Saturday 24 September 2016

KERANA SE BIJI BETIK SEMUA TERIKUT-IKUT PERATURAN YANG TIDAK DITETAPKAN

Di bawah ini sambungan cerita yang bertajuk SAHABAT KARIB DI SEBUAH DANAU yang ditulis pada minggu lepas. Untuk tidak membuang masa mari kita terus ke danau itu, lihat apa yang ada di situ.

SIPUT Bangun. Hari dah siang.

KATAK Awalnya kamu kemari.

SIPUT Aku lapar. Mari kita pergi sarapan ke belukar semalam. Cepat, lompat ke belakang aku.

Katak naik ke belakang siput. Siput membawanya ke belukar berhampiran.

KATAK Kenapa kamu berhenti?

SIPUT Aku nak tengok betik tu ada lagi tak.

KATAK Betik?

SIPUT Engkau tengok dahan tu. Semalam ada pemburu gantung buah betik. Dia malas nak bawak masuk hutan dia tinggalkan kat situ.

KATAK Bodohnya dia. Nanti monyet makan, padan muka dia.

SIPUT Dia gantung betik tu dengan dawai. Monyet tak boleh turun ikut dawai.

KATAK Monyet datang ke?

SIPUT:  Ada tiga ekor kera datang; bapak kera, emak kera dengan anak kera. Semua duduk di dahan mencuba ambik betik. Dari dahan, kera tak dapat ambik sebab betik digantung jaraknya jauh juga dari dahan. Kera tu pun semua turun ke tanah, duduk bawah buah betik yang tergantung. Mereka harap betik tu jatuh.

KATAK Kesiannya.

SIPUT Tiba-tiba bapak kera tu ada ilham. Dia nampak se batang pokok rotan tak berapa jauh dari buah betik tu. Dia  panjat pokok rotan. Rotan tu tak besar. Pokok rotan tu bila dipanjat dia melendut menghala ke betik. Tiba-tiba bapak kera tu jatuh, menghempap bini dengan anaknya. Bini dia ketuk-ketuk kepala laki dia.

KATAK Kenapa dia jatuh?

SIPUT Rotan tu licin sebab penuh dengan lumut. Lumutkan licin.

KATAK:  Kesian.

SIPUT: Lepas tu bini kera pulak panjat pokok rotan. Begitu juga rotan tu melendut. Emak kera pun jatuh menghempap bapak kera. Bapak kera pun ketuk-ketuk kepala emak kera tu. Dia ketuk banyak kali.

KATAK Keluarga ganas tu.

SIPUT Tiba-tiba datang se ekor bapak lotong. Lotong sejenis monyet. Bapak lotong menuju ke pokok rotan nak panjat. Bapak kera dengan emak kera tarik ekor lotong tak kasi dia panjat. Lotong tak jadi panjat. Sekarang kesemuanya duduk bawah buah betik. Pada masa itu pulak datang emak lotong. Apa lagi dia terus nak panjat pokok rotan tu. Bapak kera, emak kera dengan bapak lotong tarik ekor emak lotong, tak kasik dia panjat. Emak lotong takut nak panjat. Emak lotong pun join kera tu duduk bawah buah betik.

KATAK: Dah habis ke cerita tu?

SIPUT: Belum. Keluarga kera tu malas nak tunggu, mereka pun pergi ke kawasan lain. Masa itulah ibu lotong tanya kat bapak lotong. Kenapa ditarik semasa dia nak panjat tadi. Bapak lotong kata dia tak tau. Dia tengok kera tarik dia pun ikut tarik. Dalam pada itu datang se ekor bapak ungka (sejenis monyet).  Dia pun terus menuju ke pokok rotan. Belum sempat dia panjat pokok rotan tu, lotong laki bini tadi tarik ekor bapak ungka sekuat hati. Bapak ungka tercengang.

KATAK Hi, hi, hi.

SIPUT:  Masa tu jugak ibu ungka datang entah dari mana menuju ke pokok rotan. Belum sempat ibu ungka ke pokok rotan tu, lotong dengan bini dia berserta dgn bapak ungka tarik ekor ibu ungka. Ibu ungka menjerit-jerit sebab sakit.

KATAK Lepas ni siapa pulak datang?

SIPUT Tiba-tiba muncul keluarga kera yang mula-mula mencuba mengambil betik tadi. Rupa-rupanya bapak kera tadi memerhatikan semua perbuatan lotong dgn ungka. Bapak kera tanya kenapa main tarik-tarik ekor. Semua kata mereka tak tau. Mereka buat sebab  nampak yang lain tarik, mereka pun ikut tarik.

KATAK Jom kita pergi sarapan. Belukar dah tak jauh. (Katak masih duduk di atas belakang siput. Siput pun bergerak.)

SIPUT Cerita tu nampak macam cerita bodoh tapi ada moral.

KATAK Apa moralnya?

SIPUTMoralnya, sekarangkan semua main ikut-ikut. Nampak yang lain buat, dia ikut tapi tak tahu apa yang diikutnya. Asik main ikut. Itu sebab sekarang ramai yang jadi pak turut bukan penyokong setia. 

KATAK:  Sekarang memang ramai yang jadi pak turut. Kamu pun pak turut, masuk bertanding bukan tujuan nak menang. Aku pun tak faham. Wala tak tentu pasal. Bukan wala pasal agama, pasal dunia. Kalau dikatakan bodoh nanti marah. Kamulah yang se waktu dengannya.

(This site is our site and the stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine)

Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta individu. Segala risiko akibat ulasan atau  komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengulas sendiri.

Wednesday 14 September 2016

SIAPA YANG KENA

Picture Credit: The Telegraph

Sahabat Karib Di Sebuah Danau.

Ada yang bertanya saya apa kesudahan dengan cerita bertajuk Keheningan Yang Musnah yang saya tulis pada 0gos 15, 2016. Saya kata cerita itu tamatnya mengikut apa yang tertulis tapi kalau kebetulan saya tersua penghuni-penghuni tu saya sambunglah.

Kali ini saya tulis kesah dua sahabat yang berlainan kaum.

Pada suatu pagi juga dalam suasana yang hening di sebuah danau, terdapat dua ekor sahabat sedang leka bersembang:

SIPUT:  Elok jugak kamu tinggal sini. Aku tak ada kawan. Minggu depan aku bertanding dengan arnab, lumba lari. 

KATAK:  Kalau nak menang otot kena kuat. Engkau pikullah batu setiap kali bergerak ke mana-mana supaya otot kuat.

SIPUT:  Belakang tak rata, macam mana batu boleh lekat?

KATAK:  Susah juga ya. Apa kata setiap kali engkau ke mana-mana engkau dukung aku.

SIPUT:  Iklas ke engkau nak tolong aku cara tu?

KATAK:  Kita ni kawan. Aku ni nak gi makan. Engkau dukung aku ke belukar tu. Sana banyak nyamuk. Nyamuk tu makanan aku. Satu jam aja engkau dukung aku ke sana. Kalau aku 15 minit je melompat.

SIPUT:  All right. Thank you friend.

Photo credit: designswan.com

Katak pun naik ke belakang siput dan menghala ke belukar.

KATAK:  Kalau bukan kerana kawan aku tak nak duduk kat belakang kamu.

SIPUT:  Terima kasihlah katak. Berat jugak kamu.

KATAK:  Mudah-mudahan otot kamu kuat. Boleh kalahkan arnab.

Setibanya mereka di belukar katak pun mengutip serangga. Setelah kekenyangan katak tersidai di situ. Siput pun berehat di sebelah katak.

SIPUT:  Arnab ni banyak tipu helah, macam manusia.

KATAK:  Manusia lagi kuat menipu. Raja segala penipu. Agama pun mereka guna untuk kepentingan. Dia ingat orang tak tau.

SIPUT:  Bukan semua manusia tau dia menipu. Pengikut totok memang pecaya cakap dia. Kalau tak ikut nanti dikatakan berdosa. Tapi kalau dalam majlis agama pun menipu elok jangan pakai serban. Buat malu serban aja.

KATAK:  Memang betul apa yang engkau kata tu. Orang tak nak ikut bukan kerana ilmu agamanya. Aku hormat ilmu dia tapi aku tak nak ikut pendirian dia yang tiada kaitan dengan agama. Maksud aku pendapat dia yang tak lojik. I accept that someone has a different opinion on certain matters but when religion is wrongly used for personal gain I totally disagree with him. I don't care how big his turban is.

SIPUT:  Serupa macam akulah. 0rang boleh sumbat mulut aku but they can't stop me from having my own opnion. Who cares.

KATAK: Problem-nya, manusia totok believe everything said by the selfish penceramah.

SIPUT: Janganlah kutuk. The speakers are learned people.

KATAK:  Do you need me to prove that learned people are very capable of acting foolishly at times. They do.

SIPUT:  Biarlah dia mencari dosa, demi perjuangan perut dia. Dia dah tak tahu cara lain. Kita yang dah tahu tentang pembohongan dia jangan pulak terpengaruh. Jangan pulak engkau pandai-pandai nak maki hamun dia. Jangan pulak engkau nak kutuk dia dengan panggilan yang jijik. Siapa yang suka maki hamun, yang suka beri gelaran untuk menjatuhkan orang lain, tu kerja hasad. Maksud aku, engkau jangan ikut cara bodoh. Jangan tuduh itu dan jangan tuduh ini. Tetapkan hati kamu. Kalau hati dah tetap make no U-turn. Remember, make no U-turn.

KATAK:  Jom bawak aku balik ke danau. Aku nak berendam. Badan aku dah terasa kering ni.

SIPUT:  Lompat je belakang aku ni. (Siput pun membawa katak ke danau, katak berendam. Siput makan daun muda di tepi danau.)

Photo credit: google.com

KATAK:  Aku dulu juara pantun.

SIPUT:  Aku nak dengar.

KATAK:   
As the day turns into night,
Keep your worries out of sight,
No matter how tough the world may seem,
You deserve the sweetest dream.

SIPUT:  Eh, mana boleh dalam Inggeris.

KATAK:  Bolehlah. Kan orang sekarang campur aduk bahasa walau pun perkataan tu ada dalam bahasa kita. Contoh; kita guna perkataan informasi sedangkan Melayu dah ada perkataan tu, maklumat. 'Aku tak ada ilham' tapi orang kata, 'aku tak ada idea'. Banyak lagi yang dicedok.

SIPUT:  Habis basikal tu macam mana?

KATAK:  Itu lain, Orang Inggeris pun kata durian sebab tak ada durian di England.

SIPUT:  Kampung seberang ada pertandingan pantun. Siapa menang nanti dilantik jadi hulubalang. Engkau masuklah.

KATAK:  Kelakarnya but I'm not ready to be hulubalang. Nantilah dulu.

SIPUT:  If you wait till you are ready, you will be waiting for the rest of your life. Jom kita sambung eksesais. Sambil eksesais sambil bercerita. (Katak pun lompat ke belakang siput.) Pegang kuat-kuat katak, nanti jatuh. Aku nak pecut ni.

KATAK:  (Katak tersenyum) Sebenarnya aku ni suka kentut. Itu yang aku malas masuk bertanding. Nanti terkentut atas pentas. Kentut aku tak berbunyi tapi busuk. Malu aku kalau ada yang terbau kentut aku. Kentut aku lebih busuk daripada busuk.

SIPUT:  Penapis bau kentut ada jual. Cuba beli kat Internet. Klik ni. Ini website dia.

KATAK:  Lambatnya engkau berjalan. Cuba bawak aku ke tempat yang ada katak betina.

SIPUT:  Engkau nak cari betina pergi cari sendiri. Aku nak eksesais. Aku ni nak lawan arnab.

KATAK:  Bergerak cari betina pun eksesais juga.

SIPUT:  Betul jugak. Tadi aku tak terfikir itu. Kamu cerdik.

KATAK:  Aku ada terima mesej tapi tak tau baca jawi. Tolong bacakan. (Sambil tunjuk mesej). Kat bawah ni.

Photo credit: Biar Lembu Yang Jadi Lembu

SIPUT:  Aku mana tau baca. Aku tak sekolah.

KATAK:  Aku pun tak sekolah tapi tak bodoh. Kalau kita bodoh nanti kena tunggang.

SIPUT:  Biarlah si bodoh tu kena tunggang. Asalkan bukan aku kena tunggang. Katak, katak....., tengok tu, itu ada se ekor betina.

KATAK:  Malaslah. I'm not in the mood.

SIPUT:  The eyes are useless when the mind is blind.

KATAK:  Takkan dia berkenan kat aku sedangkan dia nampak aku mencangkong atas belakang kamu. Nanti dia kata aku bodoh.

SIPUT:  Dia tak akan kata engkau bodoh walau pun engkau sikit bodoh. Dia tetap pecaya manusia lebih bodoh dari engkau. Aku dah pikul kamu lebih empat jam. Marilah kita balik. Kita belum lunch lagi.

KATAK: I followwww.

SIPUT:  Ada ke orang nak baca cerita kita ni. Cerita Sahabat Karib Di Sebuah Danau. Cerita ni santai je. What will be the end of this story? Will it be okay?

KATAK:  This story hasn't ended yet. It will be continued. The ending part of our story should be okay. If it's not ok, it's not the end.


(This site is our site and the stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)

Playing For Change, a project to inspire and bring peace to the world

Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta individu. Segala risiko akibat ulasan atau  komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengulas sendiri.

Semua gambar dan video dalam tulisan ini tiada kaitan dengan cerita, semata-mata hiasan

Tuesday 6 September 2016

SEDANGKAN PEMINTA SEDEKAH LAGIKAN MENGEMIS


Gambar hiasan

Suatu masa dulu setiap kali hari minggu isteri dan saya kerap keluar bersarapan pagi di sebuah kedai milik se orang lelaki berbangsa Hailam. Terlalu kerap ke situ sehinggakan perkerjanya jadi mesera dengan kami. Belum sempat duduk, minuman kami telah sampai di meja.

Tehnya sedap. Bukan kerana pembacuhnya pandai menyediakan minuman tetapi dia bijak mengadunkan minuman mengikut selera pelanggan. Katanya selera saya setanding dengan seleranya. Roti bakarnya pun sedap kerana semua rotinya diuli sendiri, bukan dibekal dari kilang.

Setiap hari terdapat se orang pengemis berusia lingkungan 60 tahun duduk berhampiran pintu kedai tersebut.

Kerap kali apabila saya lalu di hadapannya saya tetap tersenyum sambil menghulurkan satu atau dua keping duit syilling dan sekiranya saya tidak mempunyai syilling pada waktu itu saya hanya memberi satu senyuman. Dia tetap membalas. Di waktu itu kami berdua mengutip pahala melalui senyuman kerana senyuman juga sedekah.

Di zaman itu boleh dikatakan setiap orang rela memberi sedekah secara iklas tanpa was-was sebab 'syndicate' pengemis belum ujud. Tidak seperti sekarang kita bersedekah dengan penuh keraguan.

Biar miskin wang ringgit jangan miskin hati.

Telah diketahui di Amerika Syarikat beberapa stesyen tv telah  dapat membongkar pengemis-pengmis yang menjadi kaya melalui kegiatan meminta sedekah. Begitu juga di negara Arab terdapat pengemis yang berjaya mengutip sebanyak RM 280,000 sebulan (KLIK). Di Rial, Arab Saudi Pengemis berhasil mendapat US 252 juta setiap tahun. Dahsyatnya pengemis sekarang. (KLIK)

Berbalik kepada cerita pengemis tadi, kebetulan pada suatu pagi saya berkesempatan minum se meja dengan dia. Saya duduk di kirinya sambil perhatikan dia. Rambut dia disisir rapi. Pakaian serta kasutnya bersih dan badannya tidak berbau. Tali kasutnya diikat kemas dan baju yang dipakainya kelihatan berjenama.

Sekiranya dia tidak menadah tangan di kaki lima pasti kita tidak menyangka dia se orang pengemis. Niat saya untuk bersedekah kepadanya mula pudar.

Dia pendiam dan bersopan. Saya gunakan kesempatan berbual dengannya. Perbualan saya tidak menyentuh peribadinya kerana saya tau walaupun dia pengemis dia juga ada perasaan seperti saya.

SAYA:  Saya suka minum di sini, bersih, sedap.

DIA:  Itu sebab saya meminta sedekah di sini sebab orang di sini tahu tentang kebersihan dan pandai menilai duit. Duit keluar setimpal dengan belian.

SAYA:  Di sini tidak berapa ramai orang tapi kalau di hujung jalan sana, di sebelah panggung ramai orang.

DIA:   Saya tidak perlu tunggu di tempat sebok begitu sekiranya lebih banyak mata yang lebih suka mengelak dari memandang pengemis. Alhamdulillah, di sini rezeki saya sudah cukup untuk sarapan setiap hari dan dapat simpan sikit untuk kecemasan. 

SAYA:   Pakaian pun kena beli. Tempat tinggal pun kena bayar. Cukup ke kutipan harian di sini?

DIA:   Pakaian saya banyak. Ramai orang beri. Saya tinggal di 'garage' (stor menyimpan kereta) di sebuah banglo. Ada tokey suruh saya tinggal di situ, di belakang rumahnya.

SAYA:   Siapa yang beri pakaian?

DIA:  Kawan-kawan tokey. Saya mengemis dengan memakai pakaian cantik. Pakaian yang orang beri. Tidak perlu saya mengoyakkan baju untuk berlagak miskin sedangkan pada hakikatnya saya memang miskin. Saya mengemis untuk dapat nafkah secara halal. Mengoyakkan baju untuk nampak miskin bermakna menipu. Allah kata menipu itu berdosa.

SAYA:   (Niat saya untuk bersedekah terbuka semula. I have to be kind because I never know someone's real story.)

Kena jaga syilling, yang kertas taulah menjaga diri. Gambar hiasan

DIA:   Tuan beruntung. Orang lain pun beruntung tidak mengemis macam saya. Mengemis ni hina tuan.

SAYA:    Siapa kata orang lain tidak mengemis. Ada yang jadi gila kerana mengemis.

DIA:    Saya tidak faham tuan. 

SAYA:   Sekarang sudah ramai yang mengemis. Mengemis cinta. Bukankah mengemis cinta itu kerja bodoh. Pun sudah ada yg membunuh diri bila cinta tak dibalas. Bodoh bukan?

DIA:  (terdiam)

SAYA:  Kita sekarang  kena tukar minda. Orang Inggeris kata "change the mindset". Kita tidak akan ke mana sekiranya attitude kita statik. Kita tidak akan maju sebab kita dikongkong oleh kehodohan minda sendiri.

DIA:   Tapi tuan, pengemis tak perlu menukar minda.

SAYA:   Siapa kata tidak perlu? Tadi abang kata abang malu menjadi pengemis. Saya kata tadi orang lain pun ada yang mengemis. Sebenarnya ramai lagi pengemis selain dari pengemis cinta dan peminta sedekah macam abang ni. Abang tau tak, ramai orang yang berkedudukan terutama sekali dalam persatuan, dalam pertubuhan. Mereka ini mengemis. Mereka mengemis undi. Orang yang sombong juga mengemis. Mereka mengemis sokongan.

DIA:    (tunduk, mungkin memikirkan kata-kata saya)

SAYA:   Ada yang bergaduh sesama mereka semasa mengemis undi. Ada yang sanggup memburukkan antara satu sama lain. Mereka tidak ikhlas semasa mengemis undi. Mungkin ada fitnah memfitnah sesama mereka. Yang memakai serban pun tidak dapat mengambarkan keluhuran hati. Tapi abang semasa mengemis tidak bergaduh dengan orang dan abang tidak memfitnah pengemis lain. 

DIA:   Itu hal dunia tuan.

SAYA:  Memang itu semua hal dunia. Kita semua ni sebenarnya pengemis cuma beza cara mengemis. Percayalah, sampai masanya kita semua menyesal dengan kesombongan kita. Kita menyesal dengan kemegahan kita. Akan sampai masanya kita akan melutut kepada Dia kerana dosa kita.

DIA:   Jadi pengemis ni hati kita kena baik tuan. Orang hulur saya berterima kasih. Orang tak beri saya diam. Saya tidak marah kepada orang yang lokek. Saya tidak kata orang lokek itu kedekut dan tak kata orang kedekut itu bakhil. Jauh sekali dari menghina sesama pengemis. Berdosa tuan.

SAYA:   Dosa kita kepada Allah boleh diampunkan Nya. Inn-sya-Allah. Bertaubat sebenarnya lebih baik. Dosa kita kepada manusia hanya manusia itu yang boleh mengampun. Itu pun kalau kita memohon maaf. Itu pun belum tentu dia ingin mengampunkan kita.

DIA:   Manusia lain mana ada dosa sesama manusia. Bukanya  manusia hari-hari mencuri, menipu.

SAYA:  Dosa bukan sahaja kita dapat melalui menipu. Memfitnah pun berdosa. Menghina pun berdosa. Mengupat lagi besar dosanya. Mengapa kita suka menghina manusia lain yang kita anggap kononnya mereka bukan setaraf kita. Pada hal kelebihan kita hanya sekumit. Itu pun kita sudah menyombong. Kita menyombong dengan rakan, dengan masyarakat dan juga ada yang menyombong dengan adik beradik serta saudara terdekat. Itu yang saya maksudkan dosa sesama manusia.


Ada ke yg pemurah begini. Gambar hiasan.

DIA:   Saya tau tuan tidak sombong.

SAYA:  Saya tidak sombong terutama kepada abang. Allah menentukan rezeki melalui usaha se seorang. Siapa tahu mungkin esok lusa abang kena loteri. Abang jadi orang kaya. Hati abang terbuka untuk membeli loteri, mungkin esok. Saya bukan menggalakkan abang main loteri cuma itu satu contoh yg saya terfikir waktu ini. Contoh lain belum timbul di minda. Itu satu contoh yang buruk. Abang jangan lakukan. 

DIA:   Saya tak ada duit naik main loteri tuan.

SAYA:  Saya kata itu hanya contoh. Loteri bukannya halal. Lebih elok mengemis dari berjudi sekiranya semua usaha lain abang gagal. Satu masa nanti kita juga akan mengemis tapi bukan cara abang mengemis. Kita mengemis pertolongan dari Nya, kita mengemis kasih sayang Dia untuk menggugurkan dosa kita. Kita mengharap Dia akan menerima permohonan kita. Di situ kita mengemis lebih teruk dari cara abang mengemis. Kita mengemis keampunan Nya. Mengemis maksud saya bukan melalui perbuatan seperti yang abang lakukan  dengan membawa tempurung tetapi jiwa kita akan rasa kecewa, jiwa kita lebih miskin dari jiwa pengemis. Kita akan rasa lebih hina dari pengemis jalanan ketika kita memohon keampunan dari Nya tentang perbuatan keji kita.

DIA:   (dia tunduk dan diam begitu lama.) Hidup saya telah gagal tuan.

SAYA:  Kegagalan hanya sementara tetapi ia akan berterusan andainya kita menyerah kalah. (dia masih tunduk dan mendiamkan diri) There’s a beggar in me and there’s a beggar in you and in the end we are all beggars at ALLAH's door of keampunan.
(This site is our site and the stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)

Below are the writer's friends who are hard to find as they are honest and supportive:










Terngok lah kalau belum tengok

Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta individu. Segala risiko akibat ulasan atau  komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengulas sendiri.



Semua gambar dan video dalam tulisan ini tiada kaitan dengan cerita, semata-mata hiasan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...