Friday 15 July 2016

ORANG BIJAK TIDAK MENGANGGAP ORANG LAIN B0D0H SEHINGGA DIA BERHENTI BERFIKIR.



Saya ada ramai kawan. Semua kawan saya dikira ok dengan saya tapi ada se orang ni memang rapat. Dia berhati mulia, lurus dan jujur. Ini bermakna dia se orang yang budiman. Malangnya dia tidak ada kawan seramai yang saya ada. Kawan-kawannya suka mempermainkan dia kerana dia terlalu lurus.

Dia tinggal di sebuah rumah terletak di hujung kampung. Tidak mempunyai perkerjaan tetap tetapi rajin berkerja mengambil upah untuk menyara se orang isteri dan se orang anak walau pun mempunyai se bidang tanah pertanian. Makan minum keluarga tidak pernah diabaikan.

Baru-baru ni kami bersiar-siar di tepi tebing se buah sungai di penghujung kampung menikmati udara segar sambil sama-sama melapangkan fikiran. Saya mulakan perbualan:

Saya: Macam mana raya tahun ni?

PAK PANDIR: Biasalah. Adalah dua orang datang beraya. Emak mertua dengan bapak mertua.

Saya: Yang lain sebok kot. Lagi pun rumah engkau dahlah terpencil, jauh pulak. Engkau kan ramai girl friend. Ada tak yang datang?

PAK PANDIR: Dia orang memang girl friend aku tapi aku dianggap bukan boy friend dia orang.

Saya: Engkau ni senang sangat dapat girl friend, cuba ajar aku. Cuba ajar macam mana cara mudah nak dapat nombor telefon.

PAK PANDIR: Itu pun engkau nak belajar. Senang sangat tu. Kalau aku ajar dalam masa tiga minit engkau boleh mahir. Yang nak aku ajar ni bukan majik tapi hasilnya lebih hebat dari majik.

Saya: Macam mana?

PAK PANDIR: Begini. Katakan yang engkau ni di dalam satu majlis. Engkau tertarik dengan se seorang. Mula-mula engkau perhatikan dia. Bila dia pandang engkau, engkau cepat-cepat renung mata dia. Engkau jangan berkelip. Tenung dalam-dalam.



Saya: Lepas tu kalau dia pandang ke lain macam mana?

PAK PANDIR: Engkau pandanglah ke lain jugak. Bila engkau perasan dia pandang engkau, cepat-cepatlah renung dia semula. Pandang terus ke mata dia. Buat macam tadi.

Saya: Takkan renung je. Engkau ni ajar benda yang yang tak lojik.

PAK PANDIR: Maksud aku, engkau maintain eye contact, sebagai ketetapan atau keperluan. Orang putih kata "prerequisite". Di situ dia akan faham yang engkau tertarik kat dia. Jangan tunduk. Kalau tunduk bermakna engkau mengalah. Dia nanti kata engkau lemau. Lemau tu menunjukkan jantan lemah. 

Saya: Lojik jugak ni.

PAK PANDIR: Jangan lupa senyum. Senyuman tu seolah-olah menghantar mesej, "l like you." Bila engkau merenung dia, masa tu jugak engkau paksa diri kamu senyum. Pada dia senyuman itu bererti, "Saya sukakan awak. Saya ingin tau pasal awak."

Saya: Menarik jugak ni. Dah boleh ke pergi kat dia?

PAK PANDIR: Jangan. Tunggu respons.

Saya: Apa respons dia?

PAK PANDIR: Tunggu dia senyum. Bila dia senyum  bermakna dia menyahut mesej kamu. Sessi suai kenal dah boleh dimulakan.

Saya: Macam mana nak mulakan?

PAK PANDIR: Aduh. Lemaunya engkau ni. Pergilah kenalkan diri engkau. Mula-mula beri tau nama engkau. Ingat, beri tau nama kamu aja. Jangan sebut bin atau nama bapa.

Saya: Kalau dia tanya nama bapa macam mana?

PAK PANDIR: Dia tak tanyalah. Kalau dia tanya engkau beri taulah. Ada masaalah ke nak beri tau tu?

Saya: Nak cakap pasal apa kat dia?

PAK PANDIR: Cakaplah apa yang engkau nak cakap.

Saya: Yelah. Nak cakap apa?

PAK PANDIR: Engkau katalah, "Hello, my name is Labu," Labu tu kononnya nama engkau, "I am pleased to meet you.” Guna perkataan hello. Jangan guna hi, hye, hai, hey, woi atau hoi. Jangan tunjuk isyarat peace dua jari seperti orang lain buat semasa menyapa dia kali pertama. Kemudian kamu sembanglah. Tunggu hingga dia beri tau nama. Kalau dia tak beri tau, kamu tanyalah apa nama dia.


Saya: Perlu ke tau nama?

PAK PANDIR: Aku lesing karang baru tau. Tentu perlu. Bila dah tau nama dia, sentiasa sebut nama dia bila bercakap. Itulah majik yang sebenar kerana perkara yang paling dia suka bila  nama dia disebut. Jangan guna you atau awak. Semasa berborak jangan se sekali pandang dada dia. Pandang muka dia.

Saya: Nak cakap pasal apa?

PAK PANDIR: Cakaplah apa-apa. Yang penting puji dia. Jangan lupa puji. Pujian mesti menasabah. Jangan puji melampau. Engkau boleh puji pakaian dia. Katakan warnanya menarik. Nampak kool, sesuai dengan majlis atau tak menjolok mata. Macam-macam lagi. Jangan tanya alamat penuh. Perbualan tu semata-mata untuk mengujudkan se buah hubungan. Jangan lebih-lebih dari tu. Jangan memandai-mandai.

Saya: Takkan asik nak puji hingga tamat majlis.

PAK PANDIR: Engkau tengoklah apa yang dia minat. Kalau dia minat sukan, engkau cerita pasal sukan. Kalau dia suka politik, agama atau hiburan, engkau ceritalah tu. Pengetahuan am engkau mesti tinggi. Hujah mesti rasional. Bukan setakat pasal Malaysia, pasal luar negara pun engkau mesti tau. Sekurang-kurangnya engkau tau pasal Rumah Putih atau White House atau pasal Alhambra di Granada, Andalusia?

Saya: Apa tu Rumah Putih?

PAK PANDIR: White House tu kediaman rasmi presiden Amerika.  Mula-mula nama rumah tu President's Palace. Lepas tu dipanggil Executive Mansion. Pada tahun 1901, Teddy Roosevelt namakan rumah tu White House. Engkau tau tak masjid Hargia Sophia di Istambul? Kalau tau ceritalah kat dia.

Saya: Susah jugak ye.

PAK PANDIR: Personality kena jaga. Cakap jangan menjerit. Itu penampilan. Perempuan berbeza dari lelaki. Lelaki boleh jadi gila melalui mata tapi perempuan terpikat melalui telinga.

Saya: Ada apa pantang larang?

PAK PANDIR: Pantang larang tak ada cuma jangan tak bersetuju dengan pendapat dia. Kalau engkau tak setuju, diam je. Jangan bantah. Never disagree when you first meet her sebab kamu ingin mengujudkan hubungan and that’s done by agreeing with her. Sentiasa jaga penampilan.

Saya: Habis bila pulak boleh dapat nombor telefon dia?

PAK PANDIR: Kalau dia tak beri jangan mintak.

SAYA: Tadi engkau kata mudah je nak dapat. Kalau tak mintak tentu tak dapat.

PAK PANDIR: Ini last yang aku ajar.  Semasa nak balik engkau cakap macam ni. Aku ajar dalam bahasa Inggeris. Aku bukan kagum dengan bahasa Inggeris cuma untuk engkau berlagak sikit. Engkau kata, “I have to make a move now but I’d love to see you again.”

Saya: Macam mana nak call, nombor tak ada?


PAK PANDIR: Tanpa nombor memang tak boleh call. Kalau tak dapat no telefon bermakna dating kamu melepas. So, berlagaklah sebagai gentleman. Hulurkan handphone engkau kat dia sambil senyum. Senyuman tu penting sambil kata, "Kindly dial your number because I’m going to call you to make a date later.” Pastikan telefon kamu bukan yang dah boleh buat baling ayam.

Saya: Ok, aku akan beli telepon baru. Terima kasih sebab ajar perkara tu.

PAK PANDIR: Aku bukan ajar engkau sorang. Aku pun ajar pembaca. Mungkin masih ada pembaca keliru macam mana nak approach lady.

BEGITULAH KISAH KAWAN SAYA. Hatinya baik. Dia tadi mengajar kita perkara sulit yang selama ini kita anggap mudah. Aku pun pelik mengapa kawan-kawan dia suka membodoh-bodohkan dia. Begitulah dunia kita, kebodohan sendiri tak pernah kita nampak.

Selamat mencuba.

(This site is ours and the stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a chance to grow in your heart. Your stories and wisdom are as meaningful as mine.)

Tak tengok tak tau.

 Senarai maklumat penting:







Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta sensitiviti individu.

Semua gambar dan video dalam tulisan ini tiada kaitan, semata-mata hiasan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...