Penulis tak perlu akur dengan hujah kamu


Thursday, 20 July 2017

A GOOD FRIEND REMEMBERS EVERYTHING EVEN THAT HURTS


Terima kasih kepada pembaca yang memberi galakan untuk saya bercerita di sini terutama tentang moment saya bersama Maiko. Dengan galakan yang diberi oleh kawan-kawan sekelian menyebabkan niat saya untuk memberhenti menulis kesah Maiko terbantut. Dengan ini saya cuba menyambung ceritanya setakat mana yang boleh dikongsi.

Tengah hari tadi saya terkejut apabila menerima satu kotak yang dikirim oleh Maiko melalui perkhidmatan 'couriea'. Serta merta saya bukanya. Di dalamnya ada lima peket kacang berserta dengan nota pendek. Saya merasasa pelik kerana nota yang di tulis tangan dibuat dalam dua bahasa: bahas Inggeris dan sedikit dalam bahasa Jepun. 

Saya tidak faham tujuan dia menulis dalam tulisan Jepun seperti di bawah.


Tulisannya berbunyi begini: I still remember the day when we together shared a packet of kakinotone and peanuts. You liked it. In this box I attached five packets of kakinotone and peanuts, and they are for you. I hope you like them.

Setelah berjaya menterjemahkan tulisan Jepunnya melalui se orang rakan, di bawah ini maksudnya yang tersirat: I am still missing our moments. Osaka is waiting for you.

Pada waktu itu saya tidak peduli dengan nota dia kerana saya tidak sabar hendak makan peanut yang dikirimnya. 

Maiko kirim lima peket. Saya snap salah satu darinya, di bahagian depan.

Di-snap bahagian belakang

Kami pernah berkongsi makan se peket peanut. Sedap dan tidak cukup untuk kami berdua. Kami menikmatinya di waktu berehat di tepi se batang sungai di Kyoto. Sungai Arshiyama namanya. Pemandangan di sekitarnya sangat indah sebab dijaga dengan rapi. Airnya mengalir terlalu jernih sejernih hati Maiko.

Apabila peanut habis Maiko rapat menghempet saya. Saya sedikit berganjak darinya. Maiko bertanya kenapa saya beralih sedangkan biasanya saya tidak berbuat demikian.

Saya kata baju saya berbau sebab pakai baju semalam. Banyak baju saya masih berada di kedai dhobi kerana tidak sempat mengambilnya. Maiko mengeluarkan minyak wanginya lalu di-spray-nya ke leher saya. Kemudian digosok-gosok leher saya dengan tiga jarinya.

MAIKO:  I'll do this too to my husband to be.

SAYA:  Who is that unlucky guy?

Maiko pandang tepat ke mata saya, tersenyum sambil berkata, "Are you the unlucky guy?"

Saya terkedu sekejap kerana tidak faham kata-katanya. Ada seketika Maiko bertanya saya tentang jodoh. Pasangan yang macam mana jadi pilihan saya.

SAYA: I never though of that. Business makes me forget to look for one.

MAIKO:  When you say you are busy, it's not a reflection of your schedule. It's the reflection of your mind on your schedule. Those who are wise won't be busy and those who are too busy can't be wise. Tell me, are you one of them?

Bukannya mudah untuk berbicara dengan Maiko. Maiko se orang gadis sunti yang lengkap pengetahuan tentang kehidupan walau pun di usia yang masih mentah. Perlukah saya mengaku kalah dengan dia? Tidak sekali, kerana anak Melayu ini yang berasal dari kampung di Malaysia kerap mengatasi gadis matang dari negara maju ini. Saya mempunya strategi untuk kekal menang. Dia tetap berpeluh apabila terima asakan dari saya. Maiko mengaku kehebatannya tercabar.

Saya menjawab, "Maiko, perkahwinan bukan seperti membeli permainan dam ular. Apabila papannya rosak kita buang dan di ganti papan baru. Begitu juga perkahwinan bukannya seperti bermain dam ular. Jodoh bukannya ditentukan oleh buah dadu. Tentang jodoh susah untuk saya memilih kerana ramai yang saya jumpa kesemuanya setanding.

MAIKO:  Find someone who openly communicates her feeling. Someone who realizes that you are not perfect and she never expect you to be. Do put some thoughts on mixed-marriage Adam. I know you never care about her feelings. You never and don't want to care at all. Come on Adam, girls aren't puppets, they have feelings too .............

SAYA:  You are like a compass needle. Do you know what a compass needle is? It always points north and you put me at the north. 

MAIKO:  Tell me now. You are a man and answer me as a man does. If someone says that she likes you and wants always to be near you and that someone is close to you. What is your reaction?

SAYA:  Now you tell me. Who is going to say that to me? Will there be someone willing or would you?

MAIKO: Do you really want to know?

Dipegangnya lengan saya sambil menyuruh saya berdiri.

MAIKO: Do you want to know? Don't ask me again because you know that eyes speak better than words. Let's make a move. 0ur dinner is ready by now and don't make the waiters waiting ....... and please don't make her waiting too.

Kami bergerak perlahan-lahan lalu melintas jalan kerana kedai makanan Islam hanya berada di seberang jalan.

Entry sebelum ini: Entry Tanpa Cerita.


Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email: biarlembuyangjadilembu@gmail.com

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri pikul. Video dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Tuesday, 18 July 2017

ENTRY TANPA CERITA


Humaira Sofea (8 bulan at that time) with her aunties bersama Gabenur Bank Negara, Malaysia raya 2016

Gambar bawah: Humaira Sofea di laman rumah Tuan Idzahar Rasidi, her grandpa. Raya 2017



















Click the video then click watch on YouTube

Entry sebelumnya: I Never Stop Dreaming

Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan di sini. Nyatakan jenis pengiklanan yang di kehendaki di emai biarlembuyangjadilembu@gmail.com

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri pikul. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Thursday, 13 July 2017

I NEVER STOP DREAMING


Kali ini saya memperuntukkan 45 minit untuk blogging. Caranya begini. Sekarang saya sedang berbelogging. Saya buka entry terakhir saya dan mula-mula saya baca message di chat box. Ada banyak messege tetapi terdapat satu pesanan dari se seorang bernama nervenruh yang saya belum kenal lagi. Message dia menarik dan katanya, "Menarik walaupun saya tidak faham bahasa ditulis." Saya kongsikan message dia di bawah ini melalui printscreen.


Saya pergi ke blog dia mungkin ada perkara baik yang saya boleh dapat di situ. Saya baca entrynya tapi saya tak faham. Saya baca pula beberapa enry dia yang lain juga saya tidak faham. Dia tulis mungkin dalam bahasa Sepanyul, Pranchis, Italy, Belanda, Germany, Sweeden, Poland atau lain-lain bahasa di Europa. Saya tidak tinggalkan apa2 komen sebab tidak faham tulisan dia.

Sekarang saya sedang menjawab komen-komen yang ada di entry saya. Masa yang diperuntukan untuk blogging hanya tinggal 20 minit jadi saya sempat membaca beberapa email.

Di antara beberapa email terdapat satu email yang menarik perhatian untuk tindakan segera saya. lalu saya membalasnya. Saya tidak suka menangguh kerana perbuatan menangguh menyebabkan kerja-kerja terbengkalai. 

Email sebegini belum pernah saya terima dari pengirim yang saya tidak kenal dan mungkin dia pembaca senyap blog saya. Emailnya saya kongsikan di bawah ini juga melalui printscreen tetapi namnya saya hilangkan kerana untuk menjaga pravicy pengirim.

.
Saya jawab segera kerana saya tidak suka bertangguh. Penangguhan mengundang banyak kerja jadi terbengkalai. Masa saya hanya tinggal lima minit tetapi sempat saya membalasnya seperti di draft saya di bawah ini:


Mr Mohd Rosli bin Mohd Ali was away in London while I was in Osaka

Memandangkan waktu yang saya khaskan untuk blogging sudah tamat, saya biarkan draft email ini di sini dahulu dan akan saya pos bila saya kembali semula untuk berbelogging esok.

Entry sebelumnya: Ini Zaman Apa?

This video managed to dropped my tears, one or two drops.

Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan di sini. Nyatakan jenis pengiklanan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri pikul. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Tuesday, 11 July 2017

INI ZAMAN APA?



Se orang nenek berusia 70 tahun berada di dapur kerana menyediakan minumam petang untuk teman lelaki cucunya yang akan singgah di situ tidak berapa lama lagi. Cucu perempuannya sedang berhias di biliknya.

NENEK:  Liz, mari sekejap.

Cucunya datang ke dapur berjumpa neneknya.

CUCU:  Ada apa nenek?

NENEK:  Nenek dah siapkan kuih tiga jenis. Kalau tak cukup nenek buat lagi.

CUCU:  Cukuplah tu nek. Dia bukan nak makan sangat. Dia nak tengok Liz je.

NENEK:  Jangan lupa ViViX.

CUCU:  Dah makanlah tadi. Nak cantik kena makanlah.

NENEK:  Kenapa kamu pakai baju jarang. Nipis pulak. Macam jaring tangkap rama-rama je. Bra pun kamu tak pakai. Mana bra kamu?

CUCU:  Alaa nek. Ni zaman viral. Bukan zaman nenek. Zaman nenek semua bertutup.

Loceng pagar pun berbunyi. Liz belari keluar membuka pintu pagar kerana bf dia sampai. Mereka berbual di situ.

NENEK:  Liz, ajak kawan masuk. Minum bersama nenek. Nenek tunggu ni.

Mereka masuk dan terus ke meja makan. Mereka duduk berhampiran.  Neneknya keluar dari dapur menuju ke meja makan dengan membawa kuih-kuih.

Cucunya terperanjat terus menjerit.

CUCU:  Nenek, kenapa ni? Mana baju nenek? Mana bra nenek?

Nenek tersenyum sambil berkata, "Imi zaman viral."

Entry sebelum ini: Maiko Tiada Teman Untuk Pergi Bercuti (Klik)

Video nostalgia buat nenek

Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan di sini. Nyatakan jenis pengiklanan yang di kehendaki di emai biarlembuyangjadilembu@gmail.com

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri pikul. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Friday, 7 July 2017

MAIKO TIADA TEMAN UNTUK PERGI BERCUTI


"My Little Maiko" with her Samsung Galaxy tab 11.6

Tadi sewaktu saya menjawab komen dari rakan blogger, Puan Normala Saad berkaitan dengan ulasannya tentang Maiko, tiba-tiba satu pesanan ringkas muncul di telefon saya. Ianya datang dari Maiko. Hati saya berkata panjang umur dia.

Penduduk Jepun kebanyakannya berusia panjang. Mereka mengamal hidup yang sihat sehinggakan udara di sana kita terbau akan kebersihannya. Rakyat Jepun menghargai orang tua-tua. Mereka mendapat tempat di hati serta dihormati.

SMS Maiko memperlawa saya mengikut dia bercuti ke pulau Shikoku. Menetap di sebuah tempat bernama Niihama Ehime selama seminggu. Saya tidak merasa gembira disebabkan saya tidak mempunyai wang untuk tujuan itu. Sekiranya tinggal di Ehime selama se minggu sudah pasti saya ditahan untuk tinggal di Osaka pula sekurang-kurang untuk dua minggu lagi.

Terasa rugi jika tidak bersetuju kerana moment-moment bersama Maiko sentiasa memberi pengalaman baru. Ada banyak lagi moment bersama Maiko yang belum saya kongsi di blog ini.


Gambar kiriman Maiko. Katanya, "I haven't been to Ehime. I got these from Google."


Teringat saya pada satu ketika sewaktu kami menikmati makan malam tiba-tiba Maiko teringatkan bapanya yang masih berada di pejabat. Dia ingin membeli makanan untuk ayahnya. Dihulur telefonnya kepada saya sambil meminta tolong menulis sms kerana Maiko tidak sesekali menggunakan telefon di meja makan apabila bersama tetamu.

Selepas menulis saya membacakannya, "Dad, do you want to have dinner?"

Maiko:  No, Adam no. Don't send it. Write as what I say. I'm buying dinner for you dad. What do you prefer. I'll be at your place by eight.

Saya malu kerana bahasa saya tadi tidak berhemah. Maiko tahu perasaan saya lalu di letakkan tapak tangan kirinya ke atas belakang tapak tangan kanan saya kemudian digenggamnya.

Maiko:  The heart of a father is the masterpiece of my life. I respect my dad because he taught me about respect. He is the first person I respect most. The second man I respect is ......

Dia terhenti. Saya tidak bertanya kerana tiada kaitan dengan saya.

Selepas makan kami berjalan menuju ke stesen keretapi. Saya tidak bercakap. Seperti biasa di setiap lintasan zebra Maiko memegang lengan saya. Di stesen keretapi kami duduk di bangku yang memuatkan untuk dua orang dan Maiko sengaja duduk merapatkan dirinya pada saya. Itu biasa baginya.

Maiko:  Adam, how's your dad?

Saya:  He passed away quite a long time ago.

Maiko:  I'm sorry. May he rest in peace ........ Your future wife will have no father in-law. I pity her. Who's your wife to be Adam?

Saya tidak menjawab sebab sedangkan gf pun saya tidak ada, macam mana pula hendak menjawab. Di menarik dagu saya menyebabkan muka kami bertentangan. Di situ saya perasaan keayuannya. Paras rupanya seperti jelemaan se orang puteri dari Gunung Fujiyama.

Maiko:  Who is she Adam?

Maiko mengulang pertanyaannya tetapi saya tidak menjawab. "Tell me. Who would she be," Maiko bertanya lagi.

Saya Kata, "She is from Osaka."

Maiko tertawa berderai. Kelihatan gigi putihnya tersusun rapi. Ditariknya muffler saya untuk menutup ketawanya tetapi tidak berjaya kerana muffler berbelit-belit di leher saya. Dia mencari telefonnya. Telefonnya ada di poket saya.

Maiko bingkas bangun lalu berdiri di belakang saya sambil melekapkan mukanya ke tengkok saya. Saya terasa geli lalu terus bangun. Diselaknya baju 'coat' saya dari belakang dan bersembunyi di dalamnya. Dia ketawa di situ.

Orang yang berhampiran tersenyum, ada yang terasa hairan dan ada juga yang turut ketawa. Bagi mereka kelakuan begitu tidak menghairankan selagi tatasusila dan budaya tidak tercemar.

Maiko gadis yang masih suci, berfikiran matang, lebih waras dari usianya tiba-tiba kali ini dia berkelakuan tidak beza dari gadis se usianya. Itulah Maiko.


Video ini mengingatkan saya semasa berlepas pulang dari lapangan terbang Kansai, Osaka.

Blog ini memberi peluang kepada usahawan untuk beriklan. Nyatakan jenis pengiklanan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri pikul.

Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Wednesday, 5 July 2017

MAMA KAMU TERPERANJAT TENGOK BURUNG AYAH


Tersebutlah kesah se orang bapa bernama Encik ABCD yang mempunyai anak lelaki tunggal bernama Zxy yang masih menuntut di tahun enam, sekolah rendah. Encik ABCD terlalu sayangkan anaknya.

Pada cuti penggal akhir sekolah tahun lepas, anaknya bercuti dan tinggal bersama neneknya di kampung. Anaknya membawa bersama burung ayahnya kerana tiada siapa yang menjaga burung itu. Ibubapanya sebok berkerja.


Seminggu kemudiannya Encik ABCD menelifon anaknya:

Encik ABCD:  Macam mana dengan burung ayah?

Anak: Bagus ayah. Burung ayah bukan sebarangan. Burung ayah burung kakak tua dari spesis gunung karakatua.

Encik ABCD: Macam mana kamu tau?

Anak: Kat sini ada ahli burung. Dia tau semua jenis burung kakak tua. Dia boleh ajar burung kakak tua bercakap macam kita. 

Encik ABCD: Suruh dia ajar. Biar mama kamu terperanjat nanti bila tengok burung ayah.

Anak: Tapi kena bayar dua ribu ayah.

Encik ABCD pun memasukkan RM2,000 ke akaun anaknya. Anaknya belanjakan duit itu dan dalam seminggu duit itu habis. Dia telefon ayahnya.

Encik ABCD: Macam mana burung ayah?

Anak: Best ayah. Burung ayah dah bercakap macam manusia. Dah boleh sembang dengan tetamu. Burung ni nak belajar mengaji pulak ayah. Nak belajar pasal agama jugak? Kat sini ada pak lebai.

Encik ABCD: Kalau pak lebai tu ori suruh dia ajar. Elok tu. Berapa bayarannya? Nanti ayah masukkan duit.

Zxy: RM 2,000.

Ayahnya masukkan RM dua ribu ke akaun anaknya. Selepas se minggu duit tu habis. Anaknya telefon ayahnya.

Encik ABCD: Macam mana burung ayah?

Anak: Best ayah. Dia mengaji setiap malam. Best suara dia. Macam suara ayah.

Encik ABCD: Tak rugi dapat anak macam kamu. Bijaknya.

Anak: Ayah, burung tu nak belajar membaca pulak ayak. Dia nak belajar bahasa Mandrin.

Encik ABCD: Berapa bayaran?

Anak: RM 2,000.

Ayahnya memasukkan Duit RM 2,000 ke akaun anaknya. Selepas seminggu ayahnya telefon.

Encik ABCD: Tak sabar nak tengok burung ayah. Jangan lupa bawak balik.

Anak: Ayah tau tak. Setiap kali tetamu datang burung tu kata ayah suka tengok video lucah. Burung tu kata, setiap kali mama tak ada kat rumah ayah bawa balik perempuan. Betul ke ayah?

Encik ABCD: Kurang hajar punya burung. Habis rahsia aku terbongkar. Beri kat orang burung tu. Jangan bawa balik.

Anak: Tapi ayah. Duit dah banyak keluar. Sayang duit tu dibazirkan.

Encik ABCD: Keputusan ayah muktamad. Beri orang burung tu.

Ayah pun termenung se tiap hari memikirkan burung kesayangannya terpaksa diberi kepada orang lain. Dia mencari jalan supaya burung itu tidak pandai bercakap. Dia hendak burungnya menjadi bisu. Lebih bisu dari dermaga bisu. Dia sedih kerana kehilangan burung. Setiap hari dia termenung.

Terlintas di hatinya untuk menelefon anakna meminta pendapat.

Encik ABCD: Kamu dah beri orang ke burung tu?

Anak: Sudah ayah. Saya tak tipu ayah.

Encik ABCD:  Tak tipu ayah? Habis tu, kamu tipu siapa?

Anak:  Saya tipu pembaca.



Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan di sini. Nyatakan jenis pengiklanan yang di kehendaki di emai biarlembuyangjadilembu@gmail.com

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri pikul.

Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.


Monday, 3 July 2017

SIAPA TIDAK SEBOK BOLEH BACA NI.


Saya onn laptop ni semata-mata hendak membalas email Maiko yang mengucapkan selamat hari raya kepada saya. 

Pada mulanya saya malas nak ucap terima kasih sebab sepatutnya dia kirim kad raya kepada saya secara tradisional: manual melalui pejabat pos. Itu baru dinamakan persahabatan sejati lagi pun dia yang begitu minat menghidupkan benda-benda tradisional.

Memang susah nak cari gadis muda seperti Maiko yang kerap mempertahakan tradisi terutama yang berklasic. Hinggakan jam yang dihadiah kepada saya juga buatan tangan tersohor di sana yang penuh dengan sentuhan kelasik.


Dia pernah berkata dia mempertahankan perkara-perkata tradisional, katanya, "Tradition is priceless. Adam, tradition doesn't have to be logical. It has to be emphasized."

Saya kagum dengan dia. Se orang yang jauh lebih muda tambahan pula dia dari negara maju sangat berminat untuk memelihara tradisi. Berbeza dengan anak-anak muda yang lain tetapi takkan pula saya nak biarkan saya kagumkan dia saja.

Macam biasalah saya pun menjawab yang membuat dia juga kagum. Jawapan saya simple, "Maiko, listen to me. If isn't tradition that we respect, I think by now you are already on my laps." 

Seperti biasa dia senyum sambil membenamkan muka dia ke dada saya. Itu cara biasa ketika dia menutup mulutnya apabila dia ketawa.

Saya menyambung, "Every culture and race has it's own traditions. Learning about traditions kept other races reveals what they value. Traditions connect people from generation to generation."

Begitulah setiap kali dia mengeluarkan pendapat, saya menyokongnya dengan cara berhujah.

Memandangkan tadi saya teringat iaitu di Jepun sudah tentu tidak ada stationery yang menjual kad raya, hati saya menjadi lembut.

Well, I'm a person who is cool, always.

Entry sebelum ni: Kenapa Sebok Di Jadilan Alasan (Klik)

Watch this out

Blog ini memberi peluang kepada usahawan untuk beriklan. Nyatakan jenis pengiklanan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam. Sendiri komen sendiri pikul.

Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...