Saturday 26 November 2016

KERANA BINI YANG KUAT BERLETER


Cerita di bawah ini tidaklah seseram sangat walau bagaimana pun bergantung juga dengan kekentalan semangat pembaca. Ceritanya berlaku pada petang Jumaat yang lepas, begini ceritanya:

Sepasang suami isteri terpaksa memberhentikan kereta untuk berehat sementara di tepi sebuah jalan kampung yang sunyi kerana injin kereta terlalu panas. Waktu itu hampir ke waktu magrib dan kawasannya amat sepi.

Nama pasangan itu tidak perlu dinyatakan untuk tidak memalukan mereka.

Isterinya membebel dari tadi. Hampir dua puluh minit membel memarahkan suami kerana tidak pandai menyelenggara kereta dengan sempurna. 

Si suami kaki rokok tetapi sudah berhenti bukan disebabkan kerana kesihatan tetapi kerana bebelan isterinya sebelum ini (klik di sini), hanya berdiam diri sambil memerhatikan se ekor ular lidi berlengkar di rumput. Ular itu berwarna hijau hanya se besar jari telunjuknya. 

Ular itu sedang makan se kumpulan lipas. Selepas memakan ke semua lipas itu ular yang sebesar jari telunjuk tiba-tiba badannya mengembang dan membesar, sebesar ibu jari kaki lelaki dewasa.

Kemudian ular tu mematuk se ekor tikus yang berhampiran, lalu menelannya dengan sekali telanan. Ular tiba-tiba  menjadi besar dan kali ini menjadi sebesar lengan bayi. 

Angin di kawasan sekitar itu semakin kuat. Pohon-pohon bagai hendak tumbang kelihatan. Bunyi angin sangat menakutkan.

Tiba-tiba se ekor arnab selamba berjalan di depan ular. Ular ngap arnab itu dengan sekali telanan. Ular itu makin membesar, menjadi sebesar betis kanak-kanak berusia 10 tahun.

Suami semakin takut. Dia melihat jam di handphone-nya dan menjadi panik kerana pada masa itu sudah pun masuk waktu Magrib. Di hatinya berkata, "Adakah itu jadian senja-kala?" Dahinya berpeluh dan jantungnya bergerak pantas.

Tidak semena-mena lalu pula se ekor musang tua berjalan terhegeh-hegeh. Ular tidak mengambil masa yang lama dan dengan sepantas kilat membelit musang dan apabila musang tidak bermaya, ular terus menelannya perlahan-lahan dengan berselera. Ular semakin bertambah besar, menjadi sebesar betis lelaki dewasa.

Entah macam mana lalu pula se ekor biri-biri, ular menganga seluas-luas mulutnya sambil menerjah biri-biri itu. Dibelitnya terus biri-biri itu, dimakannya walaupun biri-biri itu masih bernyawa. Ular makin aktif dan makin mengembang dan makin membesar, menjadi sebesar paha lelaki dewasa.

Angin semakin kencang dan hari bertambah gelap kerana waktu sudah pun hampir melepasi senja. Hujan mulai turun berserta dengan guruh, kilat dan petir, cuma kilat tidak memancar sambung menyambung seperti dalam filem.

Pohon-pohon seolah-olah menyembah bumi. Bunyi deruan angin yang laju di celah-celah daun sangat mengerunkan. Bunyinya sungguh menyeramkan seolah-olah dimainkan oleh ahli orkestra yang hebat hingga menyebabkab bulu tengkoknya tegak berdiri.

"Adakah ini ular jadian," hatinya berbisik.

Ular yang telah membesar tadi tidak berganjak dari situ kerana dia tahu di situ tempat laluan binatang hutan balik ke penempatan masing-masing.

Ular seolah-olah belum kenyang lagi. Pergerakannya agresif kerana melawan angin kencang. Kali ini ular berpaling menghadap si suami. Didongakkan kepalanya ke atas lebih kurang setinggi tiga kaki dari paras bumi. Lidahnya dijelirkan keluar. Suami ketakutan. Kedua-dua tangannya terketar-ketar. Lengannya berpeluh dan jantungnya bergerak semakin laju.

Ular membelitkan ekornya ke sebatang pokok tembesu supaya dia tidak diterbangkan oleh angin yang kencang sambil mengangakan mulut selebar-lebarnya. Kelihatan giginya yang tajam serta berair dan bergigi-gigi seperti mata gergaji. Pokok tembesu yang teguh tadi menjadi semakin condong.

Se ekor tapir atau tenuk berlari laju hadapan ular itu untuk pulang ke sarang. Bagaimana pantasnya kilat begitu juga dengan ular. Tanpa membelitnya tapir itu terus ditelan. Badan ular semakin mengembang.

Dia teringatkan isterinya kerana dalam apa keadaan pun dia tetap mencari isterinya. Kesukaan isterinya ialah memberi bantuan.

Suami tak tau apa yang hendak dilakukannya. Dia perlu bantuan segera. Dia tidak mampu berlengah-lengah lagi. Perutnya terlalu kecut. Suami tanpa membuang masa menjerit-jerit minta pertolongan dari isterinya.

Isterinya menoleh ke suaminya, seperti biasa memandangnya dengan muka yang bengis perisis drakula kelaparan dan dengan garang serta rakus terus bertindak merampas handphone dari tangan suaminya lalu "di-off-kan-nya" handphone itu. Suami tidak berjaya menghabiskan game ular itu. TAMAT.

Wahai pembaca yang sedang tersenyum, adakah kamu se orang isteri atau se orang suami atau adakah salah se orang dari mereka itu ialah kamu?


(This site is our site and the stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.

If you believe him

Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta individu. Segala risiko akibat ulasan atau  komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengulas sendiri.

Semua gambar dan video dalam tulisan ini tiada kaitan dengan cerita, semata-mata hiasan.

119 comments:

  1. Hampeh.. Punyalah bersungguh Reen baca. Rupanya.. Gama. Pelik juga.. Eh. Kenapa ular ni tak kenyang pula. Padahal.. Setahu Reen, ular kalau dah kenyang dan makan.. Letak la ape pun, dia buat tak tahu je.

    Lepas seminggu.. Dah lapar, barulah ular akan cari makanan. Tapi.. Cerita ni pelik. Makan banyak.. Makin membesar. Rupanya, game daa..

    Ingatkan ular tu bunian ke.. Jin ke. Kui kui

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita ular ini menggerakkan Reen dari tidur. Reen ke mana dah dua hari tak nampak?

      Delete
  2. Hahaha! Suspen betul sekali ending begitu. Drama... Drama.. Drama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nany,
      Biasanya cerita saya tak banyak sikit pun tentu ada muslihat yg tersembunyi melainkan entry yg lepas tentang doa. Begitu juga tentang cerita ini, sudah tentu ada isteri yg lebih berani. Biarlah pembaca mentafsirkannya. Terima kasih singgah.

      Delete
  3. this made my day. saya terhibur :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurul,
      Thank you for taking your time reading it. But
      I like yiur entries more.

      Delete
  4. Mungkin inilah versi asal bagaimana sebuah peribahasa tercipta, "ular lidi nak telan naga"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita tadi kalau bersambung mungkin jugak dia akan telan naga.

      Ular lidi sekarang memang banyak, tak tau malu dan tak kenal dosa.

      Sebenarnya saya tahu tuan faham dengan maksud yg terselit di sebalik cerita ular ini, mungkin dgn entries saya yg lain juga. Manakan blogger sehebat tuan tidak dapat menyelam erti di sebalik kata-kata. Thank you sir.

      Delete
  5. Saya pelik kenapa ular lidi boleh makan semua tu. Biasanya ular sawa kan? Rupanya game.. patut la :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tulis saja2 untuk berhibur. terima kasih eira membaca ni.

      Delete
  6. Assalam.. yang tersirat disebalik cerita.. ok.. boleh faham.. teringat pula kes ular terbang yang diviralkan adalah game ular nokia ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam.

      Ular terbang tu saya tak tau sebab tak pernah ada game ular nokia. Apa2 game pun saya tak pernah install bimbang memory berat.

      Saya tau suka suka memang faham yg tersirat tu. Sebab saya kerap juga baca entry suka2. Thanks singgah sini dan baca.

      Delete
  7. Pada hari tu saya tak keluar rumah.
    Sambut hari jadi kucing kakak saya.
    Bermakna itu bukan saya.

    ReplyDelete
  8. Itu pun bukan saya sebab kereta saya selalu disenggara dengan baik.
    Sentiasa bersih kerana takut lipas ada dalam kereta.
    Saya takut dengan lipas.

    ReplyDelete
  9. Saya pun nak beri tau ni. Kedua-dua kereta saya tak ada cukai jalan. Lesen memandu pun mati, lama dah Matinya. Jadi ternyata itu bukan saya.

    ReplyDelete
  10. Ini mesti bukan saya sebab semasa saya off kan, suami saya sedang main game susun2 kotak :P

    ReplyDelete
  11. sabojerler tertipu juga sayani... tekun membaca...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabo-jer-ler,
      Bacaan ringan je ni untuk rehat2 kan minda hari minggu.
      Thanks, for komen.

      Delete
    2. Ramai dah kena jual dalm ni.

      Delete
  12. Suatu masa dulu semasa saya menggunakan handphone jenama Nokia, saya juga suka main game ular, semakin banyak ular lidi maya makan maka ular itu semakin membesar dan semakin panjang sehingga ular itu sukar untuk bergerak - kepala ular bertemu dengan badan ular. Game over.

    Moral of story di atas, psikologi lelaki (suami) mengalihkan perhatiannya kepada sesuatu yang lain ketika isteri sedang berleter. Pada pandangan suami dan dalam fikiran suami, semakin banyak dan semakin lama isteri berleter, isteri itu tidak ubah seperti ular lidi maya yang semakin membesar dan semakin panjang yang menerkam 'memakan' suami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maya,

      Perengan pertama tu tepat sekali ulasan maya. Tak boleh dinafikan.

      Perengan kedua saya setuju jugak tapi kalau saya pernah tengok game ular yg maya main dulu mungkin lebih 100% saya setuju.

      Terima kasih singgah.

      Delete
    2. Saya tak pernah installed game.

      Delete
    3. Moral of the story tu memang lah. Isteri membebel, suami mengalih perhatian.
      Thanks

      Delete
    4. Cik Misstree,

      Perengan pertama tu tepat sekali ulasan maya. Tak boleh dinafikan.

      Perengan kedua saya setuju jugak tapi kalau saya pernah tengok game ular yg maya main dulu mungkin lebih 100% saya setuju.

      Terima kasih singgah

      Delete
    5. Lain kali tak nak percaya cerita awak

      Delete
  13. Hahaha suspen tau baca awal-awal, last2 tergelak sendiri. Walaupun yg tersirat sy tak berapa faham sebab belum jadi isteri dan belum ada suami, belum ada skill membebel lagi. Heheheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Noor,

      Saya tak tau macam mna nak jawab ni. Sebab tadi saya asik bayangkan noor gelak sendiri. Saya dapat bayangkan wajah noor gelak. Saya dapat bayangkan bunyi suara noor gelak. Lepas tu saya pulak gelak bila dapat bayangkan noor gelak. Elok saya berhenti tulis ni di sini bimbang saya tak boleh berhenti gelak.

      Delete
    2. Hahahaha, sekarang saya bayangkan Adam gelak pulak,, terus tergelak lagi...Gelak memang berjangkit.

      Delete
    3. Mai

      Baru tadi saya ke blog mai. Saya nmpak entry, Tutorial Pasang Free Responsive Template (Part 1). Nanti saya baca. Mana2 yg saya tak faham saya watsap mai.

      Delete
  14. Mai

    Baru tadi saya ke blog mai. Saya nmpak entry, Tutorial Pasang Free Responsive Template (Part 1).

    Nanti saya baca. Mana2 yg saya tak faham saya watsap mai.

    ReplyDelete
  15. haha...cerita kali ni buat saya tersenyum
    agak ringan berbanding sebelumnya
    teruskan menulis ye ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan senyum lama2, nanti orang syak lain. Thanks sudi baca tulisan yg tak seberapa.

      Delete
  16. Saya tk pernah install game, eh..ada satu, game candy crush, pastu rasanya saya dok asyik ralit dan buang masa, baik isi masa tu dgn suatu yg lbh bermanfaat cam blogging, walaupun just entri santai, at least jadi kenangan hari tua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azimah,

      Saya tak install game sebab tak nak memory cepat penuh.

      Bercerita pasal blogging: kita hidup ni banyak yg perlu kita bina. Minda, masyarakat, peribadi, kerjaya, keluarga, negara dan persahabatan.

      Kita bina persahabatan bermula dari zaman kanak2, kemudian zaman sekolah, perkerjaan, dan seterusnya seterusnya.

      Ada yg pandai bergaul n ada yg tidak. Ada yg jadi gf ada yg tidak. Setiap kawan membawa kita kelainan. Some changed our lives and sometimes we changed them.

      Whether we have a small group of close friends or a expanded group of personalities, each of our friendships brings something new to our lives, inspiring us to see the world a totally different way, giving us a new shoulder to lean on, and a new leader to root us on.

      Now zaman blogging, why not we continue the relationship by blogging? For more relationship, maksud saya meluaskan perhubungan, we just need to know that someone out there gets us.

      Delete
  17. Replies
    1. Sekali sekali kita main game.
      Thanks singgah.

      Delete
    2. Sekali sekali kita main game.
      Thanks singgah.

      Delete
  18. mcm deep gitu ceritanya....

    begitu menghayati td, tak sangka itu cuma game ular di hp saja... rindu game ular di hp nokia 3310 dulu hehehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Norhidana,

      Saya memang tak pernah install game apa2 pun. Buat semak memory. Game ular pernah tau sebab dalam playstore terperasaan. Tapi saya buat tak tau.

      Har ni dah berlerer ke belum?

      Delete
  19. salam singgah isnin kat sini.. menarik info2 yg ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Singgahlah,
      Sekurang2nya untuk silaturahim.

      Delete
    2. beri taulah nama pasangan tu.

      Delete
  20. BERI TAU LAH NAMA PASANGAN TU.

    ReplyDelete
  21. erkkkk??
    hahaha..serius igt ular betul
    baru nk tnya..ular lidi kaler ijau ke?
    lepas tu..ehh..pelik plok mkn arnab..biri2...
    hahaha..skali game!

    saya seorg isteri..
    alhamdulillah...
    suami sy x seperti tu..hehhe..
    dan tak taksub dgn game...
    masa dalam kereta atau dirumah gunakan sepenuhnya msa utk bsembang bersama..
    atau menonton tv bersama..
    xdelah..tgn sibuk dgn HP ajer..
    hehe

    hp sy sndiri pon x pernah install game...
    xde masa la nk hadap semua tu..
    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. samb skit lg..
      sy plok bkn sejenis pembebel..
      hahaha...

      Delete
    2. LYa,
      Saya pun tak install gsme. Dalam laptop takde, dlm hp pun takde. Tak nak hp jadi slow. Sebab game ni pun guna banyak memory.

      Delete
    3. Lya,
      Bini kalau tak membebel rasa sunyi rumah tangga. Saya ni jenis kurang bercakap, jadi memang suka dpt bini membebel. Yg tu jadi muzik bagi saya.

      Delete
  22. Ingat ke betul la cerita seram tadi. Punya la khusyuk membaca. Last-last hampeh. Moral of the story orang perempuan memang suka membebel. Nasib badan la wahai kaum suami kat luar sana tu...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bini saya (dah meninggal) pun suka membebel. Tapi saya suka dia membebel. Kalau dia tak membebel saya rasa tak gembira hari tu. Ada juga yg dibebelkan tu betul.

      Delete
  23. Ingat ke betul la cerita seram tadi. Punya la khusyuk membaca. Last-last hampeh. Moral of the story orang perempuan memang suka membebel. Nasib badan la wahai kaum suami kat luar sana tu...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang pompuan yg dah jadi isteri elok juga membebel. Mesti ada yg tak betul baru dia membebel. Takkan dia nak membebel dgn tak tentu pasal. Saya ni sedah mencari yg kuat membebel.


      sebab boleh membantu suami dalam

      Delete
    2. Sebab isteri membantu suam walau pun dia dalam membebel.

      Delete
  24. hahaha adei...punya la kusyuk ku membaca rupa2 nya si suami tu sedang bermain game ular?! ni bukan takat isteri dia,org yg membaca ni pun mau naik angin..hahahah adeii..xtau nk gelak ke mara ni.. hehe =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Yaya, ada kala bagus dapat bini yg kuat membebel. Kita tengok cerita kat atas tu, sedangkan dia tau bini dia kuat membebel, kereta dia pun tak selengara dgn betul. Saya nak cari bini ni. Nak cari yg kuat membebel. Tapi belum jumpa yg boleh membebel selama 20 minit sekali bebel.

      Delete
  25. Nasib baik kita x kuat bebel...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Qhaifa,
      Mulai sekarang awk kena berlatih membebel. Bila dah jadi isteri nanti senang.

      Delete
  26. huhu gigih bc..rupanya main game..

    bebel itu mesra. snyp itu bahaya. ececehh.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nuyui,
      Saya setuju. Saya nak cari bini yg kuat bebel. Makin kuat makin bagus.

      Delete
  27. adoiii gigih tau mummy baca.. Rupanya game Ular.Cepuk mau!..hahaha :p

    ReplyDelete
  28. memang patutlah kena bebel... Bila orang beleter tak mau dengaq..hahaha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mummy,
      Kita jangan nafikan bini brbel. Ada kalanya dia betul. Kalau tak tak kan dia bebel. Pada saya bebel isteri ni hiburan.

      Delete
  29. a ah la..gigih dok baca haha.. rasanya mak mak ni kalau tak bebel cam tak lengkap hidup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isteri/ibu ni kadang2 patut berleter. Aya rasa berleter lebih elok dari berungut.

      Delete
    2. Wizza,
      Isteri/ibu ni kadang2 patut berleter. SAya rasa berleter lebih elok dari berungut

      Delete
  30. Baca cerita ni dengan seriusssnya. Rupaa-rupanya gitu ending dia. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah. Jom main main gam ular.

      Delete
  31. hahahaha gelak sy...tp nk wat cm ne pompuan ni mmg vocal creature... terima je laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya terima semua yg membebel. Itu hiburan. Nak cari bini yg membebel lepas ni. Yg betul2 kuat membebel.

      Delete
    2. Saya terima semua yg membebel. Itu hiburan. Nak cari bini yg membebel lepas ni. Yg betul2 kuat membebel.

      Delete
  32. Nyampah tau.....cerita dongeng cenggini hihi....

    ReplyDelete
  33. Suspen & interesting.
    Alhamdulillah itu bukan jenis Mrs. A

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrs A,
      Kalau u masih single, kena belajar berleter. Nanti senang nak beleter kat suami. Suami kata leteran buni ni muzik.

      Delete
    2. Kalau dah Mrs. A tu isteri lorrr...

      Delete
    3. Itu satu trik nak tau yr status. Nak tanya direct rasa takut.

      Delete
  34. mula2 tu pelik jg banyak betul haiwan ada dlm satu kawasan...hahaha..tk terfikir game ular..dah lama tak main game tu..kenangan masa sekolah dulu-dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg peliknya bibiri2 pun ada kat situ.
      Thanks sebab jengok sini.

      Delete
  35. saya mmg kuat sikit berleter. Kalau cakap biasa xguna, kalau berleter poin cepat sampai ke telinga yang mendengar hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah tu.
      Saya ibaratkan muzik bila bini berleter.

      Delete
  36. Biasalah tu.
    Saya ibaratkan muzik bila bini berleter.

    ReplyDelete
  37. siap ada ribut taufan lagi dalam game ular tu. Hahaha. Dah boleh agak dah citer ni mesti citer lawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ribut taufan, guruh, petir, kilat semua ada. Jom kita main game ular.

      Delete
  38. Punyala bersungguh kita ni duk baca .. part last skali game rupanya..patutpon bini duk berleter..suami syiok layan game rupanya..huhuhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain kali kalau saya tulis cerita betul,
      Bimbang pembaca tak pecaya.

      Delete
    2. zaman sekarang mana ada yang betul.

      Delete
  39. Baca cerita ni antara senyum dah marah.

    ReplyDelete
  40. Sambonglah dgnn game lain pulak. Game katak pun ok.

    ReplyDelete
  41. Janganlah,
    nanti pembaca marah.

    ReplyDelete
  42. Game lain tak best.
    game ular yg best,

    ReplyDelete
  43. hahaha ingatkan dia mimpi rupanya main game ular.. teringat dulu2 rajin main game ular dalam tepon Nokia.

    ReplyDelete
  44. Saya taj install game ular.
    Bimbang ular kelur masa hp dlm poket.
    Thnks singgah sini,

    ReplyDelete
  45. hahaha. game lejen niii. zaman dlu suka main ni lawan dengan mak. sekarang dah tak ada dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang pakar IT sedang fikir nak buat game apa pulak.
      Asal2 dulu gane daun terup.

      Singgah lagi lah sini.



      Delete
  46. Done follow as Rumi Juli. Salam Blogger dan Salam Perkenalan Adam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan jugak. Saya di jepun sekarang. Since 5hb des. Minggu ni i tak tulis maybe after 23rd selepas saya balik.

      Thanks sudi singgah

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...