Tuesday 26 December 2017

KENAPA WANITA MEMAKAI BRA DAN PANTIS?


Maaf, di atas bukannya tajuk yang hendak saya tulis. Sekiranya saya berbuat demikian sudah tentu saya dikutuk oleh pembaca, sedangkan tulisan mudah saya yang lepas berkaitan dengan bra pun menerima teguran dari se orang pembaca Fb.  

Saya tidak terkejut dengan kritikan beliau kerana beliau tidak memberi satu hujah pun. Berani saya katakan beliau tidak tau membezakan di antara maklumat dengan lucah.

Sebenarnya tidak salah sekiranya saya ingin menulis entry ini dengan tajuk "Kenapa Wanita Perlu Memakai Bra Dan Pantis" kerana ianya terisi dengan amalan berkesan untuk menjaga kesihatan dan penampilan.

Adakah ianya tidak elok untuk pembaca mengetahuinya? Perlu diingat, pembaca blog ini bukan sahaja terdiri dari orang Melayu. 

Bukan Cara memakainya

Tajuk sebenarnya yang saya tulis di entry kali ini ialah, Kenapa Kita Masih Memilih Corak Dan Potongan Yang Cantik Untuk Pantis Dan Bra Sedangkan Kedua-dua Pakaian Tersebut Tidak Dilihat Oleh Orang Lain?

Jawapan saya amat mudah. Saya tidak sepatutnya memiliki sebarang benda yang tidak berguna serta tidak menarik.

Katakan kamu sekarang sedang mencari suami. Adakah kamu berebut-rebut untuk memiliki lelaki yang hodoh pada pandangan kamu di mana kamu telah pasti yang lelaki itu se orang yang tidak memberi faedah jika dimiliki? 

Kedua-dua perkara penting ada di atas: pertama hodoh dan yang ke dua tidak memberi faedah.

Bagi saya, menghargai kecantikan adalah suatu perkara yang perlu dipertimbangkan kerana kecantikan itu se suatu yang menarik. 

Tidak perlu orang lain memberi tahu saya yang mana lebih cantik sebab kategori dan tahap kecantikan dinilai secara berbeza di antara setiap individu.

Ini adalah satu realiti. Ramai yang masih tidak tahu berkaitan dengan realiti kerana realiti terlindung di sebalik dinding persepsi.

Saya berikan satu contoh. Katakan saya mengaku girl friend saya cantik tetapi kamu lihat dia tidak secantik seperti yang saya katakan sedangkan ramai yang lain mengatakan dia lebih cantik dari yang saya lihat.

Di sini kita dapati kecantikan milik se orang wanita mempunyai tiga tahap yang dinilai oleh tiga orang yang berlainan.

Saya bersimpati kepada mereka yang berpendapat kita tidak perlu benda yang cantik sekiranya bukan untuk ditunjuk. 

Adalah lebih menasabah jika si pemakai bra dan pantis itu sendiri menentukan pilihan yang membuatkan dia suka memakainya. Jangan kita nafikan hak si pemakai.


Orang Tua Melintas Jalan

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©


OsteMatrix Suplement keluaran Shaklee

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.




Sunday 24 December 2017

PAKAI SUDAH BERTAHUN-TAHUN TAPI TAK PANDAI LAGI


Saya percaya ada wanita memakai bra yang saisnya tidak begitu tepat. Saya boleh bayangkan betapa tidak selesanya mereka memakai yang salah sais.


Comelnya

Kalau saya perempuan saya akan buat bra sendiri yang betul2 selesa dipakai. Saya buat cup-nya ngam-ngam muat untuk melindung ....... alaaa apa nama benda tu. Lupa pulak saya.

Di bahagian dalam cup-nya akan saya tampal dengan kapas agar selesa dipakai dan untuk menampakkan dada kelihatan menarik. Kapasnya tidaklah terlalu tebal supaya tidak kelihatan dada mengembang.

Apabila usia saya menjangkau ke 50-han barulah cup-nya ditebalkan dengan kapas. Saya peduli apa biar dia mengelembung.

Di bahagian bawah sekali saya buat lilitannya melekat ke dada dari kiri ke kanan. 

Masalahnya saya tidak tau menjahit. Langsung tidak tahu.

Bra bukannya seperti baju. Kalau baju longgar sedikit pun no hal. 

Memandangkan bentuk dan ukuran breast bagi setiap wanita tidak serupa amat sukar kilang bra memenuhi keselesaan setiap pemakai. Walau pun begitu memang ramai yang dapat ukuran yang betul.

Di gedung-gedung pakaian banyak terdapat bra dalam berbagai bentuk dan ukuran. Cubalah setiap satu hingga kamu dapat bra yang betul2 sesuai untuk melindung store susu kamu.

Berjalan tanpa bra bukanlah satu pilihan terbaik masa kini.
Cuci cermin kereta


(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.




Friday 22 December 2017

KAWAN SAYA TIBA-TIBA TERDENGAR BUNYI KELEKUK-KELEKUK SEBANYAK EMPAT KALI


Nur Humaira 18 months (My Little Maiko)

Semasa saya balik dari solat Jumaat (Ini cerita lama) kawan saya cerita. Cerita ni memang dah lama. Saya ingat-ingat lupa.

Semasa solat Jumaat katanya dia dengar bunyi kelekuk, kelekuk kat belakang dia. Dia terdengar bunyi kelekuk-kelekuk dua kali semasa mukmin sujud rakaat pertama. Terdengar dua kali lagi di rakaat kedua.

Selesai beri salam dia toleh ke belakang.

Dia nampak kat belakang dia ada se orang mukmin sedang berdoa. Di kepalanya ada topi keledar. Kawan saya berguling-guling ketawa. Saya tak taulah cerita dia betul ke tidak.


Jaran Goyang - sekarang kecut bagei-kan asem. (Semata-mata hiburan)

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©


Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Tuesday 19 December 2017

ENTRY DI BAWAH INI SAYA PETIK TULISAN SAYA DI FACEBOOK SENDIRI.


Teringat aku dalam penerbangan dengan Cathay Pacific Airways dari Hong ke Bangkok pada suatu hari. Ada sorang pramugari dinantara beberapa pramugari yang cantik kelihatan menarik perhatian aku, sebok melayan kerenah penumpang. 

(Pramugari memang cantik2. Kalau tak, tak kan jadi pramugari. Otak mereka pun sama cantik).

The girl of my pride, Izawatiwati Ahmad who owns a few famed boutiques

Setiap kali bila dia lalu sebelah aku, aku senyum. Dia balas senyuman aku. Banyak kalilah dia lalu sebab penerbang lama. Ada satu ketika dia lalu lagi tapi aku tak senyum. Dia pun tak senyum.

Jadi aku berpendapat, lelakilah yang patut melakukan dahulu kalau ingin memulakan dengan wanita dalam segala hal.

Setibanya aku di airport Bangkok aku ke kefetria. Aku nampak dia duduk di situ. Aku dengan selamba  duduk semeja dgn dia. Aku senyum dulu. Dia pun turut tersenyum.

Aku yang mulakan perbualan. Bahasa Inggeris dia amat baik. Last2 aku tanya dia, kenapa dia suka senyum. Jawabnya, "I want to be remembered as a girl who always smiled, the one who could always brighten your day, even if I couldn’t brighten myself."

(Saya ingin orang ingat saya sebagai gadis yang mudah beri senyuman. Gadis yang menceriakan hari kamu walaupun hati sendiri tidak boleh diceriakan.)

Aku beri tau dia betapa mulianya hati dia. Aku kata lagi, "There is nothing more beautiful than someone who goes out of her way to make life beautiful for others."

(Tidak ada perkara yang lebih indah melainkan se seorang yang membuat hari orang lain menjadi indah). Dia senyum.

Aku nampak dia tenang aja. Aku pun tanya lagi kenapa dalam penerbangan tadi dia tak sudi menegur aku. (Lepas tanya tu aku menyesal sebab aku terperasan itu satu soalan bodoh).

Dia jawab, "Talk to us! We don't bite! We love it when passengers talk to me unless i'm busy. Having a joke or a laugh is great."

(Bercakaplah dengan kami. Kami bukannya  mengigit. Kami suka penumpang bercakap dgn kami melainkan di waktu kami sebok. Jika ada jenaka dan ketawa terasa hebat).

Setibanya aku di hotel teringat aku kata-kata pramugari Cathy Airways tadi. Aku sendiri merumuskan andainya kamu tidak ingin bosan di penerbangan yang jauh my only suggestion is have a short sweet conversation maybe make them laugh to leave a lasting impression.

Nanti aku kongsikan pengalaman aku dengan Pramugari Thai Airways semasa penerbangan balik dari Bangkok ke Kuala Lumpur. Juga penerbangan aku dari Osaka ke KLIA.


(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©


Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Sunday 17 December 2017

DI MANAKAH KITA SEBELUM INI - SEMATA-MATA UNTUK RENUNGAN


Sahabat yang berada jauh di mata: Asrina Zul Hasri

Adakah kamu menyeksa keluarga kamu? 

Jawapannya sudah tentu tidak kerana setiap orang tentu sayangkan keluarga masing-masing. Sebaliknya keluarga sendiri yang mungkin merasa mendapat kurang perhatian apabila mereka dapati ibu dan bapa banyak menghabiskan masa mereka di tempat kerja.

Ramai di antara kita berbuat demikian kerana mengharapkan perkerjaan dapat menambahbaik mutu kehidupan kita.

Kita berpendapat, "Aku memerlukan lebih Ringgit Malaysia untuk menyelenggara keluarga. Aku tidak sanggup berhutang untuk menyediakan makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan serta pelajaran anak-anak setakat mana yang mereka mampu pergi."

Niat kita memang semua benar. Kita berkerja keras untuk mengumpul wang bagi tujuan di atas tetapi kita masih  tetap berhutang.  Kita berhutang dengan mereka.

Apakah hutang kita? Kita berhutang masa berharga dari mereka - the biggest debt of all - a lack of quality time with them.

Apabila nanti kita terlantar di katil pada hari-hari akhir kita, berapa banyak duit yang kita kumpul tidak kita indah lagi. Pada waktu itu kita dikelilingi oleh ahli keluarga yang kita tahu mereka hanya dapat menikmati sedikit masa bersama sebelum ini.

Pada waktu itu ingatan kita hanyalah tentang penyesalan kerana tidak pernah ingin berusaha untuk bersama-sama menggunakan masa terluang semasa kita sihat sebelum ini.



(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Friday 15 December 2017

PAPAN KENYATAAN DI HENTIAN SEBELAH LEBUHRAYA




Gambar di atas: Papan kenyataan di hentian sebelah Behrang di lebuhraya Plus dari utara ke selatan. (Disember 12, 2017)

Papan kenyataan ditulis dalam dua bahagian.

Perhatikan tulisan di bahagian pertama di perenggan yang ke enam di papan kenyataan tersebut:

"THE MANAGEMENT SHALL BE ENTITLED TO CLAIM FROM THE VEHICLE OWNER"

Adakah kita sudah tidak ada lagi perkataan Melayu yang boleh mengganti ayat Inggeris di atas?


(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Wednesday 13 December 2017

BE HAPPY FOR THIS MOMENT BECAUSE THIS MOMENT IS YOUR LIFE

Let's live fully. What do I want in my life?

I do not want to have any stress and worry in my life hopefully. I also do not want to be a tycoon and famous. I want nothing but happiness.

Well, maybe some do not agree with me as I write not to make everyone happy.

Humaira My "Little Maiko* posing for readers

Lately I end my day writing on online media. Some of my writings are silly but writing down all the beautiful things brightens my life and makes me appreciate them even more.

Whatever I write about me I will never feel satisfy because life is sometimes brutal. Writing helps me to let go of the negativities and feel grateful for the things I have.

Most of my writings are about me. My stories start from thanking Allah early in the morning just waking up from my bed.

Once I step my feet on the floor, I thank Him again and tell myself “You are lucky.” 

It is eye-opening and life-changing to see how wonderful it is to have another day to live, to feel love and to enjoy life to the fullest.

Not everyday is my perfect day but everyday is a perfect day to feel happy.

Happiness is not something that we can buy or borrow. Happiness is available right now, right where you are but you have to look for it.

What made me happy? I’ve stopped comparing myself with others. I’ve stopped trying to become a person whom I think will be happy someday. I now realize what truly matters me.

I let my heart tell me who I really am. 

I enjoy all the quality time I have with my family, I enjoy calling my friends just to hear them. I enjoy sitting quietly and listen to what my soul has to say.

Even though life is up and down, I now know all the emotions are different colors in my happy-ever-after picture. I appreciate that and I can still feel them.

I know my life is not perfect, but today is a perfect day  to feel happy.


Let It Be

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©


Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen sendiri bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Wednesday 6 December 2017

CARA PIKAT GADIS CANTIK DENGAN HANDPHONE YANG MASIH BERADA DI POKET



Di atas ialah sahabat saya se orang gadis bernama Wiena. Paras rupa Wiena tidak perlu diterangkan kerana gambar tersebut menceritakan segala-galanya: wajah yang menyebabkan gambar kelihatan  hebat. 

Di bawah juga gambarnya menghadiri jamuan di sebuah hotel. Tidak perlu dinyakan apa-apa lagi tentangnya kerana telah diketahui gambar merupakan se buah kesah tanpa kata-kata.

Wiena di majlis makan malam

Semasa saya bercuti di Singapura dua minggu lepas saya telah singgah makan tengah hari di sebuah restoren yang tempatnya, perkhidmatannya dan jenis makannya setaraf hotel yang mempunyai bintang.

Sebaik sahaja saya mengambil tempat di situ datang se orang waitress menghulur "menu card" kepada saya. Dia tersenyum cantik. Kami bertukar senyuman. Senyuman dia dengan mudah boleh meragut jantung sesiapa yang melihatnya.

Minat untuk berkenalan dengannya tiba-tiba timbul. Terasa rugi kalau saya tidak berusaha untuk  menggunakan kesempatan mengenalinya.

Apa yang ada pada saya hanyalah pengalaman dan itu sahaja yang mampu saya gunakan untuk memancingnya.

Sebaik sahaja dia menyerah "menu card" terus saya berkata, "Could you please give me a small piece of paper?" Kebetulan padanya ada pad memo kecil. Saya ambil darinya lalu saya tulis nombor telefon saya.

Selesai sahaja saya makan dia datang semula membawa bill lalu saya hulurkan kad credit untuk bayaran. Di bawah kad tersebut saya kepilkan kertas yang bertulis nombor telefon saya tadi.

Apa yang ingin saya sampaikan melalui cerita ini ialah bukannya menjadi suatu perkara yang susah untuk dapat perhatian dari se seorang di tempat yang exclusive begitu tetapi andainya kamu kurang pengetahuan ianya merupakan satu mimpi. 

Bagi yang ingin belajar cubalah buat seperti telah saya lakukan di bawah:

• Hanya beri nombor telefon sahaja. Jangan sesekali pelawa keluar melalui percakapan. Di tempat begitu semestinya ada polisi melarang staffnya bercakap lain dari perkara yang berkaitan.

• Bukannya mudah untuk perempuan baik untuk berkata yes terutama  kepada orang yang belum dia kenal.

• Miski pun dia tertarik dengan kamu tetapi dia telah dilarang untuk berkomunikasi tentang hal lain apatah lagi dia diawasi oleh  penyelia di situ.

• Jangan sesekali menulis nombor kamu di bill kerana bill itu bukan ada padanya nanti.

• Untuk menampakkan kamu menonjol dari yang lain, kamu tulislah sesuatu yang menarik seperti: "Be unique and different. U have the right to say no to this number. It's my number" di kertas tadi.

• Yang terpenting: Jangan terlalu berharap. Biarkan kertas itu  padanya dan pedulikan apa yang ingin dibuatnya. Gembiralah kerana kamu telah berusaha untuk mengejar angan-angan kamu.

Samada kamu dapat respons atau sebaliknya, itu bukan urusan kamu dan jangan risau tentang itu.

Sekiranya perwatakan kamu menarik dan percakapan kamu mantap, tidak mustahil kamu dapat panggilan darinya.

Akhir sekali pastikan RM kamu tebal.

*Banyak juga tulisan saya yg sebigini dimuat di blog ini sebelumnya.

Klik untuk tuntun 


(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©



Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen sendiri bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Wednesday 29 November 2017

PERSEDIAAN PERJALANAN SAYA DI MUSIM SEJUK DI JEPUN 2018




Gambar di atas merupakan sahabat saya Wiena, se orang anak gadis remaja yang matang serta menarik. Berkemungkinan saya akan muatkan ceritanya di masa akan datang atau dia sendiri menulisnya di sini.

Saya sekarang mula mengamalkan pengambilan dua supplement iaitu Vivix dan OsteMatrix keluaran Shaklee untuk penjagaan kesihatan walau pun Vivix merupakan supplemen untuk awet muda.

Saya akan bertolak ke Narita, kemudiannya ke Kagoshima dan akhirnya turun ke selatan hingga ke Osaka Jepun Januari depan. Oleh itu tubuh saya wajib lebih kuat serta lebih sihat dari sekarang sebab di sana pada waktu itu cuacanya amat dingin. 

Berada di sana pada masa yang lepas saya seolah-olah tidak tahan dengan cuacanya terutama di malam hari.

Dengan sebab itu saya bercadang hendak menambah satu lagi pengambilan supplement, ESP juga keluaran Shaklee supaya seolah-olah saya terasa seperti berada di negara sendiri. Untuk tujuan itu saya telah bertanya dengan pembekal produk keluaran Shaklee tentang khasiat ESP. 

ESP Shaklee Energy Supplement Power Drink

Selepas diterangkannya baru saya tahu khasiat ESP yang sebenar. Di bawah ini apa yang saya ingat setelah diterangkannya. Beberapa khasiatnya merupakan:

- memberi rasa kenyang serta menambah tenaga. 

- membantu melengkapkan nutrien dalam badan. 

- membantu jadikan kulit cantik gebu dan cerah. 

- membantu nak hilangkan masalah parut jerawat. 

- kaya dengan isoflavone yg membantu memulihkan hormon wanita. 

- berdaya mengawal selera makan. 

- menolong banyakkan susu ibu dan lebih berkhasiat. 

- bantu menguatkan rahim dan membentuk otot baby. (Untuk perempuan mengandung.)

- dan beberapa lagi yang berkemungkinan saya lupa.

Sementara saya membuat keputusan samada untuk mengambilnya atau tidak saya tetap meneruskan amalan memakan Vivix dengan OsteMatrix. Saya percaya kedua-dua supplemen ini mampu mencergaskan saya di sana kelak walau sedingin mana pun. 


Teach our kids

Blog ini mempelawa usahawan untuk beriklan. Nyatakan jenis iklan yang dikehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com

Dapatkan Vivix dan lain-lain keluaran Shaklee dari no tetera di atas

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.





Saturday 25 November 2017

DISTANCE CANNOT MATTER AS OURS IS A FRIENDSHIP OF THE HEART


Saya tidak pasti sama ada entry kali ini dapat tarikan pembaca atau sebaliknya tetapi memandangkan masih ada lagi yang ingin tahu tentang gadis menarik ini, saya tidak keberatan menyambungnya.

Sekembali saya dari Singapura pada hari Sabtu November 18, 2017, saya dapati ada se buah bungkusan yang dihantar dari Osaka. Semestinya pemberian dari Maiko.

Di dalamnya terdapat packet-peket biskut yang menjadi kegemaran saya. Ianya memang sedap. Kerap Maiko membelikan untuk saya semasa saya bercuti di sana untuk minum petang.

Sebagai balasan saya mengirim se keping cenderahati (Souvenir magnet) seperti di bawah, dibeli semasa saya bercuti di singapura dari 14 hingga 18 November 2017.

Cenderahati dari saya


Biskut kiriman Maiko

Humaira (20-bulan) bangun dari tidur terus periksa peket biskut

Seperti biasa di setiap bungkusan kirimannya tererdapat sekeping nota. Kali ini ditulisnya begini:

Adam, 

I'm excited we're about to spend our first holiday together. This has been my wish. It will be even more special this time as my dad agrees with every of my ideas.

I cannot wait to sit by your side as we did in Osaka where we shared hot cups of coffee while watching the lights twinkling far above us.

I have invited my friends to join us as asked by my dad  and let's make your trip our first reunion year.

P/s:  I still haven't washed the shirt that you lent.

Osaka tetap menunggu saya kerana tiket penerbangan dan tempat tinggal telah pun tersedia ditempah.

Gambar hiasan: Wiena Mtd se orang sahabat

Entry sebelumnya: (Klik) Sebuah Cendera Hati Dari Se orang Rakan.

My credit goes to Erina Fharina, the singer (Click to listen)

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen sendiri bertanggungjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.


Thursday 23 November 2017

SE BUAH CENDERA HATI DARI SE ORANG RAKAN ISTIMEWA


Gambar di bawah merupakan se buah beg sandang dari jenama Charles Berkeley. Buatan England, merupakan hundred percent kulit lembu. Harga sebenar bila ditanya dari sale person di Leather Avenue, terperanjat juga saya. Tidak terdaya hendak saya percayanya.

Saya bukan nak bercerita pasal beg ini. Saya hendak cerita pasal lain. 

Pagi ini saya segar bugar sebab sebelum tidur malam tadi saya ngap OsteMetrix. OsteMetrix memang banyak membantu memulihkan tenaga saya. Saya suka sebab dia jenis herba.

Gambar hiasan

Semalam saya terkilan sikit sebab saya hendak ucap selamat jalan kepada kawan saya di airport tapi sebaik sahaja saya sampai ke situ dia sudah pun checkin ke dalam balai berlepas. 

Terasa malu saya sebab semasa saya bertolak balik dari Kansai International Airport, Osaka dia bersusah payah berjumpa saya di situ.

Sewaktu dia menghantar saya, tidak kelihatan langsung dia bersedih tetapi sebagai se orang yang  berpengalaman, saya memang arif tentang perasaan dia semasa itu.

Januari depan saya akan ke Jepun. Di sana nanti saya akan minta maaf secara berdepan. 

Kami memang rapat berkawan. Tapi belum pernah pun kami sembunyikan apa2 perasaan. Kami berkomunikasi secara direct sebab kami berdua rasa selesa begitu.

Andainya saya ingin mengambil kesempatan ke atas dirinya saya bila-bila sahaja boleh sebab dia jujur and she trusts me a lot. Begitu juga dia sebaliknya. 

Kami berdua bersahabat secara bersih (decent) who believe in ourselve and respect others. Kami sama-sama amalkan kepercayaan seperti di atas sebab jika kami hilang integriti, kami akan hilang identiti diri, hilang  sensitivity dan hilang diginiti. Kami berdua sayang dan sentiasa mempertahankan moral  kami. 

Bag di bawah ini merupakan hadiah dari dia yang saya terima pada malam terakhir dinner kami di Singapura.


(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen sendiri bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

BERSANTAI DENGAN KAWAN SAMBIL MENGOKOPI DI TEPI SEBUAH KOLAM MANDI


Segala-galanya bergantung apa yang ada di minda kita. Kalau negatif yang ada ia tidak akan mudah bertukar ke positif.

Petang semalam saya duduk-duduk tepi kolam renang bersama dengan kawan saya.  Kami memilih untuk duduk di situ sebab suka dengan suasananya. Sambil tu kami minum petang dan kebetulan cafe tepi kolam. 

Kami tidak mandi. Orang lain yang ramai mandi. Perempuan paling ramai berendam di dalam kolam.  Nampaknya ramai perempuan yang pakai baju mandi jenis bikini top.

Saya kadang-kadang pura-pura tutup mata. Biasalah, ramai yang tak tau: bukan semua yg tutup mata tu tidur and not every mata yg terbuka tu jaga.

Gambar hiasan
Gambar hiasan

Pada masa itu saya berpendapat perempuan di situ tidak perlu langsung pakai baju mandi jenis bikini top sebab apa yang saya perhatikan ramai lelaki yang berada di dalam kolam itu lebih suka melihat  tempat yang tertutup di bahagian wanita di situ aja. Bahagian yang terdedah mereka tak ambil peduli langsung.

So, saya berpendapat, oleh kerana lelaki tidak akan tengok bahagian yg tidak ditutup, jadi elok buang sahaja bikini top yang mereka pakai. 

Biar dia tak bertutup. Bukankah lelaki di situ tidak suka tengok bahagian yg tak ditutup? Saya tidak kesah samada perempuan di situ badan mereka bertutup atau tidak bertutup. Saya no hal. 

Entry sebelumnya: Tidak Sempat Saya Bersahabat Dengan Se ekor Semut. (Klik)

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen sendiri bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Sunday 5 November 2017

TIDAK SEMPAT SAYA BERSAHABAT DENGAN SE EKOR SEMUT YANG TIDAK PERNAH DAPAT PENYAKIT KENCING MANIS


Sahabat saya: Asyall Enaa

Yesterday I saw sekor semut in the parit depan rumah. Parit tu cuma kurang tiga kaki lebar.  Saya keluarkan dia and suddenly the ant said something.

"Thank you for selamatkan aku from this Terusan Panama."

Saya tanya dia kenapa dia ada dalam Terusan Panama. That semut said dia terjatuh semasa menyelamatkan diri dari burung. Saya tanya lagi, "Why didn't you run away from Terusan Panama?"

Semut tu jawab,"Semut can't run. We all merangkak." Selamba sungguh dia jawab.

Saya rasa seronok pulak bercakap dengan semut. Dia boleh bertutur dalam dua bahasa. Saya ingin tau lagi cerita dia. Saya kata semut suka makan yang manis-manis kenapa semut tak dpt penyakit kencing manis.

Kata dia manusia jahat itu sebab dapat macam-macam penyakit.

Saya minta dia buktikan manusia jahat. "Manusia suka kencing kawan," katanya. Saya minta dia beri contoh yang lain.

"Manusia ingat dia malaikat. Manusia menghina manusia lain. Manusia kalau jumpa aku dia pijaknya. Kalau jumpa banyak semut macam aku dia spray dgn gas. Bila jumpa sarang aku dia bakar."

Saya beri tau semut itu yang saya ni ingin jadi se ekor semut untuk membuktikan yang tidak semua manusia jahat.

"Jangan, kalau jadi semut kamu tak boleh berguling-guling," jawabnya.

Hello readers. Demikian cerita saya bercakap dengan se ekor semut. I thank you for reading this nonsense but there are plenty of sense in nonsense sometimes. It's only if you wish to look for them.


I miss my mama

Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com

Entry saya di Facebook sebelum ini. (Klik) Nak cuti ke tak nak cuti.

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen sendiri bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.



Sunday 29 October 2017

DI ANTARA BEBERAPA INGATAN BERUMAH TANGGA YANG MASIH SEGAR DI MINDA


Madiha Johari - a daughter of a business lady

Di atas permintaan dari beberapa sahabat blogger dan yang terkini dari Mamapp, di bawah ini sedikit coretan tentang arwah isteri saya. Entry ini merupakan entry terpendek yang pernah saya tulis.

Teringat saya semasa arwah isteri saya masih ada boleh dikatakan kami jarang makan diluar kerana minat dia di dapur terlalu mendalam. Masakannya sentiasa mendapat pujian dari setiap jiran.

Makanan di setiap waktu sarapan sentiasa terhidang dan biasanya waktu hidangan hampir menepati  jadual.

Arwah isteri saya tidak suka ada perkara yang berkaitan dengan jenaka berkisar di waktu makan. Ini permintaan dia. Peraturan itu diadakan kerana dia mudah ketawa. Ketawa sambil makan kerap membuat dia tersedak. 

Ini disebabkan apabila dia ketawa, terlalu sukar untuk dia mengakhirkan ketawanya. Ada beberapa kali dia terhenti dari terus makan kerana ketawanya yang sukar dihentikan.

Begitu juga semasa menuntun tv. Dialah penuntun yang pertama ketawa dan dia juga orang yang terakhir berhenti.

Arwah isteri saya kerap menuntun film di rumah. Dia akan mengalirkan sedikit air mata apabila ada babak sedih atau ketawa berpanjangan sekiranya ada adegan yang mencuit hati dia.

Kerap dia melinangkan air mata semasa menuntun film yang dianggapnya sedih. Once I saw her crying in front of our home theatre watching a Tamil film which she didn't understand a word I believed. Without hesitation I asked her, "Why did that scene make you cry?"

She gave me a nice reply, "Because  the story isn't true."

I laughed. When she saw me laughing she too laughed. "Wasn't that sad?" she asked and continued laughing.

Being a mother and a wife was by far her greatest accomplishment. Al-fatehah.


Wany Hasrita - Menahan Rindu

Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com


(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen sendiri bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Wednesday 25 October 2017

PERHATIKAN DI PEJABAT MASING-MASING. ADAKAH BOSS KAMU SEPERTI MR BONT INI?


Ada satu ketika seluruh anggota badan bergaduh sesama mereka kerana masing-masing ingin jadi boss. Setiap anggota berhujah memberi pendapat serta alasan mengapa mereka patut menjadi boss.

Kaki kata dia sepatutnya jadi boss sebab dia yang membawa seluruh anggota badan berjalan. Kepala berkata dia yg patut jadi boss sebab anggota-anggota penting ada padanya. Perut kata dia yang sepatutnya boss kerana dia yang membekalkan tenaga.

Leher pun ingin jadi boss dengan memberi alasannya. Begitulah seterusnya dan semua anggota berhujah tanpa mendapat persetujuan.

Akhirnya satu anggota ini mula bersuara yang selama ini berdiam diri. Kita namakan anggota ini dengan nama gelaran Mr Bont.

Anggota yang lain tidak bersetuju sambil berkata, "Macama mana Mr Bont nak jadi boss. Tempat kamu di bawah, busuk. Kamu hanya jaga pintu laluan barang buangan. Hanya satu terusan yang kamu jaga. Biar lembu yang jadi lembu.

Mr Bont mula berkeras sambil berkata jika dia tidak dipilih jadi boss dia akan mogok. Mr Bont mogok selama seminggu.

Selepas seminggu semua anggota jatuh sakit. Kepala menjadi pening. Perut memulas-mulas sakit. Kaki tidak berdaya melangkah dengan betul. Dipendekkan cerita semua anggota jatuh sakit disebabkan Mr Bont mogok.

Akhirnya semua anggota melantik Mr Bont jadi boss.

Sebaik sahaja dilantik Mr Bont berkata, "Kaki, ikut arahan aku sekarang. Bawa aku ke tandas. Aku nak berak. Dah 7 hari aku tak berak. Lepas aku berak, sakit kamu semua akan pulih."

Moral cerita: Jadi boss tidak semestinya yang ada otak.


Entry ini kesah tentang boss. Kita layan lagu yang sesuai untuk boss

Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com


(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...