Penulis tak perlu akur dengan hujah kamu


Tuesday, 24 January 2017

APA NI? TAK PAHAM AKU. BELUM KAWEN DAH CEMBURU.


Sebaik sahaja saya masuk ke restoren, pelayannya yang memakai sari berwarna kuning terus membawa saya ke sebuah meja bersebelahan dengan meja sepasang suami isteri berbangsa Jepun yang pada amatan saya mereka berusia tidak kurang dari 70 tahun. Mereka tersenyum memandang saya. Senyuman mereka saya balas.

Saya memberi tahu pelayan yang saya ke situ semata-mata hendak menikmati kopi kerana sekejap lagi kawan akan membawa saya keluar.

Suami pasangan Jepun itu menyapa saya, "I know you aren't Japanese. Where are you from?" Dia berbahasa Inggeris. Baik sebutannya. Saya kata saya dari Malaysia datang bercuti. Tempoh dan tempat tinggal juga saya nyatakan. Dia berdiri, menundukkan kepala menghadap saya sambil berkata, "I'm going to the gents, excuse me for a while."

"Welcom to Osaka," kata isterinya kepada saya.

Pelayan restoren menghidangkan makanan di meja mereka. Begitu juga selepas itu kopi yang saya minta menyusul tiba. Saya menghirup sedikit demi sedikit sementara menanti rakan yang akan mengambil saya.

Restoren yang saya maksudkan itu bernama Ashoka, milik se orang berbangsa Pakistan yang terletak di sebuah kompleks (lupa nama kopleks), berhampiran dengan pusat membeli belah Yodobashi-Umeda di Osaka, se buah bandar di negara matahari terbit.

Kompleks Yodobashi-Umeda saya snap menggunakan handphone cap ayam

Sementara itu, saya perhatikan isterinya terpegun disitu. Dia tidak menyentuh walau pun sedikit makanan, lalu saya bertanya, "Why don't you take those while they are hot?"

Dia tersenyum lalu membalas, "I just wait for a while. He will come shortly. In our 50 over years together, we never placed food in our mouths without one of us around." 

Suaminya kembali dari bilik air dan duduk semula di kerusinya.

Kagum dengan kata-kata isterinya lalu saya berkata, "Oh my God, I just found an example of real love. Madam, I'm looking forward to hearing an answer and need to hear from the mature.  What is the one that keeps your love alive?”  

Dia senyum lagi. Walaupun telah berusia, senyumannya masih berseri. Belum sempat dia menjawab suaminya berkata, "I don't know about others but we have a secret to that lasting love. We always value our partners." Saya terpegun, seolah-olah dipukau oleh Hermaoine yang dicipta oleh JK Rowling untuk khayalan dunia.

Saya memandang tepat ke mata isterinya. Matanya berseri menunjukkan dia gembira, dia berkata, "We value each other. We fight to keep us together and in order for that to take place, I never failed caring for him from the first time we were together. Respecting him is my pleasure. I treat him as my castle, value him as my life and make every effort to make him mine. I don't regret doing this as I always got all of those in return."

Saya tersenyum. Senyuman yang membawa maksud satu pengertian telah terisi di hati.

Hati saya berkata, "Andainya kita menghargai pasangan, segala kebahgian akan menjejak kita di belakang menjadikan kecacatan tidak akan nampak di mata dengan itu segala kesempurnaan akan terletak dengan sendirinya di tempat yang betul."

Dalam pada itu rakan saya telah berada di pintu melambai saya. Saya memberi tahu kepada pasangan tersebut iaitu yang melambai itu adalah rakan saya, namanya Maiko. Isterinya membalas lambaian Maiko. Sementara itu suaminya mencatat sesuatu lalu memberi kepada saya. "Keep it," katanya.

Setelah melebihi 30 hari nota itu tersimpan, baru tadi saya membacanya. Ia bertulis, "She is beautiful. If you are facing in the right direction, all you have to do is keep on walking."

(Klik Cerita Sebelumnya)

(This is our site and the stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and judgment are as good as mine.)©

Love Me For A Reason

Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta individu. Segala risiko akibat ulasan atau komen yang disiarkan adalah menjadi tanggungjawab pengulas sendiri.

Semua gambar dan video dalam tulisan ini tiada kaitan dengan cerita, semata-mata hiasan.

85 comments:

  1. Terima kasih Tuan Adam, walaupun itu pengalaman saudara, pengisiannya tetap dapat dirasai bersama walaupun sekadar membaca.

    Orang Melayu kalau bukan kerana Islam, saya percaya budaya dan amalan hidup akan jauh lebih bobrok dari sekarang.

    Di Malaysia, ada, walaupun jarang kita melihat pasangan 50 tahun ke atas berpimpingan tangan.
    Jika ada pun, mungkin pada pasangan kaum cina.

    Kita biasanya akan mula rasa menghargai sesuatu apabila sudah tiada dan kehilangannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tabik tuan.

      1. Saya memang kagum dgn tuan. Saya kenal tuan melalui pembacaan. Di mana saya baca tuan sahaja yg tau. Tuan bukannya orang yang mengatakan bola itu bulat kerana mendengar orang lain kata bola itu bulat, sebaliknya tuan mengatakan ianya bulat selepas tuan melihat bola itu sendiri. Itu pandangan saya terhadap tuan.

      2. Pengamatan tuan sangat tinggi. Tuan sebut tentang kehilangan; dah hilang baru kita rasai kepentingannya. Saya tak nafikan kata2 tuan, kerana saya sendiri mengalamaninya. Pengalaman bukan setakat mengajar tapi turut menginsafkan saya.

      3. Orang Jepun perkertinya tinggi. Kalau di jalanan, ada orang tercicir barang, mereka akan kutip dan terus berlari, beri kat kita. Terjadi pada hp saya. Bukan sekali, dua kali di tempat yg berlainan. Ini sebahgian dari contoh.

      4. Mereka hormat orang tua. Orang tua2 di sana masih ada yg diberi perkerjaan. Di stesen keretapi JR, ada orang tua2 berkerja di situ walaupun membuat kerja2 ringan. Seperti lap mengelap. Begitu juga di kawasan lain. Dalam train tiada orang tua berdiri dalam kesesakan.

      Di mana nilai budi perkerti kita yg kita banggakan selama ini. Adakah dengan mencaci orang tua yang pernah berjasa, itu budaya kita?

      Delete
  2. Boleh dijadikan renungan dan panduan bersama
    Kasih sayang bukan boleh dibina dgn sekelip mata
    Kena selalu memberi dan menerima pakej seadanya utk menghargai dan dihargai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kakzakie,
      Kita ni asyik nak terima je memberi malas.
      Senyuman yg tak berbayar pun kita lokek. Kakzie selalu senyum ke? Senyum jangan tak senyum.

      Delete
  3. bgsnya pasangan tu.. bkn mudah jmpa yg memiliki sifat begitu.

    oh, dh lama bru bc nota tu ea =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ramai yg mcm tu. Apa yg penting bila rasa hormat tu timbul.. Perkara ni tak mustahil.

      Delete
    2. Nuyui,
      Mereka dah tua, tentu sayang ikatan yg dah lama terikat. Tentu mereka berpengalaman.

      Delete
    3. Sir,
      Saya rasa kita patut hormat sesiapa2 je sebagai manusia. Terutama kits hormat pandangan mereka. Sebab, pandangan berbeza.

      Delete
  4. Rahsianya telah terbongkar "we value each other".
    ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrs A,
      Memang patut tu. Terutama pasangan kita. Seperti yg kluang man kata kat ulasannya di atas: bila dah tak ada baru kita sedar kepentingan dia.

      Delete
  5. Tajiknya saspen aje Dam
    Tapi ceritanya banyak pengajaran
    We must value each other

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Tajuknya memang disuspenkan WP. Tapi ada sikit kaitan, sikit je. Sikit pun jadilah. Seperti kita menanam pokok. Kalau tak dapat makan buahnya, sekurang2nya pokok tu menyejukkan suasana.

      Delete
    2. WP,
      Ejaan silap tu biasalah.
      Saya pun kerap silap.
      Kita mengomen kat sini bukan nak ambik spm.
      Janji pembaca faham.

      Delete
  7. Sayangi pasangan kita walau apa pun yg terjadi. Sebab ia adalah anugerah terindah buat kita di dunia selain ibu dan bapa.

    ReplyDelete
  8. Hafiza,
    Betul tu. Suami kan dah berjanji depan imam untuk mrnjaga pasangan. Begitu jugak ister, kan dah bersetuju jadi pasangan hidup.

    ReplyDelete
  9. Sesuatu yang ada seri walau pun lama masih ada seri tentu ada value. Adakah value hanya terletak pada seri. Kesihan yang kusam.

    ReplyDelete
    Replies

    1. Seri and value ni ada kaitan. Bila berseri dia nampak cantik and dah tentu orang nampak ada value nya.

      Yg kusam tu sebenarnya cantik. Cuma samada dia dibiarkan kusam atau dia sendiri membiarkan dirinya kusam. Kita kerap tak nampak, kalau kusam kita kata tak menarik. Serinya bukan semua orang nampak. Begitu juga seri di mata. Orang tak tau di mata itu sda serinya. Sebab mereka tak tau body langguage. As u wrote before, eyes are the windows to the souls.

      So, hanya mata yg nampak sahaja yg kusam itu masih menarik. Kenapa orang barat suka kat arak yg lama padahal yg lama tu dah kusam, sebab mereka tau value barang lama.


      Hopefully, the above answered yours.

      Delete
    2. Andrew Hepburn said: the beauty of a woman, with passing years only grows.

      Delete
  10. soooo suwettt lahhh..

    kita ni yg cepat sgt suam2 kuku.
    anyways, u ke Japan bila?

    ReplyDelete
    Replies
    1. I went last month to japan.

      I rasa orang kita yg tua2 kat kampong ada juga macam pasangan jepun tu. Cuma they can't express like the japaness couple. I think so.

      Delete
  11. "Hargai pasangan kita"
    Bukan senang nak dapat tips dari orang lama macam ni..
    Terima kasih sudi berkongsi.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak long,
      Perkahwinan sepanjang hayat bukannya khayalan.
      It’s a choice.

      Delete
    2. Kak long, tak yah terima kasih lah pasal kongsi cerita ni. Janji kita boleh buatkan tauladan kalau ada melalui pasangan ni. Saya rasa kak long pun tak kurang hebatnya, kan, ka kak long.

      Delete
    3. Kak long, tak yah terima kasih lah pasal kongsi cerita ni. Janji kita boleh buatkan tauladan kalau ada melalui pasangan ni. Saya rasa kak long pun tak kurang hebatnya, kan, ka kak long.

      Delete
  12. Saya pernah bercuti di Jepun. Mentaliti mereka memang tinggi. Tiada penghisap rokok jalanan. Tiada yg membuang sampah merata2. Mereka berfikiran tinggi dan menggangap pembuang sampah merata rata sebagai pengotor. Oleh kerana tahap pemikiran mereka tinggi, tidak hairan pasangan tua itu boleh berfikir yang ramai dari orang kita tak dapat berfikir secara mereka. Oleh kerana fikiran matang mereka faham apa itu perkahwinan.

    ReplyDelete
  13. hajimemashite dozo yoroshiku .. hehe2

    ReplyDelete
  14. nak dihargai, dihormati dan disayangi, pertama sekali kita lah yg kena memulakan dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu sebab saya hormat husna.
      Exam dah habis ke?

      Delete
    2. eh hihihi terima kasih..

      yup! dah settle.. sekarang tinggal nak masuk intern dan buat thesis je.. huhuhu..

      Delete
    3. Senang sikit lepas ni kan.

      Delete
  15. Hargai orang dalam hidup kita tu yang penting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.
      kalau boleh hargai setiap orang

      Delete
    2. Hargai orang termasuk budi pertolongan dan kasih sayang mereka.
      thnks faeeah.

      Delete
  16. beautiful story,
    beautiful message,
    beautiful people.
    😍😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. i agree with u ainniah.
      Beautiful character makes everything beautiful.

      Delete
  17. hebat sangat cinta mereka berdua..saya malu tersipu kerana tidak berbuat begitu kepada pasangan yang sedia ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanafi,
      Mungkin belum terlewat untuk kita mengikut cara pasangan tu.
      Insyalah

      Delete
  18. Alahai sweetnya couple Jepun yang hang jumpa tu ye Dam. Patutlah serasi bersamaa hingga ke penghujung usia. Tapi bukan ke orang Jepun memang lemah lembut, sopan santun orangnya?

    Ikutlah nasihat pakcik tu Dam, Maiko dah depan mata tu, rugi kalau tak digrab terus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ainom,

      Dalam kehidupan, saya tetap mempertahankan apa yang saya
      pegang. Seperti ingin hidup solo buat kali kedua. Ini peluang
      keemasan. Bukan senang nak dapat peluang, terutama untuk kali
      ke dua. Setakat mana yg saya boleh tahan, saya akan tahan. Tapi
      kata2 ainum membuat saya hilang tahan.

      Nice comment.

      Delete
    2. *Setakat mana yg saya boleh tahan, saya akan tahan. Tapi
      kata2 ainum membuat saya mungkin, mungkin hilang tahan.

      Delete
    3. Saya setuju dgn ayat u yg last, tapi bukannya senang ainom. Kalau duri boleh diredah, ini lautan.

      Syok baca komen u. Mencabar jugak ayat terakhir u. Hahaha.

      Delete
  19. Bukan senang tu nak jadi camtu..tengok orang sekarang tahu komplen je..ini tak kena itu tak kena..ish3..haha..semoga sentiasa bersabar,berlapang dada dan menghargai pasangan masing2..barulah hidup bahagia sampai ke syurga..insyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mas,
      Kalau sana tak kena, sini tak hena, memang dia komplen. Hahaha.

      Memang betul mas, kita kena berlapang dada dan sabar. Itu pun setakat yg kita boleh sabar.

      Delete
  20. People hardly value each other nowadays and this in one of the sweetest story I've ever read.. Thanks for sharing, Adam.. xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Flavz,

      Every thing has value, including relationship. time is way too valuable to be wasted on people that can't accept who we are. I seldom compromise with values including entries written by othes. No value, no reading.

      Delete
    2. Waiting for your chapter 19.

      Delete
  21. "Andainya kita menghargai pasangan, segala kebahgian akan menjejak kita di belakang menjadikan kecacatan tidak akan nampak di mata dengan itu segala kesempurnaan akan terletak dengan sendirinya di tempat yang betul."

    Reen suka baca ayat ni dan ayat dari pasangan yang adam ceritakan..

    Kat Malaysia.. Susah nak jumpa pasangan seperti ini. Mentality orang Malaysia.. Berbeza..

    Rasulullah telah menunjukkan contoh yang baik melayani isterinya.. Tetapi, tidak semua yang ikut sunnah Rasulullah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Reen,

      Pernahkah kita terfikir sebelum kita kawin dahu hulu kerana sunah nabi saw. Atau keran rupa, kedudukan atau sex. Jadi tak hairan ada di antara kita tidak kenal sunah dlm perkahwinan.

      Perpecahan dalam rumah tangga ni berasal dari perkara remeh temeh. Melalui kesilapan. Kalau kesilapan kita tidak nak maafkan, susahlah nak sempurna dlm hubungan. Kita kena ingat, yg kita berkahwin ni disebab satu kesilapan besar yg pasangan kita buat: tersilap memilih.

      Reen, long time no see. Hopefully everything is on your right track.

      Delete
  22. Kagum dengan pasangan Jepun itu. Pesanan yang diberikan pun saya kagum. Apa lagi Encik Adam. Jika persahabatan itu mampu dikekalkan untuk satu ikatan yang lebih baik. Berusahalah untuk ke arah itu. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faarihin,

      Ramai orang mengaitkan masa sebagai faktor tidak kesempatan melakukan sesuatu. Saya tidak pernah menjadikan masa sebagai pengarah sebaliknya masa merupakan sahabat yg perlu mengikut kehendak kita. Bukannya susah untuk menulis. Tidak perlu terkial-kial mencari bahan. Untuk mudah menulis, Faarihin ceritakan apa yg nampak, apa yang dirasa dan apa yang dilalui. Tentukan ketelusan dan moral cerita ada di situ. Itu yg saya lakukan.

      Kalau dah pilih salah satu perkara di atas then put it on blog and it will become the best input. (sepatutnya saya ulas ni di entry faarihin but i failed to send).

      Berbalik kpd komen faarihin tentang tulisan saya, terima kasih kerana memberi pendapat yg saya rasa ada lojiknya. Tapi andainya u mengikuti perkembangan cerita saya sebelumnya, mengambarkan persahabatan tidak terhad kepada jantina, bangsa, usia dan kedudukan.

      Last sekali, ucapan saya for u: selamat menyambung menulis.

      Delete
    2. Faarihin, Hainum kat atas tu pun sependapat dgn you.

      Delete
  23. walaupun apa yg dilakukan oleh si isteri itu merupakan tanggungjawab tapi bila suami menghargai, perasaan isteri mesti gembira..

    kdg2 ada orang sukar menunjukkan penghargaan melalui perbuatan, pujian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila kita menghargai se seorang, kita menghargai dia dlm semua hal termasuk tanggangong jawab yg diberi, kesetian, amanah dan lain2.

      Saya setuju dgn nohas yg ada orang sukar menunjukkan penghargaan sebab tahap ego kita masih menebal.

      Thanks singgah sini.

      Delete
  24. Salam Adam...banyak benda yang boleh kita contohi berlaku didepan mata kita bila kita berada di Jepun...yang wa yak boleh lupa..bila naik train je..bila nampak kita bawa stroller dan baby..
    Otomatik diorg akan bangun bagi seat kat kita..even orang tu dah tua...respect la kat diorg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa,
      Kalau kita bercerita berkenaan dengan negara Jepun, se olah-olah kita mengagong mereka. Kita sebut aja dari segi apa: teknologi, keberisihan, perkerti, displin, dll, segala2nya mengatasi kita. Sebsbnya mereka membangunkan minda rakyatnya serentak dgn membangunkan negara. Barang saya beberapa kali tercicir di jalan, mereka kutip dan serah semula kepada saya. Satu dari contoh perkerti baik mereka.

      Delete
  25. Suakar nak jumpa blog lain macam blog ni.
    Pengomen terlalu banyak.

    kip-it-daap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kepada pengomen2.
      merekalah yang mencerahkan entry saya.

      Delete
  26. yes, betul. value each other :) sweet sangat pasangan tu even dah berumur. hmm.. ada lagi ke yg macam ni skrg? Susah nk jumpa kowt. Apapun nice sharing encek :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa pasangan begini masih ada terutama kat kampung2 kita. Bezanya mereka tak tau nak menghuraikan cara kata2 pakcik ni brrkata2.

      Delete
  27. sy prnh nmpk paci dlm umo 60-70 papah isteri p medan selera. sngt sweet, sy & kwn curi2 pandang 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seeet. Kalau di usia emas berpimpinan.
      Masaalahnya orang kita. Nampak pakcik berpimpin tangan merka anggap satu macam. Mentaliti kita masih tahap rendah,

      Delete
    2. bila yg x kawen bpegangan tngn dorg anggap sweet, yg dah lama kawen bpegangan tngn dianggap buang tabiat 😒

      Delete
  28. nice story.. jepun antara negara yg saya teringin nk pergi.. bukan sebab tempat yg lawa tapi sebab nk experience sendiri culture diorang yang sangat sopan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jepun memang ada budaya dia sendiri begitu juga dengan negara lain. Saya pecaya ada budaya jepun yg kita rasa ganjil sebab jika budaya tu berlainan dari kebanyakan negara lain kita akan merasa sedikit pelik. Begitu juga dgn orang lain memandang budaya kita.

      Mereka very polite tuan and very well mannered especially to outsiders macam kita. It's worth in my experience, the Japanese people have one of the most berbudi bahasa dan budaya menerima orang luar yg saya saksikan. Nanti tuan pha is saksi dan alaminya sendiri di sana.

      Delete
  29. hidup bpasangan kena ada memberi n menerima kekurangan n kelebihan.. saling bertolenrasi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul tu lyafrina.
      Bertolak ansur serta fahsm memahami.

      Delete
  30. seronok tengok bila pasangan yang agak berumur masih romantik antara 1 sama lain.. hidup berpasangan sebenarnya perlu banyak bertolak ansur, tidak boleh mementingkan diri sendiri, kena saling faham memahami antara keduanya baru lah bahagia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kira apa relationship pum. Mesti ada tolak ansur.
      Yang susahnya, masing2 mengeras.

      Delete
    2. Selalunya ego yang membuatkan keadaan menjadi tegang.. Masing² tidak mahu beralah, itu yang membuangkan hubungan menjadi dingin dan panas sentiasa..

      Tidak mustahil, hubungan dengan pasangan menjadi hambar..hubungan dengan rakan menjadi renggang kerana ego yang tinggi..

      Delete
    3. *Masing² tidak mahu beralah, itu yang membuatkan hubungan menjadi dingin dan panas sentiasa..

      Delete
  31. Saya cemburulah tengok old couple macam ni, yang selalu menghargai pasangan. Kalau boleh nak juga macam tu. Tapi kebiasaannya, bila orang tua sikit mula nak romantik-romantik pegang tangan, dikatanya kita dah nak buang tabiat. Hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul what you said. Kita ni bila dah tua kalau tunjuk romantik, tentu dikatakan dah buang tabiat. So, begitulah selama lamanya kita.

      Delete
    2. Jangan lupa singgah lagi.

      Delete
  32. bestnyaa da jejak jepun. inshaallah satu hari nty kite menghargai pasangan kite seperti ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah2an begitulah Nad.
      Thanks singgah.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...