Thursday 9 March 2017

BIARLAH BULAN BERBICARA


Saya minat music tetapi tidak tau bermain sebarang alat muzik. Saya tidak pernah belajar muzik jadi bila saya dengar muzik dan jika muzik itu baik, saya akuinya baik. Penilaian saya terhadap muzik berdasarkan tafsiran saya yang mempunyai kosong tentang ilmu muzik.

Melodi adalah tarikan utama saya pada muzik dan lirik menjadi penyebabnya yang kedua. Sangat jarang saya tersentuh dengan lirik se sebuah lagu. Semacam saya kekurangan penghayatan pada  lirik, mungkin muzik telah saya anggap semata-mata sebagai hiburan sampingan.


Petang semalam saya memainkan se buah lagu dari Youtube. Aduh, saya tersentuh dan sangat tersentuh. Pada hal lagu asalnya berulang kali saya mendengarnya sebelum ini kerana saya kagum dengan penyanyi asalnya, Broery Marantika.

Setelah mendengar separuh lagu tersebut yang disampaikan dalam bentuk Smuel, tiba-tiba hati saya terasa sangat sahdu mendengarnya. Saya tidak semena-mena terasa pilu. Jiwa saya disentuh dengan lirik, melodi dan penyanyi. Tidak pernah berlaku begitu terutama kerana lagu. Saya tidak tahu kenapa. Kalau saya kata saya menangis, itu satu perkara bohong dan pembaca pantang dibohongi tetapi saya terasa sedikit linangan di pipi. 

Pembaca saksikan sendiri video-nya sehingga tamat, yang telah saya upload di bawah ini. Saya percaya pembaca tidak terasa seperti apa yang saya lalui kerana situasi kita berbeza se waktu menghayatinya.

Mungkin disebabkan semalam ialah hari wanita se dunia dan di waktu itu saya teringatkan dua wanita yang pernah di kagumi: se orang yang telah pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya dan se orang lagi yang terlalu jauh berada di seberang Laut China Selatan. Biarlah bulan bicara sendiri.


The reason it hurts so much because our souls are connected 



(This is our's and the stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.

Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta individu. Segala risiko akibat ulasan atau  komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengulas sendiri.




33 comments:

  1. Mungkin Adam teringatkan seseorang yang sangat dirindui.
    WP lebih minat yang dinyanyikan oleh penyanyi asal.

    ReplyDelete
  2. Penyanyi asal memang hebat wp. Saya kagum dengan Broery. Saya cerita ni sebab semalam tengok video ni. Itu yang saya upload.

    Macam mana kebun wp. Makin hebat nampak.

    ReplyDelete
  3. Merdu gabungan suara mereka. Saya juga sukakan muzik, tetapi tidak pandai menyanyi & bermain alat muzik.

    Hanya mampu menikmatinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita.
      Saya tak undi AF, sebab takut silap.

      Delete
  4. AF..saya tak tengok pon..suara masing-masing ada keunikan
    JanjiKita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengundi AF tak jujur.

      Delete
    2. Setuju mereka undi orang yang mereka suka tak kisahlah bagus atau tidak.

      Delete
  5. Doa&sedekah kan Al-Fatihah utk yg tiada
    dan juga pada yg jauh in sya allah..

    ReplyDelete
  6. Assalamualiakum Adam..

    Sedap lagunya..sedap jugak suaranya...tersentuh hati Kak Ros mendengar nyanyian korang...berbanyakkanlah Al Fatihan pada orang2 yang tersayang tak kiralah yg masih ada atau pun pada yang sudah tiada...

    ReplyDelete
  7. alfatihah untuk arwah isteri..untuk si dia yang jauh di mata tapi dekat di hati.

    ReplyDelete
  8. Ouh gitu sekali ya . Hmm yup maybe Adam teringatkan mereka kan. Apapun sedekahkan alfatihah selalu utk yg dirindui baik yg telah pergi mahupun yg masih wujud di muka bumi inj :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank u nad,
      Sedekah Alfatihah untuk yg bukan Islam, boleh ke. Yg di hujung laut china selatan tu.

      Delete
  9. irda pun xboleh sangat dengar lagu yg mengusik jiwa..pasti terusik..walaupun dalam kesibukan.kdg2 muzik juga bagaikan terapi untuk menghilangkan penatnya neuorn otak berfikir..dan.muzik kdg2 juga membuat kita hayal mengingati seseorang...hemm kadang2 kita cuba nafikan..tp percayalah bila hati tersentuh.apajua yg berkaitan pasti buat kita termangu sebentar dan minta berpusing jauh...jauh menembusi pandangan.itulah hikmahnya perasaan yg dihadirkan tuhan..jika kita tahu mengendalikannya kita akan rasa bersyukur dengan pemberian ini..tp bila kita gagal mengendalikannya.kita aka jadi hamba pada perasaan sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada orang memang mudah tersentuh irda. Tengik film pun tersentuh. Dengar sajak pun tersen t uh. Dalam pada tu pun masih ada manusia yg tak ada perasaan, kejam pada kanak2, pada bayi.

      Delete
  10. Al fatihah buat arwah.. (dia sakit ya sblm meninggal?), moga rohnya tenang di sana. Faham perasaan itu..

    Mg jodoh ke 2 dipermudahkanNya, aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al fatihah. Amin. Dia sakit lah umi, buah pinggang rosak, lambat dikesan.
      Kita yg hidup kena jaga kesihatan pulak.
      Thanks umi.

      Delete
  11. Kirimkan doa dan sedekahkan surah al-Fatihah buat arwah isteri bila hati digamit rasa rindu padanya..

    pada yang jauh di seberang laut, kirimkan khabar berita melalui mesej atau email atau telefon saja lebih mudah..

    faham bila sesekali diusik perasaan rindu pada seseorang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg dah tak ada tu, memang saya sedekah al fatihah.

      Delete
    2. Yg jauh tu no pblm.,maksud saya peralatan hubungan semua cangih sekarang.

      Delete
    3. alhamdulillah, itu saja cara yang terbaik bila rindu pada yang telah tiada..

      ya setuju, yang jauh di mata boleh dekatkan di hati dengan cara perhubungan yang lain serba canggih sekarang..

      Delete
  12. perasaan rindu tu bagus, sekurang2nya ada sebuah doa utk org2 tersayang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank u nina.
      Maaf lambat reply.
      Baru baca komen nina.

      Delete
  13. moga ade sinar di laut china selatan .InsyaAllah

    ReplyDelete
  14. mungkin jarak usia kita jauh berbeza, tapi, 10 tahun yang lepas..tiap kali saya mendengar lagu ini di dendangkan..saya akan menangis sendirian,memandang kelangit tinggi,menunduk seketika di kaki bumi..tak siapa tau betapa berbezanya keadaan kita waktu mendangar bait bait lagu tersebut. tapi percayalah...hanya yang berada di situasi tersebut akan rasakan perkara yang sama.

    ReplyDelete
  15. Hi, I am here on 18 March 2021. Walaupun saya kurang pasti akan ada yg membaca comment section post ni. Here I am, writing all my heart out. Been searching makna disebalik lagu syahdu ni sebab sejujurnya, sejak beberapa hari ni hati saya terhambat perasaan galau, marah, sedih.. Orang yang saya sanjung selama ni rupanya bukan seperti yang di sangka. Saya hampir membenci ayah sendiri akibat kesilapan yang dia buat. One day, dia main gitar seorang diri sambil menyanyikan lagu ni. Suara dia sayu sangat di pendengaran saya. Petikan gitarnya, suara nya seolah2 memaknakan setiap bait lirik dalam lagu Biarlah Bulan Berbicara. Di saat tu saya tahu, dia sendiri kesal membiarkan diri dia terperangkap bawah pengaruh dadah... Saya tak pernah tengok dia menangis tapi hari tu, mata dia merah dan suaranya sayu.. Saya tahu dia tahan sebak. Langsung hilang rasa kecewa saya pada dia. Saya tahu apa yg dia oerlukan saat ini adalah sokongan dan dorongan dari isteri dan anak2. I made a promised to myself, dalam apa keadaan sekalipun, I will stand strong behind him. He is a loving father, walaupun bertahun-tahun dia memilih jalan yang salah, tak pernah sekali pun dia bertindak agresif terhadap kami, abaikan tanggungjawab kepada kami.. Saya mohon doa dari semua yang mungkin terbaca comment saya, doakan kami sekeluarga terus tabah... Terima kasih :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...