Wednesday, 23 August 2017

MAKNUNAH, NAMA YANG INDAH MAKNANYA


video
Tontonlah dulu video ni sebelum membaca untuk mengelak kebosanan.

Pagi-pagi lagi tadi saya bertolah dari kampung untuk balik ke Shah Alam walaupun tujuan balik semata hendak menuntun perlawan bolasepak di antara Laos dengan Malaysia di stadium Shah Alam. Memandangkan hari masih awal, saya menysur mengikut jalan lama tidak seperti biasa mengikut lebuhraya.

Memandu tadi sungguh tenang kerana kereta belum banyak lagi di jalan raya. Saya memandu tidak melebihi 80 kilometer se jama, kelajuan yang terlalu perlahan jika dibandingkan cara kebiasaan saya memandu. Awan mulai menampakkan mendung.

Jalan walaupun lama tetapi terasa selesa memandu. Hari semakin gelap. Tidak lama selepas itu hujan mulai turun. Makin lama semakin lebat. Hujan turun mencurah-curah menyebabkan pemanduan tidak menjadi selesa. Saya hanya berani memandu tidak melebihi 50 kilometer se jam disebabkan jarak pemandangan terhad.

Lebih kurang 150 meter di hadap kelihatan se buah motor berhenti. Saya memperlahankan kenderaan. Saya dapati dua orang wanita berdiri di sebelah motor. Saya berhenti dan menurunkan tingkap cermin di sebelah kiri lalu mengajak kedua-duanya naik untuk pergi berteduh di tempat lain. Mereka senyap tidak menjawab.

SAYA:  Naiklah, kita cari tempat berteduh yang selamat. Di sini merbahaya, jalan gelap berserta dengan kilat dan petir. Percayalah pada saya.

Selepas saya ulang pelawaan itu baru kedua-dua mereka naik dan duduk di baghagian belakang. Saya dapati mereka basah kuyup dan tidak ada pun bahagian pakaian mereka yang tidak basah.

SAYA:  Kat tempat duduk tu ada tuala. saya. Tuala tu bersih. Belum diguna lagi. Laplah badan dengan tuala tu.

Wanita yang kelihatan berusia mungkin ibu kepada gadis muda itu bersuara.

WANITA:  Tak apalah encik. Saya pun dah basah.

SAYA:  Laplah badan tu. Sejuk ni, nanti dapat selsema. (Mereka enggan menggunakan tuala saya).

Saya memandu semula dan tidak berapa lama lepas itu saya memberhentikan kereta. Terdapat sebuah kedai minuman di tepi jalan. Saya mengajak mereka minum tetapi mereka menolah pelawaan saya dengan alasan mereka kenal dengan pekedai itu.

SAYA:  Kita minum sekejap untuk panaskan badan. Dah terlanjur berhenti ni, elok tunjukkan muka dengan pekedai tu kalau tak mereka syak yang bukan-bukan. Gunakan tuala saya tu untuk menutup badan kerana baju-T tu dah ditembusi air hujan.

Kesemua kami memesan teh tarik. Sewaktu tuan kedai menghantar minuman dia bersuara kepada wanita itu bertanyakan siapa saya. Belum sempat dia menjawab saya yang berkata.

SAYA:  Saya dari kampung tadi tiba-tiba ternampak dia berdiri bersebelahan dengan motor. Tepi jalan. Hujan lebat dengan petir. Saya bawa dia ke sini. Sekurang-kurangnya di sini selamat.

PEKEDAI:  Oh, saya ingat encik sedara dia. Encik asal mana. Nak ke mana? Baik hati encik.

SAYA:  Asal dari mana saya rasa tak payah taulah. Yang penting hati kita mesti seperti hati asal. Asal dulu hati kita belum tau nak buat jahat. Itu yang penting. Kampung saya kat Johor.

Pekedai itu meninggalkan meja kami dan pergi ke meja lain pula. Saya difahamkan kedai itu tempat bagi perempuan ini membeli barang dapur. Ada masanya kedai ini menjual ikan sungai tetapi tidak kerap. Apabila saya tau kedai ini menjual ikan sungai saya terus ke bahagian menjual barang basah. Memang betul di situ saya dapati ada ikan baung, ikan lais dan ikan tebakang. Saya memang lama mengidam untuk makan ikan sungai.

Saya ambil dua ekor ikan baung, kebetulan memangnya ada dua ekor sahaja yang beratnya berjumlah dua kilogrem. Saya bawa ke meja dan tunjukkan kepada perempuan tadi.

SAYA:  Ini ikan baung. Ikan tebakang dengan ikan lais pun ada tapi tak banyak. Ambiklah ikan ni. Masaklah cara apa pun. Bila dah masak beri saya sikit untuk saya bawak balik. 

Dia terkejut sebab saya kenal semua jenis ikan di kedai itu. Saya kata kepadanya semua jenis ikan sungai saya tau sebab saya membesar bersama sungai. Lama juga dia membuat keputusan untuk bersetuju memasaknya.


Hujan mula berhenti. Selepas membayar harga minuman dan ikan, saya menghantar mereka pulang. Rumahnya walaupun rumah baru tapi bentuknya masih kekal bentuk rumah Melayu lama, ada serambi, anjung dan ada pelantar. Rumah papan bertiangkan batu kelihatan kemas. Gelegarnya tidak dipaku sebaliknya menggunakan pasak di buat dari kayu. 

Saya jengok dari luar dan dapati rumah itu tidak bersiling. Kasau untuk meletak atap genting tersusun kemas. Pada saya rumah tersebut hampir menyerupai rumah melayu lama cuma ianya tidak mempunyai bendul dan kisi-kisi tidak berukir. Dia mengekalkan kisi-kisi bertujuan untuk peredaran udara.

Setelah keluar dari kereta anaknya terus masuk ke rumah. Ibunya mengajak saya masuk tapi saya enggan dengan alasan tiada lelaki lain di situ. Jawabnya, "Tak apa. Bukannya kita berdua. Anak kakak pun ada sama." Dia membahasakan diri dia kakak.

SAYA:  Saya panggil kakaklah. Tadi nak panggil apa tak tau. Nama pun saya tak tau. Nama saya Adam.

KAKAK:  Panggil kakak pun boleh. Nama kakak Sumiy'ah. Suami kakak dah lama tak ada. (Nama anaknya tapi tidak diberi tahu).

SAYA:  Beginilah kak. Saya ke kedai tadi semula. Saya tunggu kat sana. Bila dah masak telefon saya, nanti saya datang.

KAKAK:  Tunggu kat rumah ni pun tak jadi hal. kalau segan nak masuk ke dalam, duduk kat serambi pun boleh. Kat situ berangin.

SAYA:  Bukan saya tak sudi kak. Cuma saya rasa tak selesa tercangok sorang-sorang. Nanti akak telepon saya bila dah masak. Jangan banyak sangat, se kelar pun dah lebih dari cukup. Akak yang masak ke?

KAKAK: Kalau gitu, satu jam lagi Adam datanglah. Anak akak tu dah biasa buat kerja dapur. Dialah yang masak.

Kakak itu masih tidak memberi tahu nama anaknya. Saya memang ingin nak tau.


Saya prgi ke kedai yang kami minum tadi. Di kedai itu saya tidak minum apa-apa. Saya memberi tahu tuan kedai yang saya tumpang duduk sebentar sementara tunggu kakak tadi menyediakan gulai ikan sungai untuk saya bawa balik ke Shah Alam.

Di situ saya terbayangkan wajah kedua-dua anak beranak itu. Ibunya kelihatan berusia tetapi wajahnya nampak berseri dan kelihatan muda. Hati saya berkata tentu dia ada amalkan untuk nampak menarik, sekurang-kurangnya dia mengambil makan ubat tradisional. Maklumlah dia orang kampung dan caranya hidupnya pun menampakkan dia berpegang kepada tradisi Melayu.

Anaknya jauh lebih muda darinya dan kelihatan sangat menawan. Kulitnya bersih, wajah berseri serta susuk badannya yang begitu slim. Dia memiliki bentuk badan yang sangat diidamkan oleh gadis-gadis sekarang. Sayangnya dia tidak bersolek dan andainya dia disolekkan oleh yang arif, berani saya katakan dia akan kelihatan setanding Puteri Fujiyama.

Apabila genap satu jam menunggu, saya pergi semula ke rumah kakak Sumi'yah untuk mengambil gulai ikan baung. Setibanya saya di rumahnya saya keluar dari kereta dan menunggu di situ. Kakak Sumiy'ah menjemput saya naik. Saya kata tak perlu naik dan elok saya tunggu di situ. Dia meminta saya naik dan duduk di serambi sementara menunggu anaknya menyediakan makanan.

Apabila saya nak ke serambi, saya dapati makanan telah sedia terhidang. kakak Sumiy'ah menyuruh saya makan. Saya menolaknya dengan alasan saya datang semata-mata hendak mengambil gulai ikan baung.

KAKAK:  Di serambi ni tak ada meja. Adam duduk di lantailah. Lagi pun Adam takkan sudi masuk ke ruang ibu rumah kakak. Adam kena makan jugak. Sekurang-kurangnya mengenang jasa orang yang menyediakannya.

SAYA:  Baik kak. Saya boleh makan dengan syarat kita semua makan sekali. Kalau kakak berdua tak makan dengan saya, saya malu nak makan.

Kakak Sumiy'ah pergi memanggil anaknya untuk makan bersama. Kakak Sumiy'ah duduk di kanan saya dan anaknya bertimpuh di sebelah kiri saya. Manis sungguh kelihatan cara dia duduk bertimpuh. Sudah bertahun saya tidak nampak gadis Melayu duduk bertimpuh.


Sambil makan kami bersembang. banyak juga pertanyaan dari kakak yang perlu saya jawab. Saya seperti biasa jawabnya dengn penuh keikhlasan.

KAKAK:  Adam balik kampung kenapa tak bawak bini?

SAYA:  Bini saya dah meninggal kak.

KAKAK:  (Dia terdiam sekejap) Kenapa tak cari pengganti?

SAYA:  Saya dah carik kak. Dari sejak musim durian saya carik, hingga musim rambutan, pun lom terjumpa.

Kakak Sumiy'ah ketawa, sebaliknya anaknya yang diam dari tadi tunduk tersenyum yang menyebabkan pipinya yang merah bertambah merah.

SAYA:  Saya berselera makan ni kak. Lama tak rasa masakan begini. Sejak bini tak ada tak dapat rasa masakan macam ni. Memang terasa sedapnya ni. Kunyit hidup yang kakak guna ditambah dengan asam cepu, memang sedap.

KAKAK:  Itulah, cepat-cepat cari pengganti, nanti hari-hari boleh makan masakan macam ni.

Kakak Semiy'ah menyuruh anaknya menambah nasi ke pinggan saya. (Dia masih tak menyebut nama anaknya. Ingin saya bertanya tetapi terasa malu.)

Sewaktu anaknya hendak menambah nasi ke pinggan saya, tanpa sedar saya memegang tangannya untuk menghalang dia.

SAYA:  Dalam rumah ni sekarang tak ada tetamu. Saya bukannya tetamu. Saya seperti kakak berdua, jadi tak perlu meraiikan saya. Yang patut kita raiikan sekarang ialah rezeki Allah. Syukur alhamdulillah. 

Baru saya sedar tangan anaknya masih di gengaman saya. Saya lepaskannya sambil meminta maaf dengan berkata yang saya lakukan tadi secara spontan tanpa sedar. Kakak Sumiy'ah berkata, "Itu pegang sikit je. Bukannya luak."

Sepuluh minit lepas makan saya mohon diri. Kakak Sumi'yah menghantar saya ke kereta. Anaknya berkemas di dapur dan saya masih belum tahu lagi nama anaknya.

SAYA:  Kak, saya ucap terima kasih kat kakak menyediakan masakan tadi. Memang sedap. Terima kasih kak.

KAKAK:  Akak tak masak tadi. Akak berkemas. Rumah beselerak, malu kat Adam nanti.

SAYA:  Tak patut kalau saya tak ucap terima kasih kat anak kakak. Dia yang berusaha menyediakan makanan. Tolong panggil dia kak, tak manis kalau saya tak ucap terima kasih kat dia.

Apabila kakak Sumiy'ah hendak naik ke rumah untuk memanggil anaknya, saya menahannya. Saya kata tak payahlah naik. Saya minta dia memanggilnya dari tempat kami berdiri. Kakak Sumiy'ah terus memanggil anaknya dari tempat kami berdiri.

KAKAK:  Maknunah ...... Maknunah. Datang sini sekejap.

Anaknya datang dan berdiri de sebelah kiri ibunya. Mereka menghadap saya dalam jarak lebih kurang enam kaki. Muka anaknya kelihatan malu-malu. mungkin dia penyegan orangnya.

SAYA:  Ni, nak ucap terima kasih sebab sedia makanan. Makanan memang terasa sedap.

Anaknya tidak berkata apa-apa. Dia memandang jauh ke depan. Saya tak tau apa di mindanya.

SAYA:  Kak, selain dari cantik dia memang pandai masak. Untung lelaki yang dapat dia nanti.

Sebaik sahaja selesai saya berkata, anaknya menundukkan kepalanya. Kakinya digerak-gerakkan perlahan-lahan di tanah seolah-olah dia melukis sesuatu. Saya faham erti kelakuannya.  Itu bermakna dia rasa gembira disanjung, redha dengan kepujian sambil menyisapkan perkataan terima kasih di hatinya.

Tidak ada pembaziran masa di situ kerana pengelaman sepenuhnya digunakan di tempat yang betul.



Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan di sini. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com

Ada orang tak nak sebab sudah berpuas hati tapi (Klik) masih ada yang mencarinya kerana perkara itu benar..

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Monday, 21 August 2017

LUPAKAN LAH USIANYA TAPI NGATLAH AKAN JASANYA

Di sebuah negara yang terletak berhampiran dengan sebuah negeri yang mataharinya tidak pernah terbit terdapat se buah bangunan yang begitu berjasa, terbengkalai untuk dibaik pulih. Pegawai bangunan telah memanggil tiga kontrektor untuk membuat tafsiran kos membaik pulih bangunan tersebut.

PEGAWAI BANGUNAN: Terima kasih kepada dua-dua kontrektor yang bertungkus lumus memeriksa kerosakan bangunan bersama-sama dengan pegawai penyenggara kami tadi. Sila nyatakan kos sepenuhnya untuk membaik pulih bangunan ini. Saya difahamkan kontrektor pertama namanya Si Luncai dan kontrektor ke dua namanya Lebai Malang. Betul ke?

Gambar hiasan dipetik dari Google

SI LUNCAI:  Saya sudah melawat keseluruhan bangunan ini. Harga yang kami tawarkan ialah RM 2 juta.

PEGAWAI BANGUNAN: Bangunan ini sudah tua tapi sangat berjasa. Jangan kita buat-buat tak ingat akan jasanya. Bagaimana pulak dengan kontrektor ke dua? Lebai Malang, berapa kos tuan?

LEBAI MALANG:  Saya juga sudah melawat keseluruhan bangunan ini. Kami memang arif tentang kerosakan yang kami hendak betulkan. Harga patut yang kami tawarkan ialah RM 2 juta.

PEGAWAI KERAJAAN:  Laaaaaa ........ kenapa harga serupa. Susahlah saya nak pilih.

Pak Pandir tiba-tiba mencelah percakapan pegawai bangunan.

PAK PANDIR:   Tuan, izinkan saya berkerjasama memberi tawaran untuk membaik pulih bangunan ini.

PEGAWAI BANGUNAN:  Wahai Pak Pandir. Kamu kontrektor yang ke tiga. Dengar sini. Macam mana Pak Pandir nak beri sebut harga sedangkan tuan tidak pun memeriksa bangunan ni? Tak masuk akal langsung.

Pak Pandir bangun dari duduk, menuju ke pegawai bangunan lalu berbisik, "Saya tawarkan RM 4 juta. Kita suruh Lebai Malang buat kerja ni. Bayaran kepada dia hanya RM 2 juta. Bakinya dua juta. Imbuhan kerja keras tuan mesti ada. Se juta untuk tuan dan bakinya untuk saya. Masuk akal tak?


video
Hebatnya dia

Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan di sini. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com

(This site is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Sebarang komen tidak akan dipadam. Sendiri komen tanggonglah sendiri. Cerita, video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiburan tiada kena mengena dengan sesiapa pun.

Saturday, 19 August 2017

TERSENTUH KERANA SE BUAH VIDEO


Gambar hiasan dipetik dari Google dan tiada kaitan dengan entry atau pembaca. 

Kita semua mewah dengan makanan. Ada yang hingga tidak ada keberanian untuk makan dan yang berlebihan pula disumbatnya ke Facebook. Tahukah kamu masih ada orang yang berlapar sekarang? Dapatkah makanan yang kita saji di Facebook membantu mereka yang kelaparan?

Mereka yang berlapar ini biasanya tidak berharta tetapi harta bukanlah merupakan kekayaan yang sebenar. Kawan ramai juga bukannya menggambarkan kesetian dan kuasa juga bukannya merupakan satu kekalan. 

Miskin sebenar ialah mereka yang kedekut untuk berkongsi walaupun terdapat yang berlebihan padanya. Mereka miskin jiwa. Kehebatan manusia bukanya terletak pada harta atau kuasa tetapi melalui sikap murni yang tersemat di hati. 

Kaya ialah mereka yang memiliki hati yang ada niat untuk membantu. We are not rich by what we possess but by what we give.

It is not an uncommon issue when most of us don't have food for a day but what about the lady in the video below who has no food at all to eat. She is 84 years old. Watch it if you have not seen this video before.


video
This's what we called blogger

Menjadi kaya bukannya satu perkara yang tidak bererti. Harta merupakan nikmat yang diberi oleh Allah dan alangkah baiknya jika harta kurniaan NYA diguna untuk kebaikan manusia. Dari itu jangan kita terasa segan dan silu untuk menambah lagi sedikit harta sebaiknya bukan dengan cara yang tidak bermoral.

Kekayaan merupakan satu alat yang menguji pemiliknya dengan cara yang tidak disedari. Harta boleh mengubah sikap pemiliknya jika dibiarkan hartanya menjadi MASTER. Jangan kita kayakan diri tetapi kita membiarkan kemisikinan jiwa. Matangkanlah serta waraskan diri kerana kematangan dan kewarasan kedua-duanya mempunyai nilai emas.

Carilah harta semampu yang terdaya tetapi perlu diingat, kekayaan yang sebenarnya berada di jiwa kerana kekayaan jiwa merupakan kekayaan sejagat

Entry sebelum ini: Duri Semalu Pertama Sudah Muncul

Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan di sini. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com


(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Sebarang komen tidak akan dipadam. Sendiri komen sendiri tanggung. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Wednesday, 16 August 2017

DURI SEMALU PERTAMA SUDAH MULA MUNCUL


Sebentar tadi saya terima email dari Maiko. Ini merupakan email terpanjang yang pernah saya terima darinya. Saya membacanya dua kali kerana kata-kata Maiko selalunya memang banyak benda yang tersirat.

Saya akan kongsi mana-mana bahagian yang tidak sulit dan mana yang saya anggap terlalu peribadi saya akan pendamkan.

Kebanyakan isinya berkaitan dia di Osaka. Salah satu darinya dia berkata bapanya tertarik dengan se orang pemuda se pejabat dengan ayahnya dan secara kebeutulan pemuda tersebut menjadi orang kepercayaan bapanya. Kerap bapanya bercerita tentang pemuda yang disukai itu. 

Maiko juga pernah terserempak dengan pemuda itu semasa ke pejabat ayahnya dan pada pandangan Maiko lelaki itu se orang yang segak dan bergaya. "Not bad," katanya.

Selera Maiko memang tinggi kerana dia se orang gadis hebat.

Seperti biasa Maiko kerap bertanya tentang jodoh pilihan saya. Selalunya saya mendiamkan diri. Pernah saya menjawab dengan berkata, "Saya pilih sesiapa sahaja asalkan dia mampu membesarkan anak2 menjadi manusia."

Maiko memang tidak ambil masa lama untuk menjawab. Katanya, "The beauty of partnership between spouses is that they combine strength with wisdom. A way to accomplish more for the glory of home. That's what I have in mind."

Jawapan yang tidak termampu diberi oleh gadis-gadis yang se usianya.

Banyak lagi cerita yang ditulis di emailnya. Saya copy and paste beberapa bahagian untuk dikongsi di sini. Untuk menjimatkan masa.

Dia masih bertanya tentang saya yang belum membuat keputusan untuk berumah tangga semula. Dinasihatnya saya, "Don’t wait, Adam. The time will never be just right. Sometimes it's the smallest decisions that change your life. Maybe that simple decision can change us forever."

"You need to make decisions at the right time - not too early and never be too late. It doesn't matter if your choice is not perfect a bit but most importantly you need to decide." Sambungnya lagi, "Don't ignore what your feeling is."

Ditulisnya lagi, "Adam, take for wife the girl that you love and be sure that she also loves you in return and never to forget to marry the one that no matter what but will always respect you."

Nasihat dia merupakan perkara benar tetapi sebaliknya saya perlu berfikir semasak-masaknya terutama tentang memilih gadis tersedia ada yang ternyata kelihatan hebat untuk diambil sebagai pasangan. Mampukah saya bersaing di alam rumah tangga?

Terfikir di hati saya, "Apa kata kalau aku jadikan Maiko suri di hati? Mana mungkin kerana Maiko sudah membayangkan lelaki kesukaan dan mungkin menjadi pilihan bapanya. Maiko juga mengaku tentang ketampanan lelaki itu."

Sanggupkah saya merempuh duri yang mula timbul sekiranya saya ingin menjadikan Maiko ibu kepada anak saya? Duri yang bila-bila masa sahaja boleh bertukar menjadi onak rimba.

Sanggupkah Maiko meredah duri yang akan sentiasa ujud berterusan? Well Maiko, please don't settle for a man who opens half of his heart for you.

Sudah tentu dia menurut pilihan bapanya kerana Maiko yang bersopan santun sangat sayang dan hormat bapanya. Dia sudah dididik demikian.

Jika Maiko menolak pilihan bapanya dia tau bapanya akan terasa malu. Bagi keluarga Maiko dan mungkin rakyat Jepun yang lain, malu itu satu perkara yang ditakuti dan mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk mengelak dari malu.

Budaya Jepun (sekarang tak tau masih menjadi amalan atau tidak) ibu bapa sanggup tidak mengaku anak jika anak itu memalukan mereka. Begitu juga ramai tentera Jepun yang gagah perkasa membunuh diri di dalam peperangan bukan kerana lain tetapi mereka malu dengan kekalahan.

Entry sebelumnya: Aku Jerit Je

video
Mengasyikkan

Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com


(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam. Sendiri komen sendiri junjung. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.



Saturday, 12 August 2017

SAYA JERIT JE


Se orang pemberita sedang menemuramah se orang wanita.

PEMBERITA:  Berapa orang anak puan?

WANITA: Kesemuanya tujuh orang.

PEMBERITA:  Berapa orang lelaki dan berapa orang wanita?

WANITA:  Kesemuanya lelaki.

PEMBERITA:  Yang sulung apa nama dia?

WANITA:  Muhammid.

PEMBERITA: Yang nombor dua pulak nama apa?

WANITA:  Yang nomor dua nama dia Muhammid.

PEMBERITA:  Yang no tiga pulak?

WANITA:  Yang ke tiga pun Muhammid.

PEMBERITA:  Tak kan nomor empat pun nama dia Muhammid?

WANITA:  Nombor empat saya panggil dia .....


Gambar hiasan (atas dan bawah): Lukisan tangan oleh Emily Copeland dari Canada


PEMBERITA:  Puan panggil dia apa? Tak kan Muhammid jugak.

WANITA:  No empat saya panggil Muhammid.

PEMBERITA:  Puan, yang lain pun Muhammid jugak ke?

WANITA:  Ye, semua anak saya nama Muhammid

PEMBERITA:  Kenapa puan panggil mereka dengan nama yang serupa?

WANITA:  Senang begitu. Kalau mereka dipanggil untuk makan, saya jerit je Muhammid. Semua datang makan. Tak perlu sebut satu persatu. Kalau nama mereka lain-lain teruk saya hingga tujuh kali panggil.

PEMBERITA: Oh begitu.

WANITA:  Kalau kejutkan pagi untuk mereka ke sekolah, saya sekali jerit Muhammid. Mereka semua bangun. Tak perlu panggil sorang demi sorang.

PEMBERITA:  Kalau suruh mereka tidur?

WANITA:  Saya jerit Muhammiiiiiiiiid. Masuk tidur. Semua masuk bilik untuk tidur. Kan senang begitu.

PEMBERITA:  Itu kalau puan panggil untuk semua. Kalau puan memerlukan satu orang je, macam mana pulak puan panggil?

WANITA:  Senang je. Saya jerit "Lebai". Saya jerit kuat-kuat. Tang Lebai ni memang kena jerit lebih kuat.

PEMBERITA:  Siapa dia Lebai?

WANITA:  Lebai tu suami saya.

Pemberita ketawa berguling. Sebaik sahaja dia berhenti ketawa dia terus bertanya.

PEMBERITA:  Kenapa tak panggil Pak Lebai?

Wanita: Saya tak suka Pak Lebai.

Pemberita ketawa lagi juga bergulling-guling.

WANITA:  Saya pulak nak tanya boleh ke?

PEMBERITA:  Boleh, silakan.

WANITA:  Kenapa awak ketawa?

PEMBERITA:  Saya tak suka Pak Lebai.

Wanita itu terus ketawa dan dia berguling-guling lebih dahsyat dari gulingan pemberita.


video
Video ni pendek sangat.

Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan di sini. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com


(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri junjung. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Tuesday, 8 August 2017

SUSAHNYA BERCAKAP DENGAN BILL GATES


Dalam se buah daerah ada satu pusat yang mengajar orang dewasa belajar komputer.

CIKGU:  Assalamulaikum pakcik dan makcik semua. Hari ni hari pertama kelas komputer kita. Saya tak nak buang masa jadi saya terus mengajar. Sebelum itu elok saya onn-kan laptop ni. Laptop saya ni ada password jadi orang lain tak boleh curi-curi guna. Baiklah,  saya onn-kan sekarang.

Hampir 10 minit cikgu muda tu tak berjaya meng-onn-kan laptopnya.

CIKGU:  Saya dah lupa password saya. Siapa kat sin boleh bantu saya. Ada tak pakcik dan makcik boleh tolong saya. 

Tidak ada siapa-siapa pun yang menyahut permintaan cikgu tu. Tiba-tiba se orang lelaki dewasa bersuara.

LELAKI DEWASA:  Cikgu, tanyalah orang yang arif tentang komputer.

CIKGU:  Yang cerdik tentang komputer tak ada kat sini.

LELAKI DEWASA:  Kalau tak ada kat sini cikgu telefonlah dia. Apa nama orang tu?

CIKGU:  Nama dia Bill Gates. Dia jauh. Apa nama pakcik?

LELAKI DEWASA:  Nama saya Pak Pandir. Cikgu telefonlah dia. Kalau tak cuba sampai malamlah kita termenung kat sini. Ce-telepon, ce-telepon.

CIKGU:  Aduh, Pak Pandir lagi. Baiklah, kalau Pak Pandir dapat jawab soalan ni, saya telepon Bill Gate.

PAK PANDIR:   Kenapa pulak macam tu. Begini cikgu. Kalau cikgu tak dapat jawab soalan saya, cikgu kena telepon Bill Gates.

CIKGU:  Baiklah. Apa soalannya.

PAK PANDIR:   Kalau orang bisu, dia bertanya kita pukul berapa sekarang, dia tunjuk tangan dia tapi kalau dia nak kencing, dia tunjuk apa?

CIKGU:  Baiklah, baiklah, saya telepon sekarang. (dalam hatinya berkata. Pak Pandir nak tunjuk pandai.)


Cikgu itu pun telefon Bill Gates. Kring, kring, krrrrring, krinnngggg.

BILL GATES:  Hello, Bill di sini.

CIKGU:  Hello Bill. Laptop saya tak boleh onn. Saya lupa passwordnya. Jenama laptop saya HAKIRO. Nombor siri dia AE 4567 E 8910 D. Saya lupa password saya?

BILL GATES:  Password awak: entah. (Bill Gates terus mematikan telefonnya)

CIKGU:  Kan saya dah kata. Bill Gates pun tak tau. Pakcik dan makcik kat sini siapa tau.

PAK PANDIR:   Tadi cikgu tanya apa kat Bill Gates?

CIKGU:  Saya tanya password saya apa. Kemudian dia kata entah. Bermakna dia tak taulah tu.

PAK PANDIR:  Cikgu tanya apa?

CIKGU: Susah betul bercakap dengan Pak Pandir. Yg tu pun dah berapa banyak kali nak tanya. Benda senang pun tak paham. Saya tanya apa password saya.

PAK PANDIR:  Dia jawab apa?

CIKGU:   Dia jawab entah.

PAK PANDIR:  Cikgu tanya apa?

CIKGU:  Saya tanya apa password laptop saya. Dia jawab entah.

PAK PANDIR:  Cuba cikgu ulang lagi.

CIKGU:  Saya tanya password saya apa. Katanya entah.

PAK PANDIR:  Cuba cikgu ulang untuk kali terakhir.

Tiba-tiba semua pakcik dengan makcik dalam kelas tu ketawa. Tak ada se orang pun yang tak ketawa. Ada yang ketawa buka mulut telalu besar. Ada yang tenganga. Ada yang ketawa hingga keluar hingus. Ada yang ketawa sambil menutup mulut dengan henfon seperti Maiko lakukan. Tak kurang juga bilangan pakcik yang ketawa sambil berguling-guling.

CIKGU:  Kenapa semua pakcik dengan makcik ketawa? Kelakar ke saya ni?

Semua pakcik dengan makcik kat situ berkata serentak, "Cikgu, apa Bill Gates jawab?"

CIKGU:  Bill Gates jawab entah.

Semua pakcik dan makcik kat situ termasuk Pak Pandir berkata serentak, "Password cikgu ENTAH. Ce-taip perkataan ENTAH kat laptop cikgu. Ce-taip, ce-taip."

Cikgu pun taip perkataan entah dan laptop itu terus boleh onn. Pakcik dan makcik semua melompat gembira sambil berkata, "entah entah entah entah." Baru cikgu teringat password dia entah.


video
Pakcik ni nak mengajar atau nak marah orang?  Ce-tengok, ce-tengok

Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan di sini. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri junjung. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.




Sunday, 6 August 2017

MALAYSIA BELUM ADA MAHKAMAH MACAM NI - TAK AKAN ADA PUNYA


Di dalam sebuah mahkamah penglipur lara pada zaman dahulu kala, seramai empat orang telah di tuduh mencuri se biji handphone milik kawan mereka.

HAKIM:  Kamu berempat telah dituduh mencuri se biji handphone pada 30 Februari tahun ini di sebuah kolej di Kampung Bujang Sempurna di antara pukul 4 hingga pukul 5 petang. Kamu mengaku salah atau tidak?

Kesemua tertuduh tidak mengaku salah dan minta dibicarakan.

HAKIM:  Kamu tertuduh pertama, Borang bin Kertas. Pada waktu kejadian kamu berada di mana?

BORANG:  Pada waktu tu saya ada di asrama. Saya tidur.

HAKIM:  Ada siapa-siapa nampak kamu tidur waktu itu.

BORANG:  Saya tak nampak sebab saya tidur. Kalau saya nampak tentu saya tak tidur.

HAKIM:  Panggil tertuduh ke dua pula.

Setelah tertuduh ke dua mengambil tempat.

HAKIM:  Kamu tertuduh kedua, Surat bin Kertas. Sewaktu kejadian kamu di mana?

SURAT:  Waktu tu saya mandi. Tidak ada saksi yang nampak saya mandi sebab bilik air saya kumci.

HAKIM: Baiklah. Panggil tertuduh ke tiga.

Setelah tertuduh ke tiga mengambil tempat.

HAKIM:  Siku bin Lutut. Kamu berada di mana waktu itu?

SIKU:  Pada masa tu saya main watsap.

Hakim:  Handphone siapa yang kamu guna?

SIKU:  Tuan hakim ni macam tak ada soalan lain.

HAKIM:  Kamu jangan menghina saya. Nanti kamu yang terima akibatnya. Jawab pertanyaan saya tadi.

SIKU:  Saya guna hp saya. Tak kan saya nak guna hp tuan hakim. Entah-entah hp tuan hakim bini yang pegang.

HAKIM:  Kamu ni banyak songel. Kenapa kamu guna hp kamu sedangkan di bilik tu ada hp yang terletak di meja? Hp yang hilang tu.

SIKU:  Kan saya kata saya guna hp saya. Tuan hakim soal saya macam mana pun jawapan saya itu jugak. Saya guna hp saya.

HAKIM: Panggil tertuduh yang ke empat.

Tertuduh ke empat mengambil tempat.

HAKIM:  Kipas bin Angin, kamu tertuduh ke empat. Saya dah penat tanya soalan yang sama. Baiklah, untuk memendekkan perbicaraan saya nak tanya. Kamu ke yang curi hp tu? Ce-jawab, ce-jawab.

KIPAS:  Ni soalan ke pendapat?

HAKIM:  Jangan bergurau dalam mahkamah saya. Jawab. Kamu ke yang curi?

KIPAS:  Saya tidak mencuri dan belum pernah saya mencuri.

HAKIM:  Semasa hp tu hilang kamu pergi ke mana?

SIKU:  Masa tu saya pergi betulkan bendera Jepun di tempat perhimpunan. Ada orang pasang bendera tu terbalik.

HAKIM:  Siapa yang pasang terbalik bendera tu?

SIKU:  Saya tak tau. Nasib pencuri tu baik sebab saya keluar betulkan bendera. Kalau bendera tu dipasang betul dah tentu saya tak keluar. Dah tentu saya tau pencuri tu.

HAKIM:  Kes ni paling susah saya nak menghukum. Paling susah dan rumit.  Tidak ada hint langsung untuk saya menjatuhkan hukuman. Baiklah, hadirin sekelian. Siapa-siapa yang boleh bantu saya dalam kes ini.

Hampir 20 minit berlalu tidak ada siapa pun yang sanggup membantu.

HAKIM:  Saya nampak ada se orang tu yang pakai baju petak biru kuning. Sila ke hadapan. Bantu saya.

Si pemakai baju petak biru kuning pun pergi ke hadapan.

HAKIM:  Apa nama kamu?

BAJU PETAK:  Nama saya Pak Pandir.

HAKIM:  Aduh, Jahnam jahnam. Ramai yang lain dalam ni aku terpanggil dia. Baiklah, boleh bantu saya? Siapa yang mencuri?

PAK PANDIR:  Boleh tuan.

HAKIM: Kamu cakap je boleh. Kalau boleh siapa yang mencuri?

PAK PANDIR: Tuan hakim, bendera Jepun tu tuan dah pernah tengok ke belum?

HAKIM:  Sudah.

PAK PANDIR:  Ce-cerita sikit tentang bendera Jepun.


HAKIM:  Bendera tu dalam dia warna merah. Bulat. Luar dia warna putih.

PAK PANDIR:  Bendera tu yang mana atas yang mana bawah?

HAKIM:  Dia tak ada atas atau bawah. Sebab bulat.

PAK PANDIR:  Kalau begitu siapa yang membohong di sini?

HAKIM:  Janganlah suruh saya main teka-teka. Ini mahkamah.

PAK PANDIR:  Yang membohong tu ialah orang yang pergi membetulkan kedudukan bendera Jepun. Sebab bendera tu dipasang macam mana pun tetap betul.

HAKIM:  Cerdik jugak kamu ni. Tapi kenapa orang kata Pak Pandir bodoh?

PAK PANDIR:  Dunia memang begitu. Kalau ada yang pandai, yang boleh menonjol. Mereka difitnah. Diberi gelaran yang buruk. Walau pun tuan hakim kurang cerdik tapi saya tak akan cerita kat orang lain sebab maruah se seorang perlu saya jaga.

Entry ini hiburan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun sama ada di dalam dan luar negara.

Entry sebelumnya: Kerana Abang Bercakap Benar

Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan di sini. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com


(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri junjung. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Friday, 4 August 2017

KERANA ABANG BERCAKAP BENAR


Dalam penerabangan dari Singapura, seorang wanita duduk bersebelahan dengan se orang lelaki. Masing-masing tidak kenal antara satu sama lain.

LELAKI:  Dari mana ni?

WANITA:  Singapura. (Dalam hati dia berkata, Bangangnya. Kan flight ni dari S'pore.)

LELAKI: Banyak ke beli barang kat sana?

WANITA:  Tak banyaklah pakcik. 

LELAKI:  Beli apa? Saudari jangan panggil pakcik. Panggil saya Abang Aji. Manis bunyinya.

WANITA:  Saya beli pemetik api untuk dapur gas. (Sambil tunjuk alat pemetik)

Pemetik api dapur gas

LELAKI:  Barang ni salah sebab menyerupai pistol. Sedangkan mainan serupa pistol pun salah.

WANITA:  Pakcik boleh tolong tak. Maaf, silap sebut. Abang boleh tolong tak?

LELAKI:  Saya tak boleh bersubahat. Kalau ditanya nanti saya akan bercakap benar. Kata-kata saya nanti semua benar. Berdosa menipu.

WANITA:  Jadi Abang tak boleh tolong sayalah? Saya rasa abang mampu tolong saya. Muka abang jernih serta nampak jujur. Pakaian abang dah mengambarkan siapa abang.

LELAKI:  Baiklah, saya cuba. Tapi saya akan cakap benar dengan kastam nanti kalau ditanya.

Lelaki itu pun ambil pemetik tu, dibawanya ke tandas. Diikatnya pemetik tu dipangkal pahanya. Kemudian dia menyarung seluar dan jubahnya semula dan terus pegi ke tempat duduknya. Tidak berapa lama selepas itu kapal terbang mendarat. Sebaik sahaja dia berada di pemereksaan kastam.

KASTAM WANITA:  Sila istihar apa-apa barang yang dibawa.

LELAKI: Saya mengaku demi se orang wanita, saya berkata benar. Dari atas kepala saya hingga ke pusat tidak ada apa yang hendak saya istiharkan.

KASTAM WANITA:   Bagai mana pula dari pusat hingga ke lutut?

LELAKI:  Saya mengaku demi se orang wanita, saya berkata benar. Di antara dua tempat itu, di antara pusat dan lutut, hanya ada satu kelengkapan merbahaya jika ditunjukkan. Ala-ala pistol begitu. Jika puan tidak percaya sila raba. Demi se orang wanita saya mengaku saya bercakap benar. Kalau tak percaya ce-raba. Ce-raba.

KASTAM WANITA:  Okey Encik Abang. Saya tak hingin nak raba. Abang boleh pergi. Ce-pergi. Ce-pergi.

Kastam Wanita geli hati. Terlalu geli hati. Dia tergelak sekuat-kuatnya sambil berguling-guling.


Lagu ini mengamit kenangan ibu bapa kita.

Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan di sini. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com

Sebenarnya vivix bukannya ubat tapi ........

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri junjung. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...