapi saya ambil satu saja yg saya rasa menarik...' kentut perempuan lebih berbau dari kentut lelaki'...Mmmh! Ini linknya:

    http://www.lekatlekit.com/2017/03/awas-bahaya-tahan-kentut-boleh.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. ####...kalau nak umpama kentut dari segi politk..###patut dibaca begini. salah type.

      Delete
    2. Kentut ni memang istimewa. Lagu kentut pun ada.

      Link yg mala share tu saya baru baca tadii. Thanks.

      Delete
  7. hadoi letih gelak petang2 ni. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa gelak tu ain kentut ke tak?
      Hahaha

      Delete
  8. Apa no? Semua komen pasal lentut. Semua dah kentut ke?

    ReplyDelete
  9. Sebab hari ni hari kentut sedunia.

    ReplyDelete
  10. Selamat bercuti panjang, boleh la kentut sepuasnya haha 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mintak2 jangan terkentut semasa solat berjemaah.

      Delete
  11. Silahkan di kunjungi ya kawan-kawan 100% Memuaskan
    > Hoki anda ada di sini <
    Agen Togel
    Agen Bola
    Agen Kasino
    Togel SGP
    Togel Hongkong
    Togel Sydney

    hubungi kami di :
    Line : togel118
    Bbm : D8AF7278
    Wa : +85592985834

    ReplyDelete
  12. dah lama tak singgah sini, blog dah bertukar rupa jadi kaler putih rupanya
    betul ke kalau kita tak kentut perut masuk angin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tukar warna tu sebab ada pembaca blog ni dia kata dia rabun warna. Kalau latar belakang gelap dia susah sikit nak baca. Tapi dia kata masih boleh baca. So, saya tukar hitam ke putih.

      Tentang kentut ni, apa2 fakta dgnnya saya tak tau. Yg saya tulis ni semata mata gurauan.

      Thanks, sibggah lah lagi.

      Delete
  13. sebelum kawin, kentut tahan2.
    baru kawin pun masih malu2 lari jauh kalau nak kentut..
    dah 22 tahun kawin, pernah sekali dua terkentut depan dia.
    heboh lah dia. terus i jawab, haram ke kentut. heeeeeee hilang dah malu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya masih bersanding dulu tahan kentut. Berjaya tahan tapi waktu bangun masa tu kentut bunyi. Kuat pulak tu.

      Delete
  14. hahaga..kdg2 sy pun tahan kentut..hihi..malu nya...tapi kalaubdi barat kentut lagi ok dari sendawa besar depan org..ye ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beribu-ribu orang solat Jumaat tapi tak pernah nampak pun yg terkentut. Mustahil kalau tak ada kan. Entahlah, mungkin semu menahan untuk kentut.

      Delete
  15. Hello! Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  16. sekarang kentut pun jadi lelucon...

    ok juga untuk menghibur hati yang duka lara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulis yg ringan2 macam ni saya rasa ok. Kalau semua tulis yg serius kadang2 pembaca mengelak dari membaca. Terima kasih singgah sini.

      Delete
  17. Tulis yg ringan2 macam ni saya rasa ok. Kalau semua tulis yg serius kadang2 pembaca mengelak dari membaca. Terima kasih singgah sini.

    ReplyDelete
  18. Haha..
    Kentut pun boleh jadi bahan cerita yea.
    Tumpang gelak saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kentut sebenarnya alat untuk menguji deria dalam hidung. Selagi kita boleh bau kentut bermakna hidung kita masih tip top.

      Delete
  19. Saya mengucapkan banyak terima kasih kepada MBAH SERO,yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terpikirkan dari benak saya,kalau nomor yang saya pasang bisa tembus,dan alhamdulillah kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 saya,sebenarnya saya bukan penggemar togel,tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan,dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH SERO.dan dengan senang hati MBAH SERO mau membantu saya,nomor yang dikasi MBAH SERO.2D sama 4D putaran SGP dan HK semuanya bener2 terbukti tembus,sudah 3X putaran saya menang,dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menghubunginya,jika teman2 ingin mendapatkan angka jitu 2D 3D 4D yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi MBAH SERO di no 082_370_357_999 untuk info lebih lengkapnya buka blog MBAH karna di dalam blognya semuanya sudah lengkap

    KLIK DISINI PESUGIHAN TANPA TUMBAL

    ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya

    ReplyDelete
  20. hahaha..kelakar citer nenek & teksi driver..

    saya tak suka benda serius, depa buat main2..rasa nk pelangkung je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita nenek tu rekaan. Just nak jadikan entry.
      Thanks nohas. Long time no see.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...