Wednesday, 1 March 2017

BERHENTILAH DARI MEMAKI HAMUN SERTA MENILAI ORANG - HATI KITA AKAN MULA TERBUKA UNTUK KEBAIKAN


Sebaik sahaja saya sampai ke rumah dari Osaka pada Disember 22, 2016, saya cepat-cepat keluar semula untuk pergi makan malam. Perut saya memang kosong kerana hari itu saya tidak makan apa-apa melainkan se cawan kopi 0 di lapangan terpang Kansai. Setibanya di kedai makanan saya memesan nasi, kari ikan tenggiri dan air suam.

Sedang saya makan dengan cara sedikit gelojoh kerana perut kosong diserta dengan kesedapan kerana sudah lama sangat makan makanan Jepun, tiba-tiba datang se orang lelaki berusia lengkongan 60han duduk di sebelah saya. Saya dapatinya seolah-olah dalam keadaan tidak terurus. Pakaiannya lusuh, berbaju-T dan rambut tidak disikat. Saya buat-buat tidak peduli apabila dia memandang saya. Saya bersikap buruk terhadapnya. Hati tertanya-tanya kenapa dia diduk di sebelah saya.

Izzat Hazim (Taman Rusa Nara Jepun) berusia 11 tahun. My cameraboy

"Lapar nampaknya," saya terdengar dia berkata. Saya hanya menganggokkan kepala. Saya terdengar dia memesan teh tarik. Apabila tehnya sampai dia mempelawa saya minum sedangkan saya tidak pun mempelawa dia sebelumnya. "Macam nak cepat je ni." dia berkata lagi. Saya menganggok sekali lagi. Sebaik sahaja saya selesai menyuap nasi yang terakhir, saya pandang ke mukanya. Dia senyum. Saya pun berdiri untuk membayar harga makanan dan pada masa itu baru saya sedar iaitu duit saya tertinggal di rumah. Duit saya memang saya simpan di poket bahagian dalam beg galas semasa di Kansai lagi.

Saya mengelabah. Saya tak tahu nak buat apa. Nak berhutang dengan kedai itu saya malu. Macam-macam yang saya fikirkan untuk dapat membayar harga makanan saya. Akhirnya saya berkata kepada lelaki tua itu.

SAYA:  Encik, saya tertinggal duit kat rumah. (Nasib baik kad ATM bersama dgn kad pengenalan dan lesen memandu ada di dompet saya). Nak bayar makanan ni tak berduit. Saya nak pergi ke stesen minyak, sekejap. Kat situ ada mesin ATM. Saya pergi sekejap nak tekan duit, dalam 10 minit saya datang semula. Kalau tuan kedai tu cari saya, encik tolong beri tau dia yang saya ke sana tekan duit.

LELAKI TUA:  Saudara ni saya tau keletihan. Elok sadara terus balik ke rumah. Biar saya bayar makanan saudara. Baliklah.

SAYA:  Tak apa encik, saya ke sana sekejap je. Jangan lupa cakap kat tuan kedai ni kalau dia tanya  katakan saya ke sana.

Saya pun pergi ke kereta dan terus menuju ke stesen minyak. Di mesin ATM di situ tidak ada orang beratur. Selepas mengeluarkan duit, saya pergi semula ke kedai makanan tadi. Lelaki tua tadi sudah tidak ada di situ. Saya ke kaunter bayaran. Cashier tu kata kawan saya yang semeja tadi sudah bayarkan  makanan saya. Saya kata, "Kawan saya?" Cashier menganggokkan kepalanya.

Dalam perjalanan pulang, saya teringatkan lelaki tua tadi. Saya terasa malu sendiri. Tadi saya bersangka negatif terhadapnya tetapi dia lebih mulia dari jiwa saya. Saya malu kerana menilai orang lain melalui luaran. Saya rasa saya berdosa kerana bersikap tidak hormat kepada dia sedangkan dia juga manusia. Saya pelik kenapa tadi saya tidak pun mahu berkata-kata apabila dia bercakap dengan saya sedangkan saya memang sentiasa hormat manusia. Saya hanya bercakap dengannya setelah saya terdesak. Penilaian saya terhadap dia melencong jauh.

Sangat mudahnya saya menilai orang kerana beranggapan dengan menilai orang lain ianya boleh melencongkan fikiran saya dari menilai diri sendiri. Saya malu dengan cara saya melayan lelaki tua tadi. Di masa akan datang saya tidak akan menilai secara demikian berdasarkan kaum, agama, jantina, usia atau rupa kerana mereka juga seperti saya yang di jadikan oleh ALLAH. Tadi saya menganggapnya seperti sebatang pokok kerana saya hanya tahu menilai buahnya sedangkan yang perlu saya nilai ialah biji benihnya. 

Malam itu perasaan saya tidak tenteram kerana terasa malu. Setiap malam sebelum tidur saya memang berdoa dan malam itu saya tambah satu rangkap lagi di antara doa-doa saya, "Ya ALLAH, maafkan aku kerana menyebab orang tua tadi terasa hati apabila aku tidak melayan percakapan dia. Aku tahu ENGKAU maha pengasih kerana ahli maksiat pun akan di masukkan ke syurga MU sekiranya taubat dia diampuni. Aku tahu juga dengan hukuman MU, walaupun mereka terdiri dari ahli ilmu tetapi dengan riak dunia mereka, mereka akan ke neraka MU jua."

Seperti biasa di hujung doa saya tetap mohon untuk ibu dan bapa saya, "YA ALLAH, aku tidak pernah merasa penat bermohon dari MU. Kau tempatkanlah ibu dan bapaku di syurga MU. Amin."



(This site is our site and the stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta individu. Segala risiko akibat ulasan atau  komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengulas sendiri.

Semua gambar dan video dalam tulisan ini tiada kaitan dengan cerita, semata-mata hiasan.

54 comments:

  1. tapi kenapa lelaki tu berpakaian mcm tu dan tk terurus? ke dia nak test market, nk tengok persepsi org lain terhadap diri dia? pelik jg manusia ni kan sedangkan Islam sgt mementingkan kebersihan, rapi...

    bukan salah En Adam berfikiran negatif...bg saya, lelaki itu sendiri yg mengundang persepsi org ramai sebegitu..kalau dia boleh byr hrga nasi, tentu dia boleh beli pomade, beli sikat rambut..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya telah silap dalm menggunakan pesepsi. Apabila saya menyesal baru saya tahu pesepsi dah silap.

      Dalam perjalan balik, saya terfikir jugak mungkin dia baru habis kerja and his job mesti yang lasak. Mungkin dia buruh atau mandur di sebuah pembangunan. Atau dia tuan yg punya syarikat kontrak. Dari pakaiannya boleh diandaikan begitu. Pakaian nampak lusuh setelah peluh seharian kering sendiri di baju. Dia pun semata2 singgah minum. Tak lama dia berada kat kedai tu.

      Andaian ini pun di buat semasa saya berada di rumah, itu pun selepas saya rasa menyesal.

      Delete
    2. Nohas,
      Mungkin dia lelaki bersikat sehari sekali.

      Delete
  2. Mungkin dia malaikat yang menyamar.

    ReplyDelete
  3. Taklah,
    Saya tau dia manusia.

    ReplyDelete
  4. Entry kali ni make me quietly choke with tears..kita selalu nilai orang dengan first impressions..kelemahan manusia.

    Tambah dengan lagu Kasihnya Ibu..hadoii..sedih..Semoga Allah SWT Kurniakan dan Rahmati mak dan abah kita semua dapat terus masuk Syurga tanpa hisab..Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank u mamasita.
      Harap2 doa kita diterima NYA. Amin.

      Delete
  5. ya kadang2 kita salah menilai pada pandangan pertama, mana tahu satu hari nanti en.adam dipertemukan semula dengan lelaki itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aryan,
      Saya memang nak jumpa dia kalau boleh. Sekurang2nya nak bayar hutang. Trima kasih singgah sini.

      Delete
  6. Masing masing ada peranan.

    Bila kita diberi segelas air separuh penuh, apa yang kita persepsikan?

    Kekurangan itu penting untuk melengkapkan kekurangan yang ada di tempat lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap orang memang ada peranan tuan. Peranan kita sekarang untuk menyedarkan ada mahlok yg kata negara tidak akan musnah kerana rasuah.

      Delete
  7. Replies
    1. Sedih jugak. Kenapa saya macam tu.

      Delete
  8. Dia good samaritan. Selalunya orang baik jumpa orang baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malam tu teringat saya kata2 emak saya. Bersangka baik kepada semua orang

      Delete
  9. Never judge a book by it's cover.. I love this entry, adam.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. I was ashamed because of no one else. Its me and it will be remembered forever.

      I read yr last entry, chapter 25. Dah Ada yg baru ke?
      Delete

      Delete
  10. kebaikan selalunya tidak dpt dilihat dgn mata kasar..
    allah htrkan pakcik tu untuk menguji kita...
    sedekah kan al fatihah utk pakcik tu,mana tahu kan
    satu hari kita dpt bersua dgn izin allah...
    mulia sunggah hati pakcik tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya harap dapat jumpa dia. Sekurang2nya nak bayar hutang.

      Delete
  11. macam cerita yg dah saya baca pula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu kesah sebenar saya.

      Delete
    2. Thank you Nieda for reading. There are good people all around us that we dont know, I think we may sometimes get too busy to notice.

      Delete
    3. Nieda,
      Boleh beri tau tak blog mana yang kamu baca cerita serupa macam ni. Tolong beri tau, please. Saya Nak tengok samada dia copy saya punya atau tidak. Please Nieda. I need your favor.

      Delete
    4. bukan dlm blog la...dlm fb .saya baca dulu.x pasti daru siapa dah lama.

      Delete
    5. Tak apa, satu hari dia akan terperangkap.
      Entry ni asli saya punya.
      Thanks

      Delete
  12. sambunglah cerita maiko.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak berani janji nak sambung.

      Delete
  13. sambunglah cerita maiko.

    ReplyDelete
  14. Cerita maiko dah tamat kot.
    Kita tunggu bukunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada perkembangan saya beri tau

      Delete
  15. biasa tu tuan ..memang kita kdg2 akan tersalah persepsi dengan orang lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. You are rite irda. What i hv to do now is to change the way i look at things or others.

      Delete
  16. Bersangka baik dengan semua orang...jika kita tak boleh nak kata yang baik, diam dan jangan fikir yang buruk....fikir yang baik2, datang pun yang baik2..senang untuk kita nak tulis atau ungkap...tpi nak aplikasikan kepada kehidupanrealiti bukan senang....kita un manusia biasa....tapi tak salah untuk kita menjadi lebih baik kan....:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes.... kita kena bersangka baik.

      Diamkan diri ada masa elok tapi ada masa tak bagus. Sebab mendiamkan diri dalam sesuatu hal tak boleh membantu.

      Silence is good when ee have the chance to do so. I Never miss a good chance to shut up.

      Saya dah makan vivix pagi ni.

      Delete
  17. biasalah pandangan pertama kita akan mengundang pelbagai persepsi.. jika luaran nampak kurang baik, kita cepat mengandaikan yang kurang baik padanya. begitulah sebaliknya.. saya pun adakalanya berfikiran sedemikian.. nampaknya kita perlu ubah persepsi kita terhadap seseorang.. jangan menilai dari pandangan luaran sahaja..

    manalah tahu mungkin ketika itu dia tengah bekerja atau dalam tugasan yang membuatkan dia perlu berpakaian atau berpenampilan sedemikian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Tanggapan salah tu yg boleh merosakkan. Thnks.

      Delete
  18. ehh nama cameraboy tu hampir dengan nama anak saya laa..

    ReplyDelete
  19. Dunia selalu penuh dengan suprise. dont judge people by is cover. Itulah yang selalu pepatah katakan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya akan lebih surprise bila ada orang datang pinang saya. Then they say: surprissssseeeeee.

      Delete
    2. Saya akan lebih surprise bila ada orang datang pinang saya. Then they say: surprissssseeeeee.

      Delete
  20. Pernah dengar ustaz cakap, kalau kita nampak sesuatu yg membolehkan kita bersangka buruk dekat orang. Cuba carik sebab untuk kita terus bersangka baik.

    Kenapa dia tak kemas, mungkin dia jatuh kot tadi. Mungkin dia baru habis kerja kot.. Mungkin dan mungkin~

    Harap dgn cara tu, kita akan susah nak bersangka buruk dgn orang. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana, kamu betul. Saya setuju dgn kata2 ustaz tu.

      Kenapa masa tu saya tak terfikir mungkin dia baru balik kerja. Kenapa saya tak trfikir itu semua. Mungkin lapar sangat masa tu. Mungkin rindu sangat tilam kat rumah sebab dah lama ditinggalkan. Penat pun ya juga masa tu. Thanks ana.

      Delete
  21. baca entry ni, teringat kat 1 drama thailand ni. hero ni kaya tapi buta sebab accident keta. pagi2 dia selalu pi jeti beli ikan jalan kaki sebab dah hafal jln biarpun buta. 1 hari dia terjatuh dlm sungai, abis basah pakaian. jadi, nelayan kat sana pnjmkan baju.

    otw nak balik, dia terlanggar heroin yg bdiri d jambatan. memula, heroin tu marah2 sebab hero langgar dia. bila dah tau hero tu buta, terus dia minta maaf dan offer hantar pi rumah. rumah hero ni besaq yg amat. sblh rumah dia ada pondok usang. jd, heroin tu kesian sebab hero ni dahlah buta, tinggal kat pondok usang lagi...


    penat taip, nnt tngk la citer tu kalau free. sebab sy gtaw pasal drama ni, heroin tu nilai orang dengan first impressions

    ReplyDelete
  22. emailkan kat saya link drama tu.
    thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. link x tau �� maaf, sebab tngk yg dah download

      Delete
  23. betul. kadang kita memang mudah menilai orang. sedangkan kita sendiri lupa yang kita hari2 dinilai tapi itulah diri kita yang namanya manusia ni. tak terkecuali tukang komen ni jugak

    ReplyDelete
    Replies

    1. Alaaa .... saya rasa orang lain pun macam kita jugak. Menilai luaran cuma kita tak nampak mereka menilai.

      Hari tu saya menyesal.

      Thanks.

      Delete
  24. dia mahu melihat manusia dalam kehidupan..
    JanjiKita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manusia ni bermacam ragam, termasuk diri kita.

      Delete
  25. Manusia ni bermacam ragam, termasuk diri kita.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...